30 April 2013

Pengalaman Pemeriksaan Mengandung

Memandangkan hari ni pemeriksaan bagi minggu ke 36 saya mengandung, mungkin lagi 2 atau 3 kali saja saya akan datang lagi untuk pemeriksaan, jadi saya nak tuliskan perkongsian pengalaman tentang sesi pemeriksaan untuk ibu mengandung.
Saya buat pemeriksaan berkala di klinik kerajaan (KK) Presint 3 Putrajaya sejak mengandung 12 minggu. Sebelum datang kali pertama, saya telefon dulu. Masa tu dalam 6 minggu mengandung. Nurse di klinik tetapkan tarikh pemeriksaan pertama pads minggu ke 12 jam 8.00 pagi.
Kali pertama datang, agak blur apa yang nak dibuat. Trick yang kena buat supaya cepat proses pemeriksaan pun tak pandai lagi. Cari bilik makmal pun tak jumpa.. hehe. Kelakar sungguh. Pemeriksaan pertama ok.. alhamdulillah. Sesi pemeriksaan kedua saya minta tetapkan pada sebelah petang. Saja tukar sebab saya nak tengok sesi pagi cepat atau petang. Ternyata sesi petang lagi cepat sebabnya pesakit kurang sedikit berbanding sesi pagi. Sesi pagi ni kebiasaannya ramai pesakit budak dan bayi, sebab tu lambat sedikit. Lambat pun, tidak lah sampai hilang sabar menunggu.
Sejak itu, saya akan minta tetapkan masa pemeriksaan seterusnya pada waktu petang. Rasa lagi mudah, sebab lepas selesai boleh terus balik umah dan berehat. Ibu mengandung kan kena rehat.. tak boleh stress hehe.
Sepanjang pengalaman pemeriksaan di KK, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Mula dengan sebulan sekali kena datang hinggalah kena datang seminggu sekali, perkhidmatan yang diberikan tetap terbaik. Nurse banyak berkongsi info dan panduan kepada ibu terutamanya ibu mengandung kali pertama seperti saya.
Kalau nak cepat siap semua proses pemeriksaan, boleb cuba tips di bawah ni:
1. Datang pemeriksaan sesi petang. Pastikan ambil no giliran seawalnya. Paling afdhal bila cukup saja jam 2.00 petang, terus ambil no giliran. Memang akan dapat no giliran terawal.
2. Ambil sampel darah dahulu kemudian baru ambil sampel urin. Kalau di KK tempat saya buat pemeriksaan, sampel darah perlu diambil di klinik  biasa, sebelah KK Ibu dan Anak tapi masih dalam bangunan yang sama. Jadi, ambil sampel darah kemudian kembali ke KK Ibu dan anak untuk ambil sampel urin. Lepas siap sampel itu bolehlah terus serahkan kepada makmal untuk ujian.
3. Ikut nasihat nurse. Masa 5 bulan lebih saya naik berat badan melebihi sepatutnya. 3kg lebih dalam masa sebulan sedangkan berat yang naik maksimum 500g sahaja sebulan. Ni akibat banyak makan buah masa musim buah. Tambahan lak masa tu pening semua dah hilang, memang menjadi-jadi la selera. Hehe.. Nurse ingatkan untuk kawal supaya berat naik semasa mengandung 12kg sahaja. Sesuailah dengan saiz saya. Risau juga kalau naik banyak sangat nanti susah pulak nak turunkan berat kembali ke berat sebelum mengandung.
Memang rasa cepat ja tempoh mengandung. Sedar tak sedar dah pun 9 bulan.. menghitung hari dalam berdebar. Moga Allah permudahkan saya bersalin normal dan selamat. Baby selamat dan saya pun selamat.. amin..
Ini gambar pandangan dari bawah ke bumbung bangunan yang menempatkan KK Presint 3 yang saya ambil pada kali pertama saya datang buat pemeriksaan di sini.

Perancangan Kewangan

Minggu lepas saya ada bersembang-sembang dengan kawan saya tentang perancangan kewangan. Kawan saya ini dahulunya makan gaji tetapi sekarang dia dah berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan insurans.

