01 January 2014

Taska atau Pengasuh

Sebelum berkahwin, di fikiran saya, lagi elok baby dihantar ke taska. Sebabnya, kemudahan di taska lebih baik dan lebih sesuai. Semasa Hana 5 bulan dalam kandungan, saya dah mencari-cari taska. Kebanyakannya dah penuh. Perkara biasa di Putrajaya. Cuma satu taska di Presint 18 ada kosong. Satu sahaja tempat. Itupun setelah saya bagitau saya nak hantar Hana bermula hujung bulan Ogos. Kakak pemilik taska minta saya maklumkan semula bila dekat-dekat nak hantar Hana. Dia tak mau buat sebarang tempahan. Ok, saya rasa lega sebab dah jumpa taska.

Tetapi, jauh di sudut hati saya ada sesuatu yang saya risaukan tentang taska tu. Cikgu yang menjaga baby bukan orang Malaysia. Walaupun nampak lebih berumur, tetapi saya rasa belum cukup yakin. Taska ini belum lagi memenuhi semua ciri yang saya inginkan. Namun, sudah menghampirinya. Pencarian taska berhenti seketika.

Sehinggalah selepas Hana dilahirkan, ada kenalan bagitau ada taska baru dibuka di Presint 16. Selepas habis pantang, saya ajak suami ke taska tu untuk tengok-tengok. Taska ni cantik, kemas. Saya terus jatuh hati. Balik ke rumah, bincang-bincang dengan suami. Kami buat keputusan hantar ke taska ni. Dekat juga dengan pejabat saya.

Saya masih nekad dengan pilihan hantar Hana ke taska. Ada kawan nasihatkan lebih baik hantar ke pengasuh. Tapi, saya tak termakan pun dengan nasihat tu.

Sehinggalah pada penghujung Ogos, 2 hari sebelum saya kembali bekerja, kami berkeputusan hantar Hana ke taska untuk sesi latihan. Pada pagi tu, saya mandikan Hana dan hantar awal. Dalam jam 7 lebih kami dah sampai. Hati saya rasa sebu, sebak. Kali pertama berpisah dengan Hana. Bilik baby di tingkat atas. Selepas selesai tilam Hana dihampar, kain lapik dibentangkan, pemilik Hana ambil Hana daripada saya dan letakkan Hana di atas tilam. Masa untuk tinggalkan Hana dah sampai. Saya pergi dekat Hana dan ingin menciumnya. Hana senyum. Air mata saya tak tertahan lagi. Memang mengalir semuanya. Sungguh, luluh hati nak tinggalkan Hana. Tapi, ummi terpaksa. Pemilik taska siap pesan agar saya kena kuatkan semangat.

Di rumah saya cuba sibukkan diri agar tak terlalu asyik teringatkan Hana. Bimbang Hana dapat rasa. Nanti tak boleh pula duduk di taska. Bila tengah hari, kami kembali ke taska. Sengaja nak hantar setengah hari saja. Sekadar latihan pun. Pemilik taska tak tahu tentang ni.

Sesampainya kami di depan pintu taska, saya dah dengar suara baby menangis. Sangat kuat, macam dah habis suara. Saya tau itu suara Hana. Saya telefon pemilik taska bagitau saya ada di bawah. Datang nak mengambil Hana pulang. Dia jawab nak basuhkan ber*k Hana sekejap. Lama saya menunggu di bawah. Hampir 10 minit. Menggelisah saya. Rasa macam nak panjat ke tingkat atas. Saya nak tengok Hana. Apa dah jadi pada Hana.

Lama menunggu di bawah, cikgu taska pun turun. Saya ambil Hana. Hana nampak lembik, lemah. Mata bengkak. Ya Allah, berapa lama cikgu ni biarkan Hana menangis. Hana bukan lah yang suka menangis. Tapi, biasalah baby, sesekali merengek minta didukung. Lemah badan saya lihat Hana camtu. Sekali lagi air mata saya tumpah. Saya tak sanggup lagi memandang cikgu taska tu, terus ke kereta. Saya nak cepat balik. Nak check badan Hana. Kot ada sesuatu yang berlaku. Alhamdulillah, semuanya ok.

