24 February 2014

Kisah Pengasuh Lagi..

Kita kembali dengan kisah pengasuh. Belum tamat lagi. Nanti saya sambung perkongsian tentang penyusuan dan EBM.

Hari ini saya dapat sms daripada Kak I dan beritahu minggu ini minggu terakhir dia akan menjaga Hana. Saya sebenarnya sudah mengagak, keadaan akan jadi begini. Itulah