27 February 2012

Beg Cenderahati dah siap!

Yeay.. beg cenderahati dah siap. 200 keping je.. Berjaya siapkan mengikut jadual dan dalam masa 10 hari (sekadar catatan hehe).. Alhamdulillah. Beg ini dah boleh dibungkus untuk diangkut balik kampung nanti..






Ada lagi tambahan beg cenderahati di kampung, lebihan beg cenderahati yang digunakan semasa majlis perkahwinan abang saya . Beg tu saya DIY sendiri, menggunakan kertas sugar paper. Kali terakhir, saya semak keadaan beg tu... masih ok. Jadi, balik kampung nanti, boleh la saya sambung buat 'deco' ringkas pada beg itu..


Dah siap beg ini, sambung kerja seterusnya. Kad undangan pulak... :D  

24 February 2012

Ujian HIV, Talasemia dan Hujan Lebat di Dengkil

Hari ini dah selesai buat ujian saringan HIV dan ujian Talasemia. Alhamdulillah keputusan ujian semuanya ok. Negatif HIV dan juga Talasemia. Bila dah dapat keputusan ini, boleh teruskan dengan prosedur untuk kebenaran nikah yang seterusnya. InsyaAllah..


Sangat mudah nak buat ujian saringan HIV dan Talasemia ni. Kami buat ujian di Klinik Kesihatan Dengkil. Tak ramai orang.. mudah sangat. Sebelum ke klinik untuk buat ujian ni, telefonlah dulu untuk tanyakan samaada perlu buat temujanji atau tidak. Bagi di Klinik Kesihatan Dengkil, mereka minta buat temujanji agar mudah mereka nak mengatur masa. Tidaklah ramai bersesak dalam klinik. 


Saya diberi tarikh hari ini dan jam 2.30 petang. Tapi, saya sampai lewat banyak. Jam 3.30 petang baru sampai depan kaunter. Soalan pertama ditanya oleh petugas kaunter, pukul berapa temujanji. Kenapa datang lewat sangat.. Memang kesalahan saya, jadi saya terima sahajalah pertanyaan tu dengan muka senyum-senyum hehe..


Saya diberi 4 borang untuk diisi. Isi borang dengan kelam kabutnya.. sebab dah sedar.. diri dah lambat kan. Borang ada 4 keping, borang untuk kad pendaftaran, borang saringan HIV, borang kebenaran ujian saringan HIV dan borang saringan kehamilan. Siap isi, pulangkan semula kepada petugas kaunter. Kemudian tunggu nama dipanggil. Tak lama selepas itu, nama dipanggil untuk bayar yuran pendaftaran sebanyak RM1 seorang. 


Selepas itu, tunggu untuk giliran ujian saringan HIV dan Talasemia. En F dipanggil dulu. Pada masa ini, hujan yang turun sejak kami sampai klinik, mula makin lebat. Lama jugak dalam bilik tu. Saya ingatkan sebab prosedur nak ambil darah tu la lama. 


Bila En. F keluar, tibalah giliran saya. Oh.. rupanya.. lama dalam bilik itu sebab pegawai yang buat ujian itu akan terangkan dulu tentang HIV, prosedur saringan HIV dan kesan. Menarik juga. Siap ada lagi soalan dari pegawai itu, untuk menguji kefahaman tentang apa yang dah diterangkan tadi. Bila dah siap terangkan barulah buat prosedur ujian. Pada masa ini, hujan semakin lebat. Kilat sabung menyabung. Sampai black out jadinya. Alhamdulillah, tak lama pun black out. Selepas lampu menyala, barulah darah saya diambil. Memang tak rasa sakit. Cubit lagi sakit rasanya.. hehehe. 


Sampel darah dimasukkan dalam botol kecik. Botol ni kena dibawa ke makmal darah di bangunan sebelah. Cabaran jugak nak bawak botol tu ke makmal. Masa tu hujan memang sangat lebat. Kilat pun ada. Saya redah juga hujan (dengan berpayung). Kat makmal, sampel darah diambil dan diuji dalam mesin khas. Tak sampai 2 minit, dan dapat slip keputusan.


Slip keputusan ujian dikembalikan kepada pegawai tadi. Kami berdua dipanggil masuk dan keputusan dimaklumkan. Rupanya, baru saya tahu. Sampel darah yang saya hantar ke makmal tu adalah untuk ujian Talasemia. Yang ujian HIV dibuat oleh pegawai tadi.