Hati saya dah berbelah bahagi nak hantar Hana ke taska tu lagi. Tetapi, esoknya saya gagahkan juga hantar Hana. Berat sangat hati ni, tetapi terpaksa. Menangis lagi saya. Pemilik taska kata biasalah baby kena biar menangis supaya lebih berdikari. Saya senyap je. Dalam hati saya, baby 3 bulan dah nak diajar berdikari. Baru nak kenal dunia, baru belajar kenal manja, kasih sayang. Entah dari mana teori cikgu ni.
Hari kedua ini pun sekerat hari. Seperti biasa, mata Hana bengkak. Mesti Hana menangis. Entah berapa lama dibiarkan.

Saya pujuk suami untuk mencari pengasuh. Saya makin rasa tak sedap hati. Hujung minggu tu kami pergi tampal iklan pengasuh di beberapa kawasan. Saya tahu mesti ambil masa juga untuk dapatkan pengasuh. Tak mengapalah, biar kami usahakan dulu.

Tiba hari Isnin, hari pertama saya sepatutnya saya bekerja. Saya amik EL sebab nak pergi ke satu rumah pengasuh. Nak kenal-kenal. Makcik tu cakap dia boleh amik lagi baby. Harapan saya kalau pengasuh ni ok, esok Hana tak perlu pergi taska. Masa waktu rehat tengah hari, kami ke rumah makcik tu. Makcik mengasuh budak dengan anak perempuan. Dah ada 3 budak besar dan 2 baby, kalau tak salah saya. Hmm.. kecewa juga saya. Saya mengaku saya cerewet. Ada yang tidak memuaskan hati saya. Saya tak berkenan. Jadi, esoknya Hana kena ke taska tu lagi.

Hari Selasa, berat hati lagi nak hantar. Terpaksa dan berdoa, Allah lindungi Hana. Sementara saja kat taska ni sehingga jumpa pengasuh yang baik untuk Hana.

Hampir jam 11 pagi, saya terjah taska. Saja nak buat spot check. Saya naik ke atas bilik baby. Nampak cikgu tengah tepuk-tepuk nak tidurkan Hana. Cikgu kata Hana baru lepas minum susu. Saya ambil Hana ke luar bilik dan check CD Hana. Adoi, masih CD yang sama dari pagi tadi. Saya tanya pada pemilik taska. Katanya lepas minum susu baru nak tukar. Ah, pelik! Tadi nampak cikgu dah nak tidurkan Hana. Kalau saya tak datang entah jam berapa la CD ni nak ditukarkan. Saya tukarkan CD Hana. Sedih hati ni. Rasa seperti ummi yang jahat. Hantar Hana ke sini. Pemilik taska siap pesan, setengah jam ja boleh duduk dalam ni. Dia pesan kalau lain kali nak datang, datang waktu rehat tengah hari saja. Saya iyakan je. Malas pula nak berbual panjang.

Selepas balik ke pejabat, berbual-bual dengan rakan sepejabat tentang kisah di taska tadi. Ada kakak di pejabat cuba tanyakan kawan kot ada pengasuh yang boleh jaga baby, tapi di Presint 9. Petang tu dia bagitau ada. Alhamdulillah. Boleh cuba tanya-tanya pengasuh ni. Kot sesuai kan.

Dalam jam 4 petang tu pula saya dapat sms daripada pemilik taska. Bagitau susu Hana dah habis. Saya tanya bila last Hana minum susu. Katanya kul 2.15 petang tadi. Terus saya minta kebenaran bos untuk pulang awal. Hana minum 2 jam sekali. Sekejap lagi mesti dia lapar. Sampai di taska, terus ambil Hana daripada cikgu. Tak masuk pun ke dalam taska. Rasa sakit hati dengan sikap cikgu taska termasuk pemilik taska. Sambil lewa sangat.