Banyak info yang dia kongsikan terutamanya tentang perancangan kewangan. Sebenarnya, pendapatan bulanan kita perlu dirancang perbelanjaannya mengikut peratusan. Selama ini, saya memang ada buat perancangan kewangan tetapi selalunya, yang rancang lain.. yang jadi lain. Ada yang disimpan.. dikorek semula bila keadaan mendesak. Oh, tak bagus, tak bagus macam ni.


Sumber: Google

Di bawah ini peratusan daripada pendapatan yang dicadangkan:
  1. Perbelanjaan     55%
  2. Simpanan         20%
  3. Kecemasan       10%
  4. Pendidikan         5%
  5. Hadiah              5%
  6. Ibu bapa           5%

Nota:
Pendidikan - kegunaan membeli buku atau majalah
Hadiah - beli barang untuk kegunaan sendiri atau hadiah kepada orang lain

Ini adalah panduan dan boleh disesuaikan mengikut keadaan masing-masing. Sebagai contoh, jika jumlah yang diberi kepada ibu bapa lebih daripada 5%, peratusan pada perbelanjaan boleh dikurangkan untuk menampung jumlah itu. Mungkin juga setengah orang tak memerlukan perbelanjaan untuk pendidikan. Baca buku guna ja ebook atau google ja. Tak perlu beli buku.. Hehe..

Satu lagi tips, simpanan itu simpanlah di tempat yang tidak boleh dikeluarkan. Kurang digalakkan untuk disimpan di bank, tambah-tambah ada kad ATM lagi. Tak nak lah nanti simpanan itu hanya sekejap di situ. Seeloknya, carilah tempat simpanan pelaburan yang ada pulangan yang baik.
Sebagai panduan, jika pelaburan tersebut selepas 20 tahun dijangka boleh memberikan pulangan hampir 100% daripada pelaburan awal maka pelaburan tersebut berbaloi dibuat. Simpan di Tabung Haji lagi bagus, cuma janganlah link kan dengan bank. Nanti boleh korek juga... huhu..

Penting simpanan ini untuk hari tua selepas usia pencen. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur. Selepas usia pencen, pendapatan akan bergantung kepada KWSP atau bagi yang bekerja dengan perkhidmatan awam, pendapatan hanya separuh daripada pendapatan terakhir sebelum bersara. Banyak perbezaannya pendapatan yang diperolehi. Jadi, simpanan ini boleh membantu supaya hidup selepas usia pencen, tenang dan mudah.. InsyaAllah.

Kepada B2B yang membaca perkongsian ini, selepas selesai majlis perkahwinan tu, cepat-cepatlah buat perancangan kewangan bersama-sama dengan suami. Ini penting supaya sama-sama tahu bagaimana nak menguruskan perancangan kewangan keluarga dengan baik. Sebolehnya, kita tak naklah bergaduh suami isteri disebabkan kewangan.

28 April 2013

Baby.. Cepat-cepat engage k..

Bila dah masuk minggu 35 mengandung, saya mula fikirkan tentang baby dah engage ke belum. Rabu lepas masa pemeriksaan di klinik, nurse tu pegang-pegang kawasan bawah perut dan cakap baby dah kat bawah. Tapi, taklah dia cakap baby awak dah engage. Selasa ini lah baru leh pastikan, sebab akan jumpa Dr. Dr. akan scan, boleh tengok kedudukan baby sekarang ni. Saiz dan berat semuanya.

Semalam dah cukup 36 minggu. Nurse cakap ibu yang mengandung kali pertama, bila 36 minggu baby mesti dah engage. Kalau tak, takkan engage dah. C-zer lah jawabnya. Makin risau saya.. Mulalah saya cari maklumat tentang baby engage. Saiz pelvik dan lain-lain..

Harap dapat berita baik Selasa ini. Semoga Allah permudahkan untuk saya bersalin normal.. amin.

