05 August 2013

Amalan Semasa Mengandung

Setelah disahkan mengandung saya selalu google pengalaman mengandung ibu di blog. Memang banyak ilmu yang saya dapat. Ada yang cuba amalkan. Saya pun nak berkongsi pengalaman saya juga.
Sepanjang mengandungkan Hana, alhamdulillah saya tiada masalah apa-apa. Gula ok, Hb ok, tekanan darah tinggi pun ok. Syukur.. Allah permudahkan.

Apa yang saya amalkan/ buat dalam tempoh mengandung:

1. Makan buah delima masa awal-awal mengandung. Lama-lama minum jus delima Gulsan sebab susah nak dapat buah delima. Sebotol RM15, beli di kiosk depan Aeon Big Alamanda. Tapi, tak lama saya minum jus delima ini. Kalau tak salah sampai mengandung 3 bulan. Sebabnya, ada sekali tu minum, tak sampai 5 minit saya muntahkan balik semua. Sebab masam sangat. En suami yang bancuhkan. Pekat sangat kot.. hehe

2. Makan kismis sebagai jajan di tempat kerja. Saya makan kismis brand Sunmaid. Pulun juga makan sempat la beli 2 bekas Sunmaid tu sepanjang mengandung. Ada gak masa-masa saya tak makan kismis ni. Kiranya, ikut musim mood juga lah makannya.

3. Minum susu segar HL sebab tak boleh telan susu tepung. Pertama sekali beli Anmum coklat. Pengaruh tv gak la sebab tu beli. Lagipun dah mengandung kan.. jadi beli susu tepung khas untuk orang mengandung. Saya minta En. Suami yang buatkan susu. Segelas setiap malam. Mula-mula boleh juga telan. Lama-lama tak boleh langsung. Bau susu yang berbekas pada mug tu pun tak boleh. Agak-agak macam trauma la nak minum.

Akhirnya, berhenti minum Anmum. Cuba pulak beli Dutch Lady. Sama juga al kisahnya. Tak pasti lah sama ada sebab bau susu tu yang buat saya tak boleh nak minum.

Selepas gagal dengan Dutch Lady, saya berhenti minum susu. Saya makan pil kalsium. Sehinggalah rakan pejabat cadangkan minum susu segar HL. Alhamdulillah, serasi dengan saya. Saya minum susu ini sampai mengandung dekat 7 bulan. Kemudian, saya berhenti. Sebabnya, sambung baca perkara 4. :)

4. Minum susu kambing Nubian. Saya berhenti minum susu HL sebab nak mula minum susu kambing. Ada saya baca elok minum untuk elak anak kena jaundice. Baik saya usahakan.. tak rugi mencuba. Cari punya cari, google sana sini baru saya tau tentang susu kambing Nubian. Ada dijual di Carrefour. Pergi cari di Carrefour, ada stok. Beli 2 botol dulu sebab nak cuba. Takut ada bau kambing. Alhamdulillah, sedap susu ni. Tak ada langsung bau kambing. Sejak itu, kami jadi pengejar setia susu Nubian. Di Carrefour, harganya RM4.99 sebotol. Di Cold Storage ada juga jual. Mahal sedikit, RM5.29 sebotol.

Sejak kenal susu kambing saya dah tak mau minum susu lembu. Susu HL pun dah tak pandang. Ada sekali suami beli sebab tak dapat stok susu Nubian. Saya minum sekali ja. Akhirnya, buang ja. Selamat tinggal susu lembu hahaha..

5. Buat perinium massage sejak kandungan 6 bulan. Saya beli set Tanamera agak awal masa mengandung 5 bulan sebab saya nak sapu kat perut. Tak mahu ada stretch mark hehe. Saya cuba buat massage tu. Dengarnya boleh memudahkan bukaan. Belasah ja massage. Entah betul ke tidak. Tak lah konsisten sangat buat sebab ala-ala ngeri jugak mula-mula tu. Bila kandungan dah 8 bulan baru saya konsisten buat. Agak konsisten la..

6. Minum VCO Tanamera sejak kandungan 8 bulan. Ini pun saya cuba sebab hasil bacaan katanya VCO boleh memudahkan bukaan. Saya minum sekali sehari sebelum tidur. Satu sudu saja setiap malam.

7. Mula minum minyak zaitun bila kandungan 9 bulan. Ada baca banyak khasiat minyak zaitun. Saya pun cuba lah minum. Saya campur dengan VCO. Minum masa pagi sebelum pergi kerja. Saya minum minyak zaitun jenama Ravika jenis extra virgin. Beli di kiosk depan Aeon Big Alamanda juga dengan harga RM26. Sampai sekarang saya minum. Bagus untuk pelawasan.

8. Makan kurma. Saya kerap makan kurma bila kandungan hampir 9 bulan. Masa di awal kandungan tu, saya ada makan juga. Tapi, tak tentu sebab ikut musim mood. Bila dah nak masuk 9 bulan, saya gagahkan diri makan. Ramai cakap elok untuk bagi tenaga semasa bersalin dan banyakkan susu. Saya makan kurma syafawi. Ni sedap punya, jadi boleh makan buat jajan. Kurma murah memang tak pandang juga.. heehee..

9. Minum air zam-zam bila dekat dengan EDD dan berdoa Allah mudahkan semua. Saya selalu minum awal pagi sebelum pergi kerja. Sempat habiskan sebotol air zam-zam.

10. Makan telur separuh masak di minggu terakhir sebelum EDD. Ini pun tips yang saya dapat dari blogger. Baik untuk simpan tenaga. Saya sempat amalkan dalam seminggu sebelum bersalin. Alhamdulillah.. berkesan kot..

11. Naik dan turun tangga 7 tingkat. Mula amalkan awal juga masa kandungan 6 bulan. Tapi, kadang-kadang ja. Bila saya tau bayi belum engaged masa 35 minggu, baru lah mula nak konsisten. Takut dengan macam-macam kemungkinan, setiap hari nak pergi kerja saya turun tangga 7 tingkat. Balik kerja pulak naik tangga 7 tingkat. En Suami pun sama-sama juga lah senaman. Senaman ini bagus untuk mudahkan bayi engaged dan cepatkan bukaan.

12. Baca surah dan doa yang baik untuk ibu mengandung. Surah Maryam, Surah Toha, Surah Luqman, Surah Al Hujurat, Surah Yusuf, Surah Insyiqaq. Doa dari surah An Nahl untuk elak anak, cacat, doa nabi Zakaria dan satu lagi doa moga anak menjadi anak yang menjaga solatnya.

13. Zikir doa nabi Yunus dan ayat Thummas sabila yassaroh

14. Mengelak makan makanan segera. Ada juga terbabas makan.. seingat saya tak sampai 5 kali

15. Banyak makan ikan dan ikan kegemaran ikan talapia. Tak suka makan ayam sepanjang mengandung huhu

Rasanya ini yang saya buat. Dah habis senaraikan rasanya..