Petang, suami pulang, saya bagitau ada pengasuh kat Presint 9 boleh jaga baby. Kalau ok, saya sanggup. Janji Hana ok. Malam itu juga kami ke rumah pengasuh untuk kenal-kenal. Alhamdulillah, ok. Nampak mudah serasi dengan Hana. Suami oun suka. Dapat juga pengasuh yang sesuai. Terus setuju nak hantar mulai esok. Tapi, terpaksa tunda sebab Hana selsema. Kali pertama Hana sakit. Mungkin berjangkit daripada baby di taska. Hari Selasa minggu seterusnya barulah Hana mula dihantar ke pengasuh.

Setakat ini, alhamdulillah semuanya baik. Setiap hari dalam perjalanan hantar Hana ke pengasuh, saya baca ayat kursi dan ayat pelindung Hana daripada perkara yang tak baik. Moga Allah melindungi Hana sentiasa.
Jadi, antara taska atau pengasuh. Saya pilih pengasuh bagi menjaga baby. Tapi kenalah cari pengasuh yang tak menjaga ramai baby supaya lebih mendapat perhatian. Saya tak rela Hana dibiar menangis. Saya tak mahu Hana jadi trauma. Mungkin orang lain rasa ini ok. Tapi saya tidak. Mungkin bila dah besar sket boleh ke taska. Saya pun ada niat nak hantar Hana ke taska bila umurnya dah 2 tahun. InsyaAllah.

Saya memang cerewet memilih pengasuh atau taska untuk Hana. Saya nak ciri-ciri..

1. Pengasuh @ cikgu yang berpakaian sopan. Ada satu taska tu, cikgu pakai baju ketat. Terus pangkah
2. Persekitaran bersih, selesa dan kemas. Saya tak sanggup tinggalkan Hana ke tempat yang tak bersih, rasa bersalahnya saya.
3. Beragama, jaga solat. Pengasuh ni mengasuh Hana. Nanti dia yang bagi Hana minum susu. Sekurang-kurangnya saya nak dia baca bismillah masa bagi Hana susu.
4. Penyayang. Ini dah tentu kena ada.
5. Boleh handle EBM dan CD

Saya sendiri bukanlah ummi yang terbaik. Tetapi, saya cuba usahakan untuk dapat yang terbaik. Alhamdulillah, rezki Hana. Allah permudahkan. Moga Allah murahkan rezki pengasuh Hana dan diberkatiNya selalu.

Kadang-kadang jem juga jalan ke Presint 9


----
(Dikemaskini: 24 September 2014)


Sebahagian besar pengasuh yang disenaraikan itu, saya tak pernah berjumpa dan berkenalan dengan mereka. Jadi, sila berkenalan dahulu dengan pengasuh. Harap ada yang serasi..


72 comments:

  1. Salam. Boleh saya tahu pengasuh awak ni masih available ke? Saya pun memerlukan orang menjaga anak saya urgently. Kalau ada yang awak tahu siapa2 yang lain boleh bagitahu saya tak. Terima kasih ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pengasuh Hana dah penuh. Puan nak di Presint berapa? Ada seorang pengasuh di Presint 16 tengah mencari baby. Puan tinggalkan emel, nanti sy emelkan no telefon pengasuh tu.

      tq

      Delete
    2. Ya Allah alhandulillah terima kasih byk2 sebab reply comment sy. Sy mmg tgh buntu ni mencarik. Emel saya hudaasyikinfauzi@yahoo.com tq ye! Salam perkenalan juga dr saya.

      Delete
    3. Sama-sama.. Saya dah emelkan no tel tu. :)

      Delete
    4. Hello Semua orang,
      Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

      BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
      Nama pertama ......
      Nama tengah .....
      2) Jenis Kelamin: .........
      3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
      4) Tempoh Pinjaman: .........
      5) Negara: .........
      6) Alamat Rumah: .........
      7) Nombor Telefon: .........
      8) Alamat e-mel ..........
      9) Pendapatan Bulanan: .....................
      10) Pekerjaan: ...........................
      11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
      Terima kasih dan salam mesra.
      E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

      Delete
  2. Assalamualaikum, pengasuh precinct 16 yg nak baby tu masih available ke? Boleh tolong email no telefon ke m_linda12@yahoo.com. Thanks ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah emelkan.
      Puan boleh tanya pengasuh tu. Saya dengar dia boleh amik ramai lagi..