22 April 2013

Pigeon Warehouse Sale

Semalam saya pergi pulak Pigeon Warehouse Sale. Rasanya ni kali pertama Pigeon adakan jualan gudang. Lokasinya berdekatan Monash University Bandar Sunway. Tengok alamat tu ingatkan dekat kawasan USJ Subang Jaya.

Kami sampai awal. Jam 9.30 pagi dah sampai. Kami terpinga-pinga tak tahu nak letak kereta di mana. Rupanya, letak tepi jalan. Memandangkan kami yang pertama sampai. Rasa pelik jugak nak letak kereta di situ. Sebabkan ada hal sket, kami tak tunggu di situ. Lepas selesai urusan, kami kembali ke sana. Dah banyak kereta diletakkan di tepi jalan.

Orang taklah ramai pun. Taklah besar sangat jualan ni. Paling saya kecewa, banyak barang dah habis. Bila tanya salesgirl tu, dia kata semua dah habis semalam. Semalam tak datang ke.. dia tanya pulak camtu. Adeh, kalau datang semalam, takdak la kot saya nak datang lagi hari ini. Baju saja yang masih banyak. Boleh dipilih.. Saya tak borong pun baju sebab dah puas borong di jualan Pureen semalam. Tapi, tak dinafikan kualiti kain baju Pigeon lagi ok. Harga baju semalam kebanyakannya dalam RM6 atau RM7 sehelai. Kalau sepasang baju dan seluar, jadi dalam RM13 begitu. Ada juga yang RM3, bila diteliti sebab ada kecacatan pada baju. Kotor ataupun ada defect.

Komen saya:
1. Berbaloi lah juga pergi. Harga masih murah jika dibandingkan dengan harga asal.
2. Pilihan tak berapa banyak. Sedikit ja barang yang dibuat jualan gudang. Kecewa.. baru pagi Ahad, barang dah tinggal saki baki sahaja. Kalau datang petang, memang lagi kecewa!
3. Ada barang yang dijual tu ada defect. Macam rejected item sale pulak. Liquid cleanser dijual murah RM8 tapi akan luput pada Julai 2013. Memang tak dapat la saya beli. Hanya jual yang nak luput saja. Agak tak patut la.

Mungkin sebab saya bandingkan dengan jualan Pureen yang tawarkan hampir semua produk. Di Pigeon, jauh berbeza. Agaknya barang yang tiada tu sudah habis diborong semalam kot..

Walau bagaimanapun, kalau Pigeon buat jualan ini setiap tahun, saya akan pergi lagi. Harap lagi menarik daripada kali ini.

20 April 2013

Pureen Stock Clearance 2013 : Memborong sakan!

Hari ni bermula Pureen Clearance Stock di Summit Co Petaling Jaya. Jualan ini sehingga esok sahaja. Saya buat dahulu kajian tentang tips dan panduan nak memborong di jualan Pureen supaya senang nak memborong. Ramai M2B yang berkongsi pengalaman memborong di sini. Rasanya, ini seperti acara wajib untuk para ibu.

Untuk rekod, ni kali pertama saya terjebak dengan jualan ini. Agak teruja juga nak rasa bagaimana pengalaman bersesak di jualan Pureen. Memang seperti yang dibaca sebelum ini, memang sesak betul orang. Kami sampai awal. Antara yang terawal jugalah masuk bila Pureen buka pintu jam 9.30 pagi. Bila dah masuk, saya dan suami terus menuju ke bahagian belakang iaitu bahagian baju. Kami cuba jugak berebut baju dari dalam rak, tapi tak berjaya pun. Baju lesap sekelip mata macam ikan pirana makan mangsa. Hahaha.. lawak jugak rasa. Kami sempat cekau beberapa pasang, kemudian putus asa. Terus cari lokasi sesuai untuk pilih baju hasil cekauan yang tidaklah lumayan sangat tu.. hehe..

