29 May 2012

Pencarian Riben Satin Warna Pink

Sumber: Google

Misi petang ini mencari riben satin warna pink. Selepas tamat waktu kerja, saya ditemani tunang ke Nilai 3.. Nilai 3 lagi.. Rasanya ini kali terakhir lah saya ke sini.. sebelum balik ke kampung. .

Rumit juga nak mencari riben satin warna pink. Saya mencari riben satin yang bersaiz 1 setengah inci ke atas. Nak pula beberapa tona warna pink. Saya jengah 4 kedai yang berbeza. Harga riben satin memang berlainan. Memang kena rajin tinjau kedai dulu kalau nak beli barang di Nilai 3. Walaupun tulis harga ada diskaun, tapi sebenarnya harga tu masih mahal jika dibandingkan kedai lain walaupun tiada diskaun!

Saya ke Astana Mayang Sari, ZC handicraft, VR star dan PISB. Yang mudahnya, kedai ini di satu deretan kedai. Boleh saya tinjau dan bandingkan harganya. Di PISB, boleh dapat riben dengan harga paling murah. Riben satin pink tona muda sedikit, dengan saiz 2 inci dijual dengan RM9.90. Sayangnya, ada 1 tona warna pink saja. Kalau ada banyak, memang saya nak borong riben tu kat sini saja. Harga paling mahal ialah di VR Star. Riben saiz 2 inci harganya RM15.90. Saya beli 1 gulung riben dengan saiz 2 inci. Sebab kat kedai ini saja ada 1 tona pink yang tak dapat di kedai lain. Kedai yang menjual riben dengan harga agak sederhana ialah di ZC Handicraft. Riben bersaiz 1 setengah inci berharga RM13. Saya borong riben paling banyak di kedai ini sebab kedai ini ada banyak tona warna pink.

Kesimpulannya, hari ini saya borong banyak riben satin warna pink... hihihi

28 May 2012

Ramly Halal Kiosk di Bangi



Pernah makan tak di Ramly Halal Kiosk. Saya pun baru pertama kali mencuba.. Kebetulan nak ke Yummie Bakeri pada Sabtu lepas. Sangat susah nak dapat tempat letak kereta. Akhirnya, saya parkir kereta di belakang bangunan lot kedai Yummie Bakery. Lepas selamat membeli barang di Yummie bakery, terus gerak ke parkir. Dalam perjalanan tu, ternampak 1 kedai makan. Terus tergerak hati untuk masuk. Ooh.. ni Ramly Halal Kiosk. Semua produk Ramly dijual di sini.


Yang menariknya, set burger pun dijual. Macam di McDonalds tu. Saya beli set burger ayam spesel. Harga pun murah.. RM7.20, harga asal RM6.90. Tambah 20 sen sebab saya nak milo. Murah kan..


Lepas ni boleh la ke sana lagi. Cuba set lain pula...

Idea Pelamin atau Ruang Bergambar (Photobooth)

Memandangkan saya kena DIY sendiri pelamin atau pun photobooth saya.. Memang niat untuk ambil gambar saja. Jadi, namanya photobooth. Kalau terjemah dalam Bahasa Melayu jadi ruang bergambar.


Bila google, memang macam-macam idea yang menarik dan saya rasa mudah nak laksanakan dijumpai. Paling penting, praktikal, mudah dan bajet berhemah! Hehehe..


Antara yang menarik perhatian saya ialah penggunaan riben.. Cantik, bila pandai olah padanan warnanya.


Sumber: Google

Sumber: Google

Sumber: Google

Banyak idea boleh diolah dengan penggunaan riben. Menarik!


27 May 2012

11 hari lagi


11 hari lagi.. Perasaan saya? Alamak, banyak yang tak siap lagi. Persiapan kahwin tak siap lagi. Begitu juga dengan kerja di pejabat. Oh, bila nak kahwin.. banyak pula kerja yang datang. Agaknya ini dugaan... Ye, saya akan terus bertabah.

Banyak persiapan yang belum siap. Saya rasa banyak.. sebabnya, saya belum sampai lagi ke kampung. 2hb nanti sampai kampung, memang ligat la.. nak kena siapkan semuanya dalam masa berapa hari saja..

Selepas ini, kena mulakan projek untuk pelamin DIY. Erm.. malu nak panggil pelamin. Mungkin saya buat setakat photobooth je..