Mudah dan cepat buat ujian saringan HIV dan Talasemia di Klinik Kesihatan Dengkil. Layanan sangat baik! Dengarnya, kalau di Klinik Kesihatan Putrajaya sangat ramai orang dan lama. Tapi, saya tak pasti berapa lama tu..


Selepas semuanya selesai.. kami pusing-pusing Putrajaya..  Kemudian, singgah semula di KFC Dengkil.. hehe. Makan dulu.. lapar lak..


  



18 February 2012

Baju Nikah Saya.. yang saya sesalkan...





Tragis bunyi tajuk! Tapi memang banyak perkara yang saya ralat mengenai baju nikah saya. Bukan sebab baju tu salah dijahit, tapi salah perkiraan saya juga. Huk.. sedih..


Saya memilih chiffon untuk baju nikah saya, dengan harapan boleh pakai semula nanti. Sebenarnya.. tak pasti lah masa bila yang sesuai. Pergi majlis perkahwinan kot.. yang dibuat dalam dewan sahaja la.. agaknya..!


Hasil kaji selidik selama beberapa bulan juga, saya dah tetapkan dalam kepala, nak beli chiffon beaded sahaja 2 meter. Manakala kainnya akan menggunakan kain chiffon kosong yang warna senada. Sebabnya, tak praktikal kainnya ada beadings. Memang sangat susah nak jaga nanti. Tentang rekaan baju pula, saya memilih rekaan baju kurung moden sahaja. Ringkas! Itulah saya...


Tapi, itu apa yang ditetapkan di kepala sebelum ke kedai. Pada hari membeli kain di Jakel, saya terpengaruh dengan kata-kata SA, yang mencadang (psiko sebenarnya.. huhu) beli sahaja 4 meter. Kalau beli 4 meter, cantik lagi nampak bila dibuat baju. Kalau baju sahaja ada beadings, tapi kainnya kosong.. nanti bajunya nampak seperti tidak siap. Oh.. itulah kata-kata SA.. memang berkesan la kata-katanya. 


Pujukan dia semakin berkesan, bila kain chiffon tu dibalut ke badan. Memang terus saya bersetuju dengan kata-kata dia. Akhirnya, saya beli 4 meter. Tapi bila balik ke rumah, saya menyesal.. sampai ke hari ini.. Adeh.. Kenapa saya beli 4 meter..?  


Kain dah pun dihantar kepada tukang jahit. Hasilnya bagi saya ok. Bagi orang yang tak pandai sangat tentang fesyen. Memang nampak cantik ja. Cuma kainnya lah yang saya rasa sangat menyesal. Sebab, susah nak bergerak. Baru saya tau, bila pakai kain ada beadings camtu tak boleh mengundur. Kalau tidak, terpijak la beadings kain sendiri. Hancur beadings.. paling teruk, terkoyak la kain. Ini pelajaran baru bagi saya.


Sekarang, baju dah dihantar cucian kering. Lepas tu, nak cuba semula samada ok ke tak. Dengarnya, kain chiffon tu mungkin akan mengecut sket lepas dicuci kering. Sementara menunggu baju nikah dicuci kering, saya akan pujuk hati supaya redha... 


Pengajaran yang saya dapat:


1. Sebelum pergi beli kain, fikir dulu rekaan baju. Seeloknya, pergi jumpa tukang jahit, dapatkan pendapatnya tentang rekaan baju tu. Nanti tukang jahit akan bagi cadangan yang sangat membantu, seperti berapa meter kain yang diperlukan. Sesuai atau tidak.


2. Sebelum pergi beli kain di Jakel atau mana-mana kedai, sila tetapkan hati dengan apa yang kita nak. Kalau tidak, sia-sia lah hasil kaji selidik berbulan-bulan. Dalam masa beberapa minit, semua hancur.. huhu


3. Tak perlu tetapkan dalam kepala, baju nikah ni nak guna kain chiffon beaded sebab nanti nak pakai balik. Tak praktikal bagi saya. Boleh kot pakai sekali-sekala... saya tak pasti berapa kali yang boleh tu.