      Delete
  3. puan ada no telefon x.....atau email saya mariana.mohammad@tm.com.my...saya pun tgh mencari pengasuh

    ReplyDelete
  4. Sy tgh mencari pengasuh di precint 11 atau 9..puan ade contact no x?kalau ade boleh email sy nasnadia@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      saya dah emelkan.. :)

      Delete
    2. Boleh emailkan pengasuh untuk presint 11 area prima
      zahaida80@gmail.com

      Delete
    3. Boleh emailkan pengasuh untuk presint 11 area prima
      zahaida80@gmail.com

      Delete
  5. Puan...mohon emel muzairanmuzafar@gmail.com
    tksih puan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum puan. Terima kasih ye tlg sy haritu. Tp dgn izin Allah sy dapat juga pengasuh di Presint 9. Alhamdulillah. Tq ye.

    ReplyDelete
  7. salam nk tnye pengasuh kt present 9 tu ada kosong x lagi.klo ade blh mesej sy 0175081162..tgh cari pengasuh nie..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Saya tak pasti ada kekosongan lagi ke camna..
      Ramai yang bertanyakan no tel ni. Saya bagi pada ramai jugak.

      Delete
  8. assalamualaikum puan,

    boleh emel pd sy no tel pengasuh presint 16 tu?sy urgently nk cari pengasuh sbb taska anak sy tutup tanpa notis.. sikin_felda@yahoo.com @ 0162212364

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum puan..
    boleh tlg emel or send num mne 2 pengasuh yg available x?sHAHRUDDIN79@yahoo.com/0196756719.kalau dpt yg presint 9 lg ok.
    sy baru lalui ape yg puan rasa.sy dh start keje tp pengasuh surrender xnk jga.bdk nanges biasa la.sy sebak dtg tgk ank sy smpai tersedu2 ngn mata bngkak.xtwu la bpe lme dia biarkn ank sy nanges.

    ReplyDelete
  10. Salam Puan,
    Mohon bantuan puan sekiranya ada mana2 contact no pengasuh di Putrajaya untuk emel @ send contact kepada saya tyro.azri@gmail.com / 012-3536937. Saya tengah buntu mencari pengasuh. Terima kasih puan.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Sy dah emel pada yang bertanya.
    Harap ada kekosongan lagi di tempat pengasuh tu.

    tq

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum, puan saya nak minta tolong bg no tel pengasuh kat p16 boleh x...terima kasih puan

    ReplyDelete
  13. emel saya ziratul.hasan@moe.gov.my, no ofis -0388846227

    ReplyDelete
  14. salam. puan, minta tolong bg no fon pengasuh presint 11 atau 9 ke 016-3090285. terima kasih puan

    ReplyDelete
  15. saya pengasuh di p18..
    mengambil transit n baby..
    jika mmerlukan khidmat saya..jgn segan2 utk hubungi di talian
    019-2525213- pn.huda..

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum..

    Saya mcari pengasuh baby utk bulan Julai..bby girl umor 8 bulan..
    Ada sesiapa pengasuh yg masih available tak?
    Sy keje di P.2, dudok di P.14.

    TQ. Hubungi sy 03-88926127

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum........sye ingin mencari pengasuh baby bermula januari 2015.
    di putrajaya persint 11 block B....jika berminat
    Sms/call/whatsapp ke 0102218497 (iza) 0162218497(nizam)

    ReplyDelete
  18. tq utk entry ni, sy pon tgh mula pening nak cari taska/pengasuh utk baby sy umur 6 bulan. first time ni, sebelum ni suami yg jaga lepas habis cuti bersalin. suami tinggalkan kerja dia sebab tak jmpe pengasuh lg..la ni, rezeki suami dapat kerja baru..alahai, mana lah sy nak hantar anak sy ni..

    ReplyDelete
  19. salam.. blh sy tau pengasuh puan ni available lg x? sy mencari pengasuh di p9, urgent.. sbb pengasuh sy surrender nk jaga baby sy.. pengasuh ckp baby sy meragam.. biasa la baby kn br tuka rumah, tu sbb menangis.. puan blh tanyakn pengasuh puan tak?