Alhamdulillah, saya berjumpa rakan dan dia ajak sama-sama pilih dengan dia. Terus amik lokasi sebelah dia dan mula memilih dari longgokan baju yang ada. Semakin lama memilih.. cam ketagih pun ada. Taktiknya, tanya saja rakan sebelah kalau dah selesai memilih. Kalau ya, boleh sambung pilih longgokan baju yang dia cekau pulak. Memang inilah cara lagi mudah dan selamat. Memang banyak boleh dapat, walaupun pilih dari yang orang dah tinggalkan. Sebabnya, pilihan dia tak sama dengan kita. Mungkin dia cari baju untuk bayi lelaki. Kita pula mencari baju untuk bayi perempuan.

Memang baju bayi perempuan lagi banyak. Semuanya comel lak tu.. Sebab itu, saya dapat memborong sakan. Memang sayang nak lepas.. hehe. Jam 12.30 tengah hari kami bergerak balik. Masa itu, orang makin ramai. Memang elok sangat datang awal pagi. Gambar di bawah ni hasil saya memborong. Memang banyak, tapi hati sangat gembira. Esok nak pergi Pigeon Warehouse Sale lak.. hehe..

19 April 2013

DIY: Barut Bayi

Saya dalam proses nak siapkan barut bayi. Tak lah susah sangat nak buat barut bayi ni. Banyak M2B yang kongsikan cara nak DIY. Memang sangat membantu saya nak jahit barut bayi saya sendiri.

Barut ini saya gunakan kain cotton flannel. Saya pilih kain ini sebab kain ni lembut. Sesuai untuk kulit bayi yang lembut gitu kan.. Banyak kedai kain yang jual cotton flannel ni. Ada setengah pekedai ni, kalau tanya ada tak kain cotton flannel.. dia cakap takdak. Bila pusing-pusing dalam kedai, ada jual sebenarnya. Tapi dia panggil cotton baldu. Susah gak nak cari kain yang sesuai corak dengan bayi. Ada corak cam kain pelikat.. hehe memang tak masuk dengan bayi. Ada yang warna tak berkenan langsung di mata saya. Lama gak saya mencari..

Sepanjang proses mencari kain ni.. saya dapatlah bandingkan harga dan kualiti kain cotton flannel ni di antara kedai. Cotton flannel di Kamdar lagi lembut dan harga pun lagi murah. Di Nagoya, saya tak jumpa pun cotton flannel. Dah habis stok agaknya..

Saya borong cotton flannel ni di Kamdar, Prima Saujana Kajang. 2 kali juga pergi. Kali kedua baru ada yang berkenan. Stok baru kot. Kali pertama pergi ada stok yang dah lama ja.

Saya borong 14m.. hehe. Dah jumpa tu sakan terus borong. Ni stok untuk buat bedung, barut dan cloth wipe. Bedung dan cloth wipe dah siap. Sekarang operasi nak siapkan barut. Boleh siap minggu ni.. insyaAllah. Tengah nak jahit tangan tali barut tu. Maklumlah, takdak mesin jahit di rumah. Bila siap jahit ni, bolehlah hantar barut untuk jahit tepi. Lepas tu, siaplah barut bayi saya dan boleh dibasuh. Tunggu untuk digunakan saja...

17 April 2013

Ulasan: Pakej Fotografi Perkahwinan

Saya rasa hampir semua B2B akan masukkan pakej fotografi dalam bajet perkahwinan. Harga bagi satu pakej fotografi kebiasaannya bermula daripada RM1,000. Harga paling mahal saya pun tak pasti. Bergantung kepada siapa jurugambar tersebut. Kalau dia seorang yang terkenal, harga pasti meletup! Hehe... Tetapi, jurugambar yang terkenal kebiasaannya adalah jurugambar sepenuh masa atau profesional. Jadi, hasil gambarnya sudah pasti berkualiti tinggi. InsyaAllah, klien akan puas hati.

Pengalaman saya sendiri, saya mengambil pakej fotografi mengikut bajet saya. Kalau ikutkan nafsu, memang berhajaaaat sangat nak ambil jurugambar profesional. Daripada sebelum ada ura-ura nak kahwin asyik tengok hasil kerja dia di webnya. Bila tanya pakej (saja la tanya kan.. walaupun dah agak tak sampai bajet..), memang melebihi bajet. Jadi, niat itu terkubur sahaja. Jurugambar pilihan saya dipilih setelah melihat-lihat hasil kerja dia di fb @ blognya. Ok, hasil suntingan nampak menepati citarasa saya. Rundingan pun dibuat dan mendapat harga yang agak berbaloi, kalau dibandingkan harga yang ditawarkan oleh jurugambar lain (pada tahap yang sama).