4. Diet awal-awal, supaya semasa mencuba baju nikah..  tidaklah terasa... adeh, gemoknya aku! Seperti yang saya rasa tadi.. sampai sekarang masih berfikir, camna nak kurus ni..


5. Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.


Harap cepat lah perasaan sesal ini hilang. Sesungguhnya..  Kita merancang.. Allah yang menentukan..



   

DIY: Beg Cenderahati (Goodie Bag)





Beg cenderahati ini saya buat dalam kuantiti yang sedikit saja. Tak mampu nak sediakan kepada semua tetamu. Dalam perancangan saya, beg cenderahati ini akan diberikan kepada kumpulan marhaban dan bentara (atau penanggah). Sekadar ingatan dan perhargaan kecil,kalau nak dibandingkan dengan penat lelah mereka dalam menjayakan majlis saya nanti.


Saya hiaskan beg ini dengan hiasan ringkas sahaja. Saya guna brown paper bag, yang saya beli dari Bagus Kajang. RM9.90 untuk 100 keping beg. Memang dah siap bungkus dalam kuantiti 100 keping untuk setiap bungkus. Sebelum ini, ada saya terbaca daripada blog B2B, di Yummy Bakery, Bangi lagi murah. Saya pergi cari di Yummy, tapi tiada stok beg ni. Jadi, saya beli di Bagus, mahal sedikitlah harganya.  


Beg ini boleh juga beli secara online. Boleh layari Greentree. Harga yang dipaparkan adalah termasuk caj penghantaran dan minimum tempahan adalah 500 keping. Bagi yang nak beli banyak, saya rasa berbaloi juga beli secara online.


Apa yang saya gunakan untuk buatkan beg cenderahati ini.


1. Bahagian atas beg dilipat sebanyak 6 cm ke muka belakang beg. Kertas doily saiz 4.5" dipotong 2.


Ada kertas doily di situ, tapi tak berapa jelas :p


2. Lekatkan kertas doily di bahagian atas beg (di muka hadapan beg).


3. Capkan beg dengan cap.




Mengenai doily paper tu, setakat perbandingan saya, Yummy Bakery jual dengan harga paling murah. Doily paper 4.5 inci dengan 250 keping, harganya RM3.20. Kalau 3.5 inci, harganya RM2.70 (jika ingatan saya betul.. hehe)


Jadi, belilah di Yummy Bakery, sebab sangat beza harganya. Di Bagus sangat mahal, 3.5 inci harganya RM4.50! Hah.. saya lah yang beli tu. Adeh!






Perkongsian ini hanya sekadar coretan kenangan saya. Memang sangat ringkas. Banyak perkongsian B2B mengenai beg ini yang boleh dijumpai di Internet. Cantik-cantik belaka! Selamat mencari ya!



17 February 2012

Pengapit saya telah ditemui!

Pencarian pengapit dah pun selesai. Saya dah temui pengapit saya. Gembira, gembira. Terima kasih ye dik.. :D 


Sekarang dah boleh fikir warna baju pengapit yang sesuai.. Boleh juga ni mula berangan kalo ada 'dayang-dayang'.. Hehehe..


Sekadar contoh gambar pengapit dan pengantin :)

16 February 2012

Cap (stamp)

Hari ini saya rasa sangat gembira sebab cap (stamp) yang saya tempah dah sampai. Hasilnya seperti yang saya minta. Saya buatkan rekaan cap tu dan emelkan untuk tempahan. Sangat puas hati dengan hasilnya!


Cap dibungkus dalam kotak comel ini.




Isi dalam tu pula begini.






Memang tak sabar nak cuba cap ni. Cap tu tak boleh gunakan pad cap yang selalu digunakan di pejabat. Cap ini sesuai digunakan dengan pad cap untuk kraf saja. Pad cap yang saya gunakan jenama Stazon. Dah beli siap-siap dari Craft Haven, One Utama. 






Ada banyak juga pilihan warna dakwatnya.


Saya dah cuba cap ini. Cantik hasil capnya! Seperti yang saya bayangkan. 


Cap ini saya gunakan untuk cap di goodies bag. InsyaAllah, nanti saya kongsikan hasilnya ye. Sengaja saya buat rekaan yang ringkas, supaya sentiasa sesuai untuk digunakan semula nanti.


