31 December 2013

Rezki Paling Istimewa 2013

Hari ini 31 Disember 2013, hari terakhir tahun ini. Sungguh, saya rasa masa sangat cepat berlalu. Hujung tahun lepas, masa itu saya sedang mengandungkan Hana. Hana baru 3 bulan dalam kandungan, lebih kurang. Hari ini, Hana sudah pun 7 bulan lebih. Sudah pandai mengensot dengan laju. Sudah pandai mencari mainan yang dia suka. Sudah boleh mengemas haha..

Setiap hari, Hana sentiasa di ingatan, lekat di hati saya. Ya sesungguhnya Allah lah yang utama. Cuma, ini perkongsian syukur saya atas rezki Allah kurniakan saya seorang Hana. Rezki yang dulu saya pernah rasa redha jika Allah tak berkehendaki saya layak merasai nikmat rezki ini. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya menerima rezki ini.

Allah kurniakan saya Hana yang sungguh baik. Semasa mengandung semuanya baik. Tiada alahan teruk. Tiada komplikasi mengandung. Bersalin normal pun dimudahkan. Semasa dalam pantang, Hana sihat. Tak demam. Tak meragam. Sehingga sekarang, Hana anak ummi yang solehah. Tak banyak ragam, segalanya mudah. Syukur, ini rezki yang terindah untuk saya dan suami.

Ummi doakan Hana menjadi anak yang solehah. Yang dapat kirimkan doa kepada ummi dan babah bila ummi dan babah tiada lagi di dunia ini. Moga Allah memberi ummi dan babah petunjuk hidayah agar dapat membimbing Hana menjadi anak yang solehah. Amin..
Terima kasih Allah, kurniakan Hana Nur Widad.. Kebahagiaan cahaya kasih sayang kami :)

Ada elektrik dengan kamera. Hehe, pantang nampak kamera. Pandai terus nak posing

30 December 2013

Terjebak Dengan Cloth Diaper

Ya, memang saya terjebak dengan cloth diaper atau lampin kain atau pun ringkasnya CD. Saya tak dapat nak imbas kembali bagaimana saya boleh terjebak dengan CD. Mungkin daripada hasil pembacaan blog ibu-ibu, saya mula mengenali CD.

CD pertama saya beli adalah 2 keping CD Autumnz yang materialnya minky ala baldu di Baby Expo, PWTC. Masa beli ni saya tak tahu pun saiznya besar gedabak dan tak boleh dipakaikan kepada baby baru lahir. Bukan saiz newborn. Saya beli pun sebab tengok ramai semangat membeli. Haha.. Pantang sket tengok orang berebut shopping, memang mudah terpengaruh. Besar saiz CDnya, Hana dah 6 bulan baru boleh pakaikan menggunakan setting paling kecil.

Kemudian saya sertai group FB Malaysian Cloth Diapering Parents, lama kelamaan semangat berCD pada baby semakin kuat. Barulah saya kenal ada CD khas untuk newborn, apa itu OS-one size CD, jenis CD AIO, AI2, jenis-jenis material. Puaslah khatam pasal CD. Hari-hari baca pasal CD. Tak jemu. Bila dah paham sket, saya kemukakan cadangan nak pakaikan baby dengan CD. Suami ok je. Walaupuan tau renyah nak membasuh, suami ikutkan ja kehendak isterinya ni. Masa ni suami belum tahu lagi akhirnya dia yang kena amik tugas membasuh CD tu. Ampun...

CD ada macam-macam jenis dan material.

1. Pocket CD - ada poket untuk masukkan insert. Insert ialah kain yang dijahit berlapis-lapis yang akan menyerap air. Jadi, tak lah bocor.

2. AIO - All In One, insert dijahit terus pada CD. Ini macam disposable diaper.

3. AI2 -All In Two, kain menyerap air dipanggil soaker. Soaker perlu dilekatkan menggunakan snap button pada cover CD.

4. Material insert pun macam-macam juga. Paling mudah guna ialah microfiber. Jenis lain ialah organic cotton dan bamboo.

Bila dah pandai sket, saya tambah koleksi CD dengan jenama Rumparooz. Beli 6 keping sebab ada tawaran murah. 6 keping dengan harga RM200. CD Rumparooz memang sesuai untuk newborn. Elok je Hana pakai, cuma cutting kecil sket. Kalau baby yang paha chubby tak sempat lah nak pakai lama sebab dah tak muat.

Seterusnya saya beli pula CD Lunatots. Ini pun sesuai guna daripada newborn. CD kegemaran saya, warna pun comel-comel. Insert dan cover pun mudah kering. Sedikit-sedikit saya tambah koleksi lagi dengan membeli Thirsties AIO, Charlie Banana, Bumgenius Freetime AIO, Grovia AI2 dan beberapa keping daripada jenama Babyland dan Weegro.