    ReplyDelete
  20. Salam saya mencari pengasuh utk baby boy saya yg berusia 6 bulan. Pengasuh sebelum ni x mau jga ckp anak sy ni manja , nk org ada disisi shj. Sila hubungi sy 0192424696

    ReplyDelete
  21. Saya mencari pengasuh di area prescint 18 atau p16

    ReplyDelete
  22. memerlukan pengauh di putrajaya? kami tinggal di presint 9 fasa 1
    wife saya nak start jaga baby bulan 11/2014
    hubungi ummi @ 0126422962 @ 0127483896

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..kami ada menawarkan dua kekosongan
      bagi asuh 2 orang ( bagi 1 tahun ke atas)
      1 orang bagi tempoh 11/2015-03/2016
      1 orang tetap....
      hubungi segera,,,

      Delete
  23. Salam puan.. Bleh tlg email no.pengasuh di presint 16 x? Tqvm..
    fnadia85@gmail.com

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Boleh share no contact pengasuh dipresint 9. Ne emel saya, sitimaizia@yahoo.com.

    Terima kasih atas bantuan puan

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Saya sudah kemaskini entry ini dengan pautan ke senarai pengasuh. Boleh la cuba-cuba berkenalan. Harap ada yang serasi.

    ReplyDelete
  26. Salam..
    Boleh share no contact pengasuh area sri serdang..

    Emel sy sitirozana.k@gmail.com

    Mncri pengasuh yg penyayang..xjaga ramai sgt max 4 -5 org je..baik hati..prihatin..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan,

      Saya ada beri pautan ke senarai pengasuh dalam entry ini. Semak di sana ye.

      Delete
  27. Salam.saya tinggal di presint 16.bercadabg nj htr baby 5 bln ke taska kt presint 16 ni.blh tau tak puan htr anak puan kt taska mana haritu?

    ReplyDelete
  28. Salam...sy ila pengasuh presint 16... klu bmint nk htr ank boleh call n msg 013 2565312 ... sy hnya ambk bdk 1 thn ke ats n terhad 3 org shj...

    ReplyDelete
  29. AsSalam, saya menyediakan perkhidmatan pengasuh di Presint 8. Boleh Whatsapp saya +601123547332. Saya menyediakan perkhidmatan pengasuh secara, shift, waktu pejabat, hujung minggu, cuti umum dan transit. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum puan, siapa nama pengasuh hana, blh bg no. Fon dia x? Sy perlukan pengasuh utk baby sy umo 5bln.. blh wassap sy terus 0179439299

    ReplyDelete
  31. Tq sediakan no contact pengasuh. Sgt2 dihargai.. Mmg tgh memerlukan contact. Tq sekali lg.

    (017-6762684 - Fizza)

    ReplyDelete
  32. kalau ada sesiapa nak pergi kursus hujung minggu anak plakkk tak ada siapa jaga saya berminat nak jaga....saya staff krjaan cuti hujung minggu jadi boleh tolong anak you all ...sms/call : 011-23098601

    ReplyDelete
  33. Salam, saya mencari khidmat pengasuh di kawasan presint 9 putrajaya..ciri2 pengasuh seperti yg di nyatakan oleh puan Hana. Tak ramai anak2 di bawah jagaan supay boleh focus kepada anak2 syurga ini InshaAllah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Boleh contact saya Puan Amy dia 0192284056

      Delete
  34. Sy sedang cari pengasuh utk anak sy berusia 5 bulan.. Bercdg untuk hantar pertengahan bulan 11..klw ada kenalan blh mnta hubungi sy hidayah 013-3266506..sy tinggal di presint 17

    ReplyDelete
  35. Assalam pn.pengasuh puan masih nak jaga baby 5bulan utk bulan 1/2016...kalau nak jaga mohon wasap no pngasuh tu ke 0193128212.sy tgh mncri pngasuh skng ni area presint 9