Bagi yang berminat untuk menempah boleh singgah blog euphoria. Terima kasih euphoria!



13 February 2012

Hantaran

Dah lama juga saya mencari idea paling mudah dan jimat nak hias hantaran. Dalam kepala memang dah tetapkan, tak mahu menggunakan polisterin.. yang nak kena hias nanti. Tak mahu jugak guna bakul atau bekas hantaran tu. Memang cantik, cuma rasa membazir pulak.


Cari punya cari dalam google ni, akhirnya jumpa rakan-rakan exB2B yang kongsi idea.. bekas hantaran menggunakan pinggan. Cara nak hias pun ringkas. Boleh letakkkan bunga atau apa-apa hiasan yang minima, hantaran dah nampak cantik di mata saya.


Kawan ex B2B siap kongsi di mana untuk dapatkan pinggan yang cantik. Syiera kongsi di mana dapatkan pinggan hantaran 4 segi. Memang cantik! Yang penting murah.. RM 2.90 sahaja! Syiera beli di KK Home Deco Mart.


Pinggan 4 segi harga RM 2.90 yang syiera dapat. Oh, jeles!


Saya pun terus la cari di KK Home Deco Mart Nilai. Oh! takde la pinggan empat segi. Pinggan bulat banyak.. saiz sederhana. Harga pun tak dapat la semurah RM 2.90. Saya tak putus asa, cari pulak di KK Home Deco Mart Kajang. Aduh, sama jugak. Memang dah habis stok pinggan empat segi tu rasanya... Akhirnya saya beli pinggan bulat putih. Harga RM3.90, beli 10 biji. Jumlah kerugian RM39.00 Hehe..


Rupa pinggan saya mungkin seakan sama dengan pinggan hantaran Nikuze. Mungkin juga pinggan hantaran Nikuze lagi besar daripada yang saya beli. Memang cantik je tengok cara Nikuze hias hantaran ini. Cantik!




Cantik! Hiasan hantaran oleh Nikuze





Semalam saya dah cuba letakkan kasut F dalam pinggan tu. Boleh la kot muat nak letak. Yang penting, pinggan hantaran dah pun dibeli. Lepas ini boleh la fokus cara nak hias pula.. 



11 February 2012

Super DIY

Super DIY.. tajuk itu yang terlintas di kepalaku ini.. Hehe






Hari ini pergi ke majlis perkahwinan kawan sepejabat. Seronok tengok majlis ini berlangsung. Walaupun saya taklah lama di majlis tu, tapi banyak perkara boleh belajar.


Seperti kebiasaannya, ada pelamin yang cantik!! Ada meja makan beradap di khemas khas. Semuanya bertemakan pink dan putih. Baju pengantin pula pink dan perak (silver).


Seperti selalu, diri ini mula muhasabah diri. Ermm.. bagaimana majlis aku nanti.. 


Majlis saya.. tiada pelamin yang disewa perkhidmatan dari mana-mana vendor. Jua tiada meja beradap. Jauh di sudut hati ini (.. syahdu..) nak ada kedua-dua ini. Pilihan terakhirnya.. DIY. Persoalan.. sempatkah saya meng-DIY semua ini dengan menggunakan 2 tangan dan 2 kaki ini.. hehehe. Susah nak jawab soalan ini. Rasa cam mustahil pun ada. Tapi sikit-sikit tu rasa cam boleh buat. Hehe.. ala yakin dan berani lak kan.. Hehe.. 


InsyaAllah...


Setakat ini, dalam perancangan saya banyak tugas yang saya nak DIY. Saya bukanlah pandai atau kreatif pun. Tapi, bila timbangkan faktor-faktor tertentu lagi baik lah saya DIY. Kerja-kerja dibuat sedikit-sedikit. Dalam kepala dah set, buat setakat termampu. Kalau dah tak mampu, saya takkan memaksakan diri sampai tertekan pulak. Benda-benda yang nak DIY ini bukan lah wajib. Hanya sekadar menurut kebiasaan yang orang buat kan. 


InsyaAllah.. harap Allah permudahkan yang baik-baik tu..

Pengapit

Saya belum lagi memilih pengapit untuk majlis saya nanti... bukan sebab banyak sangat calon sampai tak tahu nak pilih. Tapi.. tiada calon.. ada sebab-sebab yang susah nak jelaskan kenapa sampai tiada calon.


