29 November 2013

Pengalaman Menyusu Hana

Sekejap saja masa berlalu. Hana sudah pun menginjak ke umur 6 bulan. Sungguh saya rasa cepat masa berlalu. Bila diimbas semula gambar ketika Hana masih berumur dalam bilangan hari, serasa tak percaya saya sudah ada seorang puteri. Alhamdulillah, dengan segala izinNya, Hana membesar dengan sihat. Moga Allah melindungi Hana daripada segala perkara yang tidak baik.

Alhamdulillah dapat menyusukan Hana sepenuhnya. Erm, ada juga terkucil 3 hari pertama sebab susu saya baru nak keluar. Terpaksa bagi air zam-zam. Moga segala khasiat air zam-zam menjadi segala penawar untuk Hana.

Tentang kisah penyusuan Hana, saya sudah tanamkan azam untuk meyusukan Hana sejak mengandung lagi. InsyaAllah, hingga umur 2 tahun. Saya bersalin di Hospital Putrajaya, hospital yang menyokong penyusuan susu ibu. Maka, permulaan perjalanan tidak terlalu sukar. Selepas sahaja Hana selamat dilahirkan, nurse terus letak Hana atas dada untuk skin to skin contact. Kemudian, saya terus pegang hana dan ajar untuk latching. Hana pandai latching. Nurse pun puji. Semasa di hospital, susu mula keluar dalam bentuk cecair putih seperti air beras. Saya yakin susu sudah mula keluar. Nurse yang datang ajar cara menyusu pun cakap dah ada. Jadi, pada waktu siang hari pertama iaitu hari Sabtu, Hana dapat tidur ok. Mungkin juga Hana begitu sebab Hana masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Tetapi pada tengah malam Sabtu hingga pagi Ahad, Hana asyik merengek. Sepanjang malam hingga ke pagi Ahad saya tidak tidur. Hana di riba disusukan sepanjang malam. Dua kali saya memanggil nurse untuk bantuan. Itu pun sebab saya sudah habis ikhtiar bagaimana nak hentikan rengekan Hana. Saya teka mungkin sebab susu saya tak keluar. Jadi, Hana lapar. Saya kecewa dengan jawapan nurse bila saya ceritakan keadaan Hana. Kedua-dua nurse cadangkan beri susu formula. Katanya, Hana lapar sebab itu Hana menangis. 

Ya, sangat kecewa. Sebab saya harapkan motivasi para nurse untuk teruskan juga menyusu. Mungkin dapat kata-kata semangat seperti..

"Nanti susu akan keluar bila banyak rangsangan... " 

Lain pula jadinya, tak seperti yang diharapkan.

Selepas jam 1 petang hari Ahad, saya dibenarkan keluar hospital. Balik ke rumah, saya teruskan menyusu. Dalam hati ingatkan susu dah keluar, jadi saya tenang sahaja. Tetapi, Hana nampak tak selesa, emak saya teka mungkin lapar. Saya teruskan bertenang dan teruskan menyusu walaupun saya tak pasti sama ada Hana dah dapat atau belum susunya. Saya mengalah juga akhirnya sebab Hana tak boleh tidur lena lama. Kerap terjaga. Emak saya cadangkan bagi air masak, tapi saya bersetuju. Akhirnya, saya benarkan Hana diberi air zam-zam kepada Hana sambil berusaha untuk cepatkan susu keluar.

Hinggalah ke hari ketiga, susu belum lagi keluar. Emak dah cadangkan beli susu formula kalau hari ini susu belum ada. Saya ikhtiar untuk mengurut. Saya google sana-sini. Alhamdulillah ada seorang bidan boleh datang mengurut pagi besoknya. Syukur sangat sebab selepas mengurut susu mula lancar keluar. Senyap lah segala cadangan untuk beli susu formula untuk Hana.

Selepas itu, Hana hanya minum susu umminya. Alhamdulillah. Selepas bersalin, baru saya tahu bayi boleh bertahan tanpa minum susu selama 3 hari selepas dilahirkan. Makanan yang diterima semasa dalam perut ibu boleh menampung keperluannya selama 3 hari itu.

Bagi ibu yang mencari bidan di kawasan sekitar Putrajaya, Kajang atau Semenyih, boleh cuba dapatkan perkhidmatan bidan Kak Saniah 016 913 5157. Berdasarkan pengalaman saya, sangat ok!
Hana dah pandai pegang botol sendiri :)