16 June 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. majlis saya bagi kedua-dua belah pihak berlangsung dengan lancar. Cuaca pada hari tu pun baik. Walaupun 3-4 hari sebelum tu.. asik hujan petang. Syukur.. hari majlis tak hujan. Agak risau kalau hujan sebab majlis di depan laman rumah ja. Bukan di dewan.


Sahabat dan rakan-rakan ramai yang datang. Dari jauh mereka datang. Saya sangat terharu. Terima kasih semua. Terima kasih juga pada ahli keluarga dan sanak sedara yang  bertungkus lumus sepanjang majlis.


Rasanya tiada apa yang tak baik berlaku dalam majlis saya. Make up saya ramai puji cantik. Saya jadi berseri. Haha.. saya jadi perasan.. Alhamdulillah pilihan yang tepat saya tukar MUA. InsyaAllah saya akan buat perkongsian tentang ulasan make up saya. Sangat-sangat berbaloi..


Alhamdulillah.. bermula fasa baru dalam hidup saya. Moga Allah memudahkan yang terbaik dalam hidup kami berdua dan memberkati kami sentiasa.. amin.. :)

02 June 2012

Bunga Telur

Satu lagi projek DIY saya ialah bunga telur. Pada mulanya saya buat 50 batang.. hanya untuk bunga pahar sahaja. Kemudian, ada cadangan ibu untuk bagi bunga telur kepada rombongan pengantin lelaki.


Jadi, saya sambung lagi buat bunga telur untuk keluaran kedua hehe. Rancangnya nak cukupkan menjadi 200 batang. Tapi, disebabkan masa tak mencukupi.. saya sempat buat tak sampai 100 batang pun. Hehe.. tiba-tiba masa jadi tak mencukupi lak.. Ok lah tu.. janji ada gak kan.. :)