Berat tugas pengapit sebenarnya.. Saya baru tahu sebenarnya. Bila dah tahu makin jadi susah la nak cari pengapit.. Oh, bunyinya cam rumit lak..


Dari perkongsian Xora.. 


Percaya lah. macam mana lelaki mementingkan size, kamu juga harus mementingkan size! maksud saiz di sini adalah berkenaan fizikal pengapit kamu, iaitu ketinggian dan kelebaran beliau. Kalau pengantin kecik molek, seeloknya jangan pilih pengapit yang besar dan tinggi dari kamu, atas dua sebab; kamu akan tenggelam daripada pengapit; dan kepada pengapit tu sendiri, dia juga takmo la kelihatan besar cam gergasi berbanding pengantin yang kecik molek disebelah tu. Pengapit akan berada di sebelah pengantin sepanjang majlis, iaitu kira-kira 4-5 jam, jadi tak perlu jadikan jam-jam tersebut menyiksakan buat kalian berdua. Kalau kamu pulak besar dan tinggi, jangan pilih pengapit yang kelihatan macam budak sekolah rendah yang belum akil baligh
Tugas pengapit bukan untuk kelihatan cantik dan tersipu-sipu sambil mengipas pengantin. Dari mula pengapit dipilih oleh pengantin, pastikan pada sepanjang majlis berlangsung, kamu berhampiran dengan pengantin. Tak kira dari majlis pernikahan hingga sanding. Pengantin adalah raja sehari, dan pengapit adalah dayang yang bertugas. Ketika majlis pernikahan, pastikan kamu yang memegang IC pengantin. Supaya bila tok kadi minta IC, takkan nak harapkan pengantin yang terhegeh-hegeh bagi. seeloknya duduk bersebelahan dengan pengantin, supaya dia ada teman untuk pegang tangan, teman untuk lapkan peluh, teman tolong bagi dia air mineral bila pengantin haus.

Baca keseluruhan perkongsian Xora di sini.


Best juga ambil gambar ramai-ramai dengan bridesmaid ni ye. 


Jangan mimpi la bridesmaid, pengapit pun belum ada lagi.. Ooppss..


10 February 2012

Kad Kahwin DIY

Saya merancang nak DIY kad kahwin saya. Rasa cam boleh buat.. insyaAllah. Dah lama juga saya mencari bahan-bahan dan idea untuk buat kad kahwin ini. Kad kahwin saya nanti, memang ringkas sahaja rekabentuknya dan mestilah kosnya dalam bajet saya. Berapa bajet saya? Hehe.. yang saya rasa berbaloi bagi sekeping kad. Saya rasa membazir buat kad cantik-cantik sedangkan nanti kad tu akan dibuang sahaja. Lebih baik kos tu digunakan ke arah lain..


Hasil operasi mencari dalam google, banyak juga contoh kad DIY. Kebanyakannya versi omputeh la.. tapi kita boleh sesuaikan dengan kad kahwin versi kita kan! :)







Cantik, macam-macam stail rekabentuk, tapi saya tak pasti saya boleh sangat rajin nak buat slot dalam sampul tu.. :D


Yang ni ringkas tetapi cantik. Suka!



Kalo camni, memang lain dari yang biasa!




Ada web yang menyediakan template percuma. Boleh saja terus edit kad di web, kemudian terus cetak kad. Janji dah ada pencetak kat umah k.. 


download & print - Kena save dulu template yang disukai, kemudian buka tempate gunakan pixlr online editor. Dalam pixlr ini, boleh la terus taip semua keterangan yang nak dimasukkan dalam kad tu


Antara template dalam web download & print.






Weddingchicks - Keterangan yang nak dimasukkan dalam kad perlu ditaip terus dalam borang. Kemudian, kad akan dijana terus. Save gambar kad tu, kemudian boleh la terus cetak... Yang ini pun senang jugak..


Banyak juga template yang ada, antaranya...






Template percuma ini boleh la bantu bagi idea.. atau nak guna terus rekabentuk ini pun ok. Dah cantik ni...


Saya.. akan mencari-cari idea lagi.. selagi kad belum dicetak.. ;) 





09 February 2012

Takut

Aah.. tengah takut, risau, berdebar..


Saya dah pun booking make up di satu butik. Hasil make up, nampak cantik..
tapi satu yang mengerikan.. Kakak make up tu akan cukur kening atau pun memang buangkan bulu kening yang dia rasa tak cantik.


Oh... saya taknak langsung bulu kening saya diganggu!
Biar seperti keadaan asli..


Memang boleh pesan pada kakak tu... tapi kalau dalam dok pejam mata masa make up tu.. Kakak make up tu 'ganggu' gak bulu kening yang asli ni. Uwaaa.. nangis nanti.


Aduh, memang dok fikir bukan-bukan ja ni....

08 February 2012

Baju Pengantin

Ya, saya namakan baju pengantin sebab majlis perkahwinan saya nanti, kami akan memakai sepasang sahaja persalinan. Sebabnya, majlis perkahwinan sebelah saya dan F diadakan pada hari yang sama.


Alhamdulillah.. positifnya, jimat bajet. Kontranya, agak tertekan nak buat pilihan baju. Kononnya, nak pastikan baju yang dipilih tu yang paling cantik :D.


Dalam membuat pilihan baju pengantin, bagi saya, agak sukar juga. Kerana.. majlis kami akan diadakan di kampung. Jadi baju yang dipilih mestilah sesuai dengan keadaan di kampung. Oh, pastinya kita tak boleh jangka apa yang akan ada di setiap jalan yang bakal pengantin lalui hihi. Belum masuk lagi keadaan cuaca pada hari majlis nanti..


Apa yang saya pertimbangkan semasa pilih baju pengantin..


1Kain/baju/veil tidak boleh meleret-leret panjangnya


Memang ada pujukan dari SA butik, katanya nanti dayang (dia cadangkan.. anak saudara..) boleh pegangkan baju atau kain yang panjang tu. Tapi saya tak yakin.. agaknya 5 minit ja kot dayang kecil ini boleh pegang. Hehe.. tersiksa dayang tu nak ikut pengantin ni nanti. Lagipun, rasa susah juga nak bergerak dengan baju camtu bila nak beramah mesra dengan tetamu.. ataupun bila dalam keadaan kelam kabut nak bergegas ke majlis sebelah lelaki.


Cantik juga kalau dapat buat pose camni.. :D


credit : acaii jawe




2. Warna yang terang, tidak gelap


Kami pilih warna yang terang (saya yang pilih, pastu saya yakinkan En. F hihi). Warna ini kenalah serasi bersama dengan tema warna kedua-dua belah pihak. Warna ini kenalah cantik dalam gambar. Harap-harapnya cantik lah..




3. Bagi ilusi kurus


Yang paling penting baju tu kena buatkan saya nampak lebih kurus. Ilusi lah ni sebenarnya.. Rasanya baju yang sarat dengan beadings boleh buatkan seseorang tu nampak lebih berisi. Bagi pandangan mata saya lah.. mungkin lain pada pandangan orang lain.


Pilihan kami warna kuning, kain lace. Teringin juga nak pakai songket kuning. Mesti cantik kan. Macam Xora pakai. Tetapi, kalau berkain songket dalam majlis kahwin di rumah.. bagi saya agak kurang selesa. Mesti berpeluh sangat nanti. Ermm, tapi kakak saya dulu boleh ja pakai songket masa majlis perkahwinannya.. Ntah camna pengalaman dia dulu.. :D
  



Yang Pertama

Ini entry pertama, entah nak mula dari mana?




Saya pun tak pasti kenapa saya akhirnya buat juga blog ini. Mungkin sebab pengaruh rakan-rakan B2B yang lain. Yang lama saya ikut dan baca pengalaman masing-masing dalam persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Akhirnya saya pun terbuka hati untuk ada blog sendiri.


Rasa malu juga, nanti orang baca blog ni. Baca apa yang ditulis ni.. hihi. Tapi ada ke pembaca blog ni. Kalau lah ada pembacanya, blog saya ini hanyalah blog biasa. Mungkin jadi tempat saya coretkan mengenai persiapan majlis perkahwinan, apa yang saya rasa.. ataupun mungkin lepas ini, topik blog ini pun akan berkembang seperti blog B2B yang lain. InsyaAllah...


Ini entry pertama. Kaku nak menulis :D.


.. insyaAllah bersambung lagi nanti..