CD Bumgenius Freetime AIO. Sangat puas hati. Saya beli dari Bummiakids

Saya mula pakaikan CD kepada Hana di hari ke-10 umur Hana. Saya mulakan dengan pakaikan diaper cover dan dilapiskan dengan kain lampin. Ok juga guna cara ini, cumanya bum Hana jadi basah. Tak selesa sangatlah. Kemudian saya cuba pakaikan Lunatots. Memang ngam elok je dengan Hana. Cantik, comel jer! Hana pun nampak ok, selesa je tido.

Selepas dah berjaya pakaikan CD Lunatots, saya teruskan dengan Rumparooz dan Charlie Banana. Grovia pun juga. Semua CD ini boleh tetapkan setting paling kecil dan muat dengan newborn. Sejak itu, Hana pakai CD je. Ada sekali balik kampung, CD yang dibasuh tak sempat nak kering. Kami pun beli la DD. Rasa tak best lak bila pakaikan DD. Nipis semacam je. Sejak itu, setiap kali balik kampung, kami bawak CD banyak-banyak, siap dengan segala sabun, washing net dan penyangkut. Hehe.. senang..

Setelah hampir 7 bulan saya pakaikan Hana dengan CD, memang rasa seronok. Part basuh, suami tolong uruskan. Memang sangat membantu, kalau tak.. saya mungkin berhenti guna CD. Makin tak sempat la nak uruskan semuanya kalau suami tak bantu.. :D

Kalau ibu-ibu nak gunakan CD pada baby, sangat bagus niat ni. Antara panduan yang saya nak kongsikan:

1. Kalau nak pakaikan daripada newborn, perlu melabur dengan membeli CD dengan harga mahal sedikit. CD dengan harga ekonomi kebiasaannya saiz besar. Bila pakaikan pada baby mungkin tak ketat elok, nanti bocor pulak. Cadangan CD untuk guna daripada newborn jenis one size ialah Rumparooz, Lunatot dan Charlie Banana. Thirsties AIO saiz 1 pun ok, cuma velcronya kurang melekat. Mudah pula nak tanggal. Ada juga CD yang khas untuk newborn. Antaranya jenama Rumparooz.

Untuk permulaan, sediakan dalam 24 keping CD dah mencukupi. Boleh buat basuhan 2 hari sekali.

2. Perlu gunakan diaper balm tertentu. Pada mulanya saya gunakan Earth Mama Angel Baby (EMAB). Lama-kelamaan saya tukar pakai minyak VCO. Jimat duit.. Hehe.. Pokai gak pakai EMAB sebab saya suka sapukan balm ni di semua bahagian bukan kat bum baby je.

3. CD perlu dibasuh dengan sabun tertentu. Saya guna Cosway Ecomax liquid detergent. Senang.. baju baby dan baju ummi dan babah pun basuh guna sabun ni. Tak pening-pening nak pilih. Baru-baru ni saya beli Rock Green Detergent (RGD), khas nak guna untuk stripwash sebulan sekali. Nak guna RGD setiap kali basuhan, belum ada bajet begitu lagi.

Kebiasaannya, kami basuh CD 2 hari sekali. Err.. kadang-kadang terbabas juga ke 3 hari. Tapi tak penah lebih daripada tu sebab kuantiti CD cukup-cukup ja untuk 3 hari. Pastikan cover CD dimasukkan dalam washing net  semasa basuhan. Insert dimasukkan ke terus dalam mesin.

4. Sebut stripwash, CD kena stripwash sebulan sekali seeloknya. Tujuannya untuk pastikan CD dapat menyerap dengan baik.. dengan membuang segala saki baki sabun dan kesan ammonia yang melekat pada CD. Sebelum ni saya stripwash guna sunlight je. Masukkan sunlight gantikan sabun biasa. Lepas tu basuh CD macam biasa. Bilas banyak kali lagi bagus.

5. Sementara nak tunggu sesi basuhan, saya simpan CD dalam baldi yang dilapik dengan diaper pail. Sebelum tu, bilas dulu kotoran, dah hilang baru masukkan dalam baldi kering.

6. Saya beli juga wet bag untuk dibekalkan dalam.beg Hana ke rumah pengasuh dan jalan-jalan.

7. Velcro atau snap pilihan saya? Saya lebih suka velcro sebab lagi mudah dan cepat nak pakaikan. Ada juga CD jenis snap, saya gunakan hanya di rumah. Hanya CD jenis velcro saja saya bekalkan ke rumah pengasuh.

8. Kena rajin dan minat. Saya suka siapkan CD. Masukkan insert dalam pocket CD, laraskan setting. Kemudian susun cantik-cantik. Bila dah siap, rasa seronok. Terapi untuk saya :)

Sekarang dah mula rasa nak beli jenama CD yang belum cuba lagi. Hehe.. dah kena racun..

9. Bantuan suami. Bagi saya inilah SANGAT penting. Kalau tak, saya dah kecundang! Hehe..