25 January 2014

Pengasuh Baru Hana

Hana terpaksa ditukarkan ke pengasuh baru. Bukan sebab pengasuh lama tak bagus tetapi sebab lain yang tak boleh elak.

Pengasuh lama sangat bagus, baik dan saya tak pernah merungut cara dia menjaga Hana.

Sedih. Sedih sangat.

Semalam hari terakhir Hana di sana. Berat hati sya nak cakap. Terpaksa cakap berlapik dengan sebab-sebab supaya kakak pengasuh tak terasa hati. Sebelum saya dan Hana balik, kakak pengasuh cium-cium Hana. Kakak pengasuh pun dah sayangkan Hana. Sama juga dengan anak-anak pengasuh. Mujur, anak-anak pengasuh tiada di rumah masa tu. Kalau tak, mesti lagi sedih. Saat perpisahan yang sukar. Masih lagi saya rasa sebak bila teringat semula.

Maka, pencarian pengasuh baru dah bermula. Kali ini mesti lagi sukar sebab saya mesti bandingkan dengan pengasuh lama.

Semoga Allah permudahkan jalan untuk pengasuh Hana. Dimurahkan rezki mereka sekeluarga.

Moga Allah permudahkan juga jalan dan rezki Hana untuk dapat pengasuh baru yang baik.

Amin.

No comments:

Post a Comment