Pada pendapat saya, B2B perlu bersedia dengan isu seperti saya senaraikan ini bila mengambil pakej fotografi perkahwinan:

1. Bersedia dengan hasil gambar yang akan diperolehi kemudian. Hasilnya tidak akan 100% menepati apa yang diharapkan atau seperti yang jurugambar masukkan dalam fb@blog. Adakah ini bermakna jurugambar menipu? Saya tidak berkata begitu, fb @ blog jurugambar adalah ruang untuk promosi. Sudah pasti akan dimasukkan gambar yang terbaik. Cuma, pada pendapat saya, jurugambar perlulah cuba menghasilkan hampir seperti yang diiklankan. Sebabnya, klien membeli perkhidmatan anda berdasarkan iklan tersebut. Iklan itu sebenarnya janji anda kepada klien tanpa anda sedari.
B2B juga perlu bersedia gambar yang dirakam oleh jurugambar tidak semuanya akan menepati citarasa anda. Sebagai contoh, anda mahu jurugambar merakamkan gambar suasana majlis perkahwinan. Tidak hanya gambar pose pengantin sahaja. Jurugambar mungkin akan merakamkan suasana majlis tapi tidak merangkumi semua suasana. Gambar yang dirakam hampir sama sahaja suasananya!

2. Perlu rajin membuat susulan dengan jurugambar. Berdasarkan pengalaman saya, jurugambar berjanji akan menyiapkan album dalam masa tiga bulan. Dari awal saya dah jangka, paling cepat adalah 3 bulan. Tetapi, rupanya tak. Selepas 6 bulan baru album sampai ke tangan saya. Itupun setelah berkali susulan dibuat. Agaknya.. kalau saya tak rajin buat susulan mungkin setahun lebih baru album ni siap agaknya...

3. Sabar dengan pelbagai karenah. Pelbagai perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Kelewatan album siap akan berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jadi, bersabarlah sahaja dan berserta juga usaha dengan buat perkara di no. 2. Kemungkinan juga akan berlaku, jurugambar lupa dengan apa yang dijanjikan. Terutamanya, jika yang apa yang dijanjikan adalah tambahan kepada pakej sedia ada. Contoh, tambahan bingkai gambar. Klien boleh tanyakan semula, tapi susah nak dibuktikan sekiranya tiada bukti bertulis. Kalau jadi begini, redha ja lah ye..

Jika anda yang membaca ini seorang jurugambar, saya rasa elok amalkan pesanan di bawah:

1. Aktif dan ceria semasa majlis. Peranan anda penting bagi memberikan mood kepada klien anda. Jika anda aktif dan ceria, lagi mudah klien memberikan yang terbaik.

2. Pastikan perkhidmatan diberikan baik bemula daripada rundingan hingga selepas berjaya close deal dan sehinggalah album selamat diserahkan kepada klien. Maklumkan status terkini sekiranya album tidak disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

3. Hargailah klien anda. Jika anda pandai mengambil hati klien anda, klien akan bantu anda untuk promosikan perkhidmatan anda. Lagi-lagi, bagi klien yang sudah membayar semua bayaran. Tapi, jika anda rasa ini tak perlu, mungkin anda dah mewah job!  Hehe..

Panjang betul ulasan ini. Mungkin boleh jadi tips pada yang rasa sesuai. Kalau tidak, ini hanya pendapat peribadi saya.

16 April 2013

Kegilaan Barang Organik

Saya sendiri tak pasti bila saya mula terjebak dengan barang organik. Tak ingat puncanya. Sebenarnya, barang kosmetik di pasaran kebanyakannya ada bahan kimia dan semuanya akan ada paraben. Paraben ni adalah bahan pengawet supaya barang kosmetik tersebut tahan dan tidak rosak.

Seeloknya, elakkan penggunaan bahan kosmetik yang ada bahan kimia. Memang kandungannya menepati standard kesihatan yang ditetapkan. Tapi, bayangkan kalau penggunaannya berpuluh-puluh tahun. Entah banyak mana dah tersimpan dalam badan kita. Tambah lagi zaman sekarang, banyak terdedah dengan bahan kimia. Sebaiknya cubalah elakkan semungkin boleh.

Berhati-hati juga dengan jenama. Walau bunyi macam 'makanan kulit' tapi ia tidak bermakna ia 100% natural apatah lagi organik! Memang produk kosmetik organik mahal sedikit harganya. Pakai pun memang berjimat lah... hehe.

Saya dah pun memilih jenama produk organik untuk bayi. Sebolehnya, tak mahu dedahkan bahan kimia pada kulit bayi nanti. Baru saja hantar tempahan hari Ahad lepas, hari ni dah sampai pun barangnya. Harap sesuai lah produk ni dengan bayi. Kebiasaannya, penggunaan produk organik tak berlaku alahan. Sebab, ia organik kan.

Sedang Menunggu hari



Hampir lama blog ni sunyi. Memang usang tak terjaga, rasanya hampir 9 bulan. Erm.. lebih kot.

Dalam tempoh ni memang banyak perubahan dalam hidup saya. Sekarang, dalam fasa bergelar 'ummi'. Sedar tak sedar, cepat masa berlalu. Sekarang saya sudah 34 minggu hamil. Masuk bulan 5, bila-bila masa saja.. dan kena cuba bersedia!

Moga semuanya dipermudahkan kepada saya. Memang risau & takut fikirkan proses bersalin. Tapi, tetap kena lalui kan. Moga diberi kekuatan juga menghadapi segalanya nanti dan semuanya selamat.. amin

11 April 2013

Album Photobook

Saya ada mengambil pakej fotografi untuk majlis perkahwinan saya. Pakej tersebut termasuk satu custom album dan semua gambar yang diambil oleh photographer. Ada kisah juga di sebalik pakej fotografi. Selepas enam bulan.. baru lah album saya selamat sampai ke tangan saya. Itupun puas lah kena buat susulan. Tapi, takpa lah.. semua dah selesai.

Saya memang dah tau, tak semua gambar akan muat dimasukkan dalam 1 custom album tu. Jadi saya beli kupon photobook daripada ilovediscounts. Saya beli 2 kupon untuk 2 album. 1 kupon jika tak silap dalam RM38 untuk tempahan album RM249 (ini pun kalau tak salah ingatan ni..). Last minit juga baru hantar tempahan untuk cetak album ni. Perkhidmatan photobook memang cepat. Saya hantar tempahan hari Sabtu, hari Selasa album dah selamat sampai. Teruja nak tengok hasilnya!
Alhamdulillah, saya puas hati dengan hasil albumnya. Gambar dalam album ini saya susun supaya ada penceritaan kisah majlis. Lepas ni, kalau ada lagi kupon seperti ini, memang saya nak beli lagi. 

Memang berbaloi!

B2B boleh la beli kupon ni. Senang saja nak buat album ni. Perlu muat turun photobook designer terlebih dahulu untuk design layout album. Perisian designer ni juga mudah. Macam guna MS word ja.

PRU 13 : 5 Mei 2013



Akhirnya, tarikh PRU 13 telah diumumkan iaitu pada 5 Mei 2013. Oh, dekat setahun saya berteka-teki. Sejak, sebelum saya kahwin lagi.

Alhamdulillah, majlis perkahwinan saya berjalan dengan baik. Yang menariknya, hari tu dengar juga desas-desus PRU 13 pada cuti sekolah bulan Mac 2013. Kebetulan pula, tarikh tu pula tarikh majlis perkahwinan abang saya. Tengok-tengok, tak jadi juga PRU 13 pada bulan 3. 

Alhamdulillah... Allah atur yang terbaik..

Selamat mengundi semua...!