    ReplyDelete
  36. Assalam pn.pengasuh puan masih nak jaga baby 5bulan utk bulan 1/2016...kalau nak jaga mohon wasap no pngasuh tu ke 0193128212.sy tgh mncri pngasuh skng ni area presint 9

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum, saya nk cari transit untuk budak darjah 1.sila whatapps saya or kol di no.013-2301484

    ReplyDelete
  38. As salam..saya nak cari pengasuh nk jaga baby 3 bulan area presint 18 mulai 1/2016. kalau ada kenalan mohon contact saya di 0192661174. saya tinggal presint 18

    ReplyDelete
  39. As salam..saya nak cari pengasuh nk jaga baby 3 bulan area presint 18 mulai 1/2016. kalau ada kenalan mohon contact saya di 0192661174. saya tinggal presint 18

    ReplyDelete

  40. Adakah anda memerlukan pinjaman segera kami menawarkan pinjaman di seluruh dunia untuk yang memerlukan pinjaman peluang perniagaan yang anda mempunyai yang cari adalah di sini lagi. e-mel kami di: mrwilliam751@gmail.com
    BORANG PERMOHONAN PINJAMAN
    1) Nama Penuh:
    2) Jenis Kelamin:
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan :.
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Telefon:
    8) Pendapatan Bulanan:
    9) Pekerjaan:
    ) Yang anda mengetahui mengenai kami.
    Selamat sejahtera.

    ReplyDelete
  41. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman dari syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    dalam dunia? jika ya maka hubungi kami sekarang untuk kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui e-mel:
    fundsking@gmail.com

    (1) Nama Penuh
    (2) Alamat Penuh
    (3) Negara
    (4) Umur
    (5) Pekerjaan
    (6) Beritahu nombor telefon
    (7) Seks:
    (8) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    (9) Tempoh Pinjaman

    Email kami di: fundsking@gmail.com

    ReplyDelete
  42. salam
    sy br bkak taska di presint 11
    berminat cal sy 0122847631

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum..saya ingin mencari pengasuh anak saya yg berumur 1 tahun 4 bulan dgn segera di persint 14 putrajaya.berminat boleh call atau whatssup 0169906526

    ReplyDelete
  45. salam puan...pengasuh anak puan di presint 8 tu masih ada lagi x

    ReplyDelete
  46. Asslam saya memerlukan pengasuh anak saya umur 6 bulan di presint 18 segera. Minta hubungi saya 0163091969 (khatijah)

    ReplyDelete
  47. Salam n slamat ptg smue...leh sy dptkn info n contact no babysitter area taman sri serdang...

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum,

    Saya memerlukan pengasuh untuk menjaga anak saya umur 2 tahun bermula Januari 2017. Kalau boleh di area Presint 14 Putrajaya. Jika berminat, boleh WhatsApp di 0126966775. Terima kasih.

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum,
    Saya memerlukan pengasuh untuk menjaga anak yang berusia 4 bulan bermula oktober 2016. Kalau boleh area presint 7, 8, 9 putrajaya. Jika berminat boleh hubungi di whassap 011 33159166.terima kasih

    ReplyDelete
  50. Hello, saya Robert David pemberi pinjaman swasta yang memberikan pinjaman dengan kadar faedah serendah 2%. Ini adalah peluang kewangan di muka pintu anda hari ini dan mendapatkan pinjaman serta-merta. Terdapat banyak di luar sana mencari pilihan kewangan atau bantuan di sekitar tempat itu dan masih tidak boleh mendapatkan satu. Tetapi ia adalah satu peluang kewangan di muka pintu anda dan oleh itu anda tidak boleh melepaskan peluang ini. Perkhidmatan ini terbuka kepada individu, syarikat, lelaki dan wanita perniagaan.

