19 May 2013

Niat Penyusuan Bayi Hingga 2 tahun

Sejak saya disahkan mengandung, saya telah tanamkan niat hendak menyusu bayi saya sepenuhnya. InsyaAllah niatnya sehingga umurnya 2 tahun. Saya berdoa kepada Allah, moga Allah permudahkan segalanya dalam perjalanan untuk sampai ke penyusuan sehingga 2 tahun.

Banyak juga persediaan untuk menyusukan. Pertama, ilmu. Ini adalah sangat wajib. Kedua, peralatan yang menyokong niat penyusuan. Antara yang diperlukan:

1. Peti ais yang sesuai
Peti ais sedia ada 1 pintu sahaja, jadi dah sampai masa atau sebab kuat untuk naik taraf ke 2 pintu. Tak lah rasa membazir sangat hehe.. Sebab kenapa kena naik taraf peti ais? Mudah sedikit nak simpan stok susu perahan (EBM) banyak dan lebih lama. Kalau simpan stok EBM dalam ruang beku dalam peti ais 1 pintu, EBM hanya bertahan paling lama 2 minggu sahaja. Kalau simpan dalam ruang beku peti ais 2 pintu, insyaAllah EBM boleh bertahan hingga 3 bulan. Ada perbezaannya sebab suhu ruang beku peti ais 2 pintu lebih tetap. Pintunya tak dibuka selalu seperti peti ais 1 pintu. Alhamdulillah, suami memahami niat suci nak menaik taraf peti ais. Kami dah pun membeli peti ais jenama Hitachi. InsyaAllah, boleh pakai lama peti ais ni.

2. Breastpump yang sesuai dengan kehendak
Sejak daripada awal saya menyelongkar ilmu tentang penyusuan, saya dapati Medela Freestyle adalah pam yang menjadi idaman para ibu. Harga memang mahal berbanding dengan jenama lain. Kalau nak harga murah sedikit, boleh dapatkan Medela Freestyle yang diimport daripada US. Banyak pekedai menjualnya menerusi online. Jaminan adalah di bawah kedai yang menjual Medela Freestyle itu. Jika ada masalah boleh berhubung dengan pekedai. Kalau Medela Freestyle dengan jaminan original, jaminan adalah di bawah Lactaequip Malaysia iaitu Pengedar Sah Medela di Malaysia. Sebarang masalah dengan produk Medela, boleh ke pusat servis Lactaequip.

Selain harga dan jaminan, pakej Medela Freestyle juga sedikit berbeza dengan pakej Medela Freestyle dengan jaminan original. Saya dapati perbezaan pakej Medela Freestyle yang diimpot daripada US dengan pakej di bawah jaminan Lactaequip ialah:

Pakej jaminan Lactaequip hanya menyediakan 1 jenis breasthield saiz 24mm dan Calma teat tanpa handsfree kit. Manakala, pakej Medela Freestyle daripada US mempunyai 2 jenis breasthield bersaiz 24mm dan 27mm dan handsfree kit. Saya telah membeli Medela Freestyle dengan jaminan Lactaequip. Walaupun sedikit mahal, tapi setelah memikirkan tentang perkhidmatan jaminan yang lebih mudah, saya membuat pilihan ini. Agak terkilan juga sebab tak dapat handsfree kit. Handsfree kit kalau beli asing harganya RM149. Mahal.. huhu. Nampaknya kena lah diy cara lain.

Selain 2 perkara ini, masih banyak item lain yang perlu disediakan. Antaranya storage bottle ataupun storage liner, sterilizer dan liquid cleanser. Semuanya, saya sudah sediakan sedikit demi sedikit. Harapnya, dalam pantang nanti dah boleh mula buat stok EBM.

Walau bagaimanapun, tentulah ilmu penyusuan adalah paling penting. Saya tambah ilmu penyusuan dengan menyertai Facebook group Kumpulan Ibu Menyusu (KIM). Banyak perkongsian daripada para ibu yang boleh menaikkan semangat untuk perjuangan penyusuan ini.

Saya sendiri sudah mendengar ayat-ayat berbunyi..
"Cukup ka bagi susu saja..".
"Ada setengah orang memang susu sket.."

Bila saya cakap, dulu mak kita boleh buat.. kita pun boleh. Dijawabnya pula
"Takpa lah dulu mak tak keja.."

Oh, ini ayat daripada kakak sendiri. Aduh..
Memang betul. Lagi banyak serangan negatif berbanding sokongan.

Perjalanan saya belum bermula. InsyaAllah.. mungkin dalan sehari dua lagi akan bermula. Rasa tak sabar pula nak menatap wajah bayi yang saya kandungkan lebih 9 bulan.. Saya berdoa Allah permudahkan perjalanan penyusuan bayi saya, menyempurnakan haknya. Harapnya sehingga umurnya 2 tahun. Amin...

Ini pakej yang saya dapat dengan membeli Medela Freestyle. Saya beli daripada axeana.com.


Tambahan:
Saya nak tambah, sokongan suami sangat penting. Sama-sama akan jadi penahan bila dapat serangan negatif dan penyokong bila isteri down. Terima kasih suamiku yang menyokong perjuangan ini. InsyaAllah, Allah akan permudahkan yang terbaik untuk anak kita... amin..

No comments:

Post a Comment