19 February 2014

Dilema Seorang Ummi

OK, ini perkongsian luahan rasa.

Rasa buntu. Serba salah.



Semuanya kerana pengasuh Hana.

Sekarang Hana dah dihantar ke pengasuh baru. Entah kenapa, boleh pulak saya terlupa nak tanya kakak tu berapa orang budak/baby dia jaga semasa pergi berkenalan. Selepas dua tiga hari hantar ke sana baru saya tau, kakak tu jaga 8 orang termasuk Hana. Inipun sebab ada satu hari saya datang awal semasa ambil Hana. Semua budak tidur lagi di ruang tamu. Masa tu lah saya bilang, seorang demi seorang yang ada. Oh! 8 orang.

Mulalah terfikir, bagaimana lah Hana kat sini. Agak ramai kalau dibandingkan keluasan ruang tamu tu dengan jumlah budak. Di situ lah tempat budak tidur, main dan makan. Hana pulak kakak pengasuh masukkan dalam buaian dan dalam bilik.

Hati saya sanggup ambil cuti tanpa gaji. Biar saya jaga Hana hingga Hana besar, umur 2 tahun lebih kurang. Masa tu, nak hantar Hana ke taska. Harapannya, Hana dah berdikari. Dah pandai berkawan dan main kan. InsyaAllah boleh. Hana budak yang tak banyak ragam. Suka berkawan.

Kalau suatu hari, Hana baca apa yang ummi tuliskan ini. Ummi sayang Hana sangat. Harta yang tak ternilai. Keadaan belum mengizinkan.

Doa ummi, Allah permudahkan jalan yang terbaik.

InsyaAllah. Amin.

No comments:

Post a Comment