    • Pinjaman Untuk Semua
    • Multi-keluarga / Apartment Buildings
    • Cash Out Pinjaman untuk Semua Jenis-jenis Harta Tanah
    • Pinjaman Untuk Pelabur
    • Pinjaman Bridge / Mezzanine Pembiayaan
    • Pinjaman Untuk Luar Pembeli
    • Pinjaman Commercial
    • Tanah / Pembinaan

    Dan jumlah pinjaman yang ada terdiri daripada 20,000.00 USD - 500,000,000.00 USD, atau apa-apa amaun pilihan anda untuk maklumat lanjut hubungi kami di: (ROBERTDAVIDFINANCIALCOMPANY@GMAIL.COM)

    ReplyDelete
  51. salam. bleh emelkan sy no pengasuh di presint 16 tu. terima kasih.

    hotbiz.be@gmail.com

    ReplyDelete
  52. Hai semua

    Kami berlesen peminjam wang, kami menawarkan pinjaman cepat dan pantas
    kelulusan pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Kami menyediakan penyelesaian pinjaman undang-undang
    kepada individu & pemilik perniagaan yang memerlukan TUNAI. kami
    memahami tekanan emosi dan mental harus berurusan dengan
    masalah kewangan ketika menghadapi kehidupan seharian. Dengan fleksibel
    pelbagai perkhidmatan pinjaman, kami komited dalam membantu anda dengan pinjaman
    pembayaran balik pada tahap terbaik anda yang selesa. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami, kami
    pelanggan memuaskan adalah keutamaan kami. Kerana kami menghargai semua kami
    pelanggan, kami mendengar untuk memenuhi keperluan anda dengan menyediakan anda kewangan kita
    bantuan. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami melalui e-mel: uniquefinanceloanfirms@gmail.com



    Kami memberikan pelbagai jenis pinjaman seperti:

    *Pembaikan rumah
    * Pinjaman Inventor
    * Pinjaman Kereta
    * Pinjaman Penyatuan Hutang
    * Barisan Kredit
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman Peribadi
    * Pinjaman Antarabangsa.

    Sila tulis kembali jika berminat untuk maklumat lanjut melalui hubungan kami di bawah

    EMAIL: uniquefinanceloanfirms@gmail.com

    Anggaplah !!!

    ReplyDelete
  53. Halo,
    Saya Nurliana Novi saya ingin berbagi karya Allah yang baik dalam hidup saya kepada orang-orang saya yang mencari pinjaman di Asia dan bagian lain dari kata, karena ekonomi buruk di beberapa negara.
     Saat ini saya tinggal di jakarta di Indonesia. Saya seorang Janda dengan empat anak dan aku terjebak dalam situasi keuangan pada bulan Juli 2016 dan saya perlu untuk membiayai dan membayar tagihan saya
    Saya adalah korban dari penipuan pemberi pinjaman 4-kredit, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Aku hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang dari utang saya sendiri, sebelum saya dibebaskan dari penjara dan bahwa teman-teman saya menjelaskan situasi saya dan kemudian memperkenalkan saya ke sebuah perusahaan pinjaman yang ELINA JOHNSON PINJAMAN PERUSAHAAN reliabl.
    Bagi orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman penipuan internet di sini, tapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapat pinjaman saya dari ELINA JOHNSON PINJAMAN PERUSAHAAN Rp500.000.000 sangat mudah dalam waktu 24 jam yang saya diterapkan, jadi saya memutuskan untuk berbagi pekerjaan yang baik dari Allah melalui ELINA JOHNSON PINJAMAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat Anda jika Anda membutuhkan pinjaman Anda, silakan hubungi ELINA JOHNSON PINJAMAN PERUSAHAAN. menghubungi mereka melalui email:. (Elinajohnson22@gmail.com)
    Anda juga dapat menghubungi saya melalui email saya di (nurliananovi96@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau ingin prosedur untuk memperoleh pinjaman.

    ReplyDelete
  54. Saya pun mencari pengasuh utk tahun 2017.. baby 7 bln kat area presint 11.. ade sape2 bleh share contact.. bleh wassap sy 0122685778

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum
    Saya ct dari kapar klang,
    Tahun ni saya akan menjaga baby pada waktu malam dan hari minggu... no sy 0163184011... 2017...

    ReplyDelete
  56. Salam..saya mencari pengasuh area presint 19 / jenderam hilir dgn kadar segera. if sape2 ade info blh contact 018-3861556

    ReplyDelete