06 January 2014

Bila Hana Nak Mula Makan

Ok, soalannya bila Hana nak makan? Masa mula-mula dulu jawapannya, bila Hana dah 6 bulan. Tetapi, bila Hana dah 6 bulan, Hana belum boleh duduk lagi. Dari pembacaan saya, umur 6 bulan bukanlah wajib diperkenalkan makanan. Perlu juga lihat tanda-tanda kesediaan bayi untuk mula makan. Antaranya, dah boleh duduk dan air liur dah tidak meleleh. Kalau ok semua tu baru boleh perkenalkan makanan.

Ya, saya ibu yang mengikut buku! Saya sangat berhati-hati tentang apa saja yang ada kaitan dengan Hana. Memandangkan Hana belum boleh duduk bila umur 6 bulan, saya tangguhkan mula bagi Hana makanan. Walaupun dah beli siap-siap Baby Bullet. Haha. Semangat juga ummi ni!

Saya terbaca ada kaitannya kenapa bayi boleh duduk baru boleh mula bagi makanan. Sebabnya, pada tahap ni sistem pencernaan bayi baru berkembang baik dan bersedia untuk memproses makanan.

Baru-baru saya ada terbaca pula perkongsian seorang Doktor, baby patut mula diberi makanan apabila sudah tumbuh gigi hingga gigi geraham pertama. Katanya, tumbuh gigi adalah tanda fizikal sistem pencernaan usus dah bersedia. Jadi, ummi macam nak tunggu Hana tumbuh gigi geraham pertama la, baru ummi suap puree atau bubur.

Makin saya baca, ada yang kongsi pulak Ibnu Qayyim (kalau tak salah) ada menulis dalam satu buku, baby perlu diberi makan setelah umurnya 2 tahun. Jadi, saya mula berniat nak bagi Hana makan setelah Hana dah 2 tahun.

Mungkin juga setelah saya rasa terbuka hati untuk mula perkenalkan Hana dengan makanan. Buat masa sekarang ini, belum lagi. Semakin digali ilmu, makin banyak ilmu baru. Sampai masa, Hana akan makan.

Cumanya, selagi Hana belum makan, banyak nasihat dan 'desakan' untuk bagi Hana makan. Sabarlah semua, Hana akan makan. Saya sebagai ummi tentulah nak Hana sihat. Semut, nyamuk gigit pun saya sangat kisah. Inikan pulak bab bagi makanan. Entah apa jadi kalau bagi makanan sebelum Hana bersedia, apa kesan pada sistem dalaman Hana yang kita tak nampak. Itu yang saya risaukan. Apa yang terjadi saya akan menyesal, sebab itu saya sangat berhati-hati dengan keputusan ini.

Keputusan yang akibatnya ditanggung seumur hidup.

Nanti saya rasmi lah Baby Bullet ni...

No comments:

Post a Comment