Bunga Tangan Felt

Projek DIY terbaru yang baru saja siap. Fuh.. sampai 2 pagi tadi cuba siapkan.. Nak siapkan juga.. takmau bertangguh lagi.

Saya pakai kain felt warna pink. Saya beli di Daiso. Tak pasti murah atau tidak sebab saya beli kain felt kat Daiso saja.

Cara nak buat bunga ros ini, sama saja teknik dengan buat bunga ros menggunakan kertas. Banyak tutorial termasuk dalam youtube tentang caranya. Antaranya.. boleh jenguk di sini.

Hasilnya...




Prosedur Kebenaran Bernikah di Kulim, Kedah

Nah, tajuk perkongsian hari ini memang skema dan tepat. Hehe.. supaya mudah orang nak Google nanti dan bermanfaat pada orang lain. Sebelum ini, puas saya google prosedur pernikahan di Kulim. Memang tak jumpa. Cari maklumat di Laman Web Pejabat Agama atau Majlis Agama pun tak membantu. Susah sungguh... Dah jauh di perantauan ni.. tambahan lak zaman sekarang. Semua maklumat, orang akan suka tanya google daripada berhubung terus dengan empunya maklumat. Harapnya, perkongsian ini dapat membantu B2B yang lain...

Ok, berbalik kepada tajuk asal. Bagi saya prosedur pernikahan di Kulim hampir sama kot dengan tempat lain. Bezanya, di Kedah pakai borang jawi. Terkial-kial menulis. Sangat buruk tulisan jawi.. Nak mengeja pun dah tak pandai.. Sedih..

Pengalaman saya dengan tunang, yang pertama kami buat adalah pergi ke Pejabat Agama Kulim untuk dapatkan borang. Kami singgah sebelum balik ke perantauan semula. Nak jadikan cerita, kakitangan pejabat agama maklumkan.. borang sudah habis. Semua borang dah diberi kepada imam kariah masing-masing. Erm.. tak masuk akal jawapan ini. Komen saya, kakitangan Pejabat Agama di barisan kaunter kena lah lebih mesra dan cekap melaksanakan tugas demi memudahkan urusan insan yang ingin membuat perkara baik.. 

Disebabkan tak dapat pada hari tersebut, kami balik lagi pada minggu selepas tu untuk dapatkan borang daripada tuan imam pulak. Alhamdulillah dapat... Kes saya, saya dan tunang berlainan kariah tapi sama-sama berasal dari Kulim.

Ringkasannya, borang yang diperlukan seperti di bawah:

Perempuan
  1. Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) - Warna kuning
  2. Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah

Lelaki
  1. Borang 1 - Borang Permohonan Bernikah Di Luar Daerah
  2. Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah

Dokumen sokongan untuk Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah dalam gambar di bawah ye..

Kalau bakal pengantin perempuan bukan anak sulung, tak perlu sijil nikah ibu bapa

Isi borang seperti yang dikehendaki dan sediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Buat ujian saringan HIV dan tuliskan no siri borang dalam Borang SIMPI. Selepas semua lengkap, serahkan borang tu ke Pejabat Agama. Kiranya, ada dua set permohonan iaitu permohonan pemohon lelaki dan permohonan pemohon perempuan. 

Saya dan tunang, pergi hantar bersama-sama. Alhamdulillah, kali ini kakitangan di kaunter sangat mesra dan membantu. Syabas! Selepas borang diserahkan, kami diminta berjumpa dengan ustazah. Ingatkan nak kena temuduga. Ustazah hanya meneliti borang yang diberikan dan teruskan tanda tangan kebenaran nikah. 

Selepas itu, kami buat pembayaran proses kebenaran nikah. RM4 untuk setiap seorang. Pihak Pejabat Agama akan tanya bila tarikh nikah. Ini bagi menentukan tarikh pada surat kebenaran nikah. Di Kedah, surat kebenaran nikah hanya sah dalam tempoh sebulan selepas tarikh surat dikeluarkan. 

Selepas dapat surat kebenaran nikah tersebut, serahkan surat itu kepada imam kariah masing-masing. Tuan imam akan meneruskan proses yang diperlukan.

Contoh borang:

Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI)


Borang 1 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah

 Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah



Kesimpulannya, prosedur untuk kebenaran bernikah mudah.. :)


26 May 2012

Selendang (Shawl) Idaman Seperti Keluaran Radiusite

Dah lama saya mencari-cari selendang yang sesuai dengan baju pengantin saya. Memang butik sediakan tudung, tetapi dari tinjauan saya, fesyen tudung butik tu tak cantik. Saya tak suka! Jadi, saya pun mencari-cari idea untuk tudung pengantin saya. Saya bercadang untuk memakai selendang semasa majlis nanti. Tudung berawning awal-awal lagi saya tolak. Ntah la, saya rasa tak sesuai dengan muka saya.


Bayangan selendang saya tu mestilah penuh dengan beading. Setakat yang saya tahu, boleh dapat di butik online saja. Butik Radiusite dan Sugarscarf ada menjual selendang camni. Tapi, al maklumlah... butik ni ramai peminat. Kalau ada warna yang sesuai, cepat je dah habis. Susah sangat nak dapat. 


Sebenarnya, saya mencari selendang warna kuning. Akhirnya, saya jumpa satu butik online yang menjual selendang seperti keluaran Radiusite. Warna kuning yang saya cari ada. Beadings pun cantik dah! Rezeki saya.. alhamdulillah..


Terus email tanya pemilik butik. Alhamdulillah, ada lagi stok. Hari ini buat pembayaran, esok petang tu dah sampai selendang idaman saya. Sangat teruja dengan selendang ni. Cantik!


Bagi yang mencari selendang seperti keluaran Radiusite atau Sugarscarf, boleh la cuba tinjau Nofa Boutique. Mungkin, selendang yang dicari-cari ada di sini. 


Butik ini bukan agen Radiusite ataupun Sugarscarf. Cuma, produk yang dijual hampir sama.


Selendang idaman saya

21 May 2012

Kisah Butik Pengantin

Saya rasa masing-masing ada pengalaman yang berbeza bila berurusan dengan butik pengantin. Bagi yang mendapat pengalaman yang baik, indah.. alhamdulillah, anda bertuah. Bagi yang mendapat pengalaman kurang baik, alhamdulillah.. anda pun bertuah jua! :)

Saya diberikan pengalamanan yang sedikit menarik. Bagi saya lah... Hehehe..
Menguruskan majlis perkahwinan untuk diri sendiri dari jauh, memang sesuatu yang agak sukar. Peluang untuk membuat kaji selidik harga perkhidmatan butik pengantin di kampung halaman agak terhad. Hanya dapat survey serba sedikit pada masa balik kampung sahaja. Selebihnya, Internetlah segala-galanya punca untuk dapatkan maklumat.

Saya membuat tempahan pakej di sebuah butik pengantin yang agak terkemuka di sebuah bandar di Kedah agak awal. Tempahan dibuat pada November 2011 dengan jangkaan majlis akan diadakan pada 2 hari yang berbeza. Tetapi, ketentuan Allah adalah segalanya.. tarikh ditentukan dan majlis akan diadakan serentak pada hari yang sama. Jadi, banyak perkara dalam pakej yang ditempah sebelum ini terpaksa dibatalkan. Ibu saya menyarankan, saya tidak mendapatkan perkhidmatan sewa pelamin dan lain-lain. Ibu cadangkan saya DIY saja pelamin. Sebabnya, tempoh sewaan tu singkat. Tidak berbaloi dengan bayaran nanti. Saya bersetuju dan akhirnya batalkan pakej dan ambil baju dan make up sahaja dengan butik tu. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa seorang MUA (saya panggil MUA lah ye.. senang.. sebab adik ini memang amik perkhidmatan make up je..). Saya suka hasil kerjanya..Lantas, saya batalkan make up dengan butik, saya ambil baju sahaja. Hehehe...

Nak dijadikan cerita lagi, bila masa dah makin suntuk, dalam 2 bulan setengah sebelum majlis, saya rasa dah terdesak. Seperti tak sempat nak DIY pelamin dan meja pengantin. Saya pun ambil keputusan untuk ambil pula sewaan pelamin dan meja pengantin dengan butik tadi. Tokey butik berikan harga secara satu persatu. Tidak dengan harga pakej. Oh, saya memang mudah diracun. Saya setuju dengan harga tu semasa di butik. Tapi.. bila balik rumah.. bila direnung-renung harga tu.. saya rasa mahal dan tidak berbaloi dengan apa yang saya akan dapat. Terus saya cuba berunding dengan staff dan tokey butik. Tokey butik menegaskan harga yang diberi berbaloi.. dan itu adalah harga pakej. Bukan harga satu persatu. Harga tidak dapat dikurangkan lagi.

Terus saya nak batalkan pula sewaan pelamin dan meja pengantin tu. Maaf lah, saya tak mampu nak leburkan duit saya demi semua ini dalam masa beberapa jam sahaja. Saya tak mau menyesal seumur hidup.. Tokey butik dah naik hot agaknya. Dia cadangkan saya batalkan semua.. tapi deposit semuanya burn. Oh, mana boleh camni kan.. Saya tak nak batalkan sewaan baju tu.. Dia pulak yang cadangkan, patutnya deposit saya tak burn la.. Agak bernas klu saya tu agaknya, tokey mengalah.. Saya dapat la teruskan tempahan sewaan baju tu. Harga? Erm... mahal la jugak.. Tapi, tak pa lah.. Saya rugi sedikit daripada rugi banyak...

Kesimpulannya saya perolehi daripada kisah ini...
  1. Kuatkan diri bila pergi ke butik pengantin. Racun kuat. Bersedia dengan segala racun. Ingat kemampuan kewangan yang ada.
  2. Buat sesuatu berdasarkan kemampuan. Jangan ikut nafsu.. Nafsu tengok pelamin yang cantik... ala-ala marion counter la.. dan macam-macam lagi. Nak cantik, tambah duit ok. Nak bunga besar cam pelamin marion tu.. ada tambahan duit. Kat butik tadi tu, tambah RM200 ok.. Oh, kertas foam murah jadi RM200.. Agak tak masuk akal..
  3. Pelamin, meja pengantin dan aksesori yang lain hanya sekejap saja. Sekadar adanya sahaja.
  4. Kalau orang lain mampu, kita belum tentu. Lain orang, lain caranya...
  5. Bila makin dekat dengan tarikh majlis, rasa tidak pasti.. keliru tu makin kuat. Berkongsilah apa yang dirasa dengan rakan yang boleh dipercayai. Tujuannya, supaya dapat seimbangkan perasaan yang ada...
Berapa riban la ye kos pelamin marion ni.. hehehe


Jangan jadi seperti saya. Pening butik.. Apapun, saya pasti saya bukan orang pertama macam ni. Mesti ramai B2B yang ada rasa cam saya ini.. Hehehhe

P/S: Harap baju pengantin saya nanti baik-baik la ye...

Bingkai Bunga

Projek DIY saya yang baru selesai ialah bingkai bunga. Cadangan saya bingkai ini nak digantungkan di bilik. Harapnya, naik la seri cantiknya.. :)


Ideanya daripada gambar xB2B ini...




Bingkai saya seperti ini.. Bunga ros dibuat menggunakan kertas crepe. 

Warna bunga jadi kurang menyerlah pulak bila gambar ni diambil guna camera hp..


Harapnya hasilnya bila digantung dalam bilik menjadi seperti yang saya bayangkan... :)

20 May 2012

Kad Undangan Saya

Kad undangan versi sedikit cantik telah selamat diedarkan. Alhamdulillah, ramai yang suka. Ringkas tapi sweet... Bukan lah niat nak dapat pujian orang, tapi pujian itu buat saya rasa lebih bersemangat dengan projek DIY saya.


Kad saya memang ringkas. Pada asalnya.. Hanyalah kad empat segi yang biasa. Tapi, pada saat akhir saya cuba untuk merealisasikan idea saya sebelum ini iaitu untuk buat sedikit dekorasi pada kad. Saya terus tempah satu alat ajaib dari satu blog online. Ajaibnya..  sebab selepas guna alat ini pada kad, teruk naik seri kad tu.


Saya tempah penebuk lubang corak doiley lace dari scrap n crop. Dalam masa sehari, penebuk lubang ni selamat sampai. Operasi menebud kad pun terus lah bermula.


Penebuk lubang corak doiley lace. Ada 2 model, tapi harga berbeza. Saya pilih yang harga lagi murah.

Operasi menebuk kad mengambil masa 2 hari saja. Saya buat secara sambilan, selepas balik kerja. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati saya.


Kad undangan saya yang sudah selamat diedarkan.


Syukur kepada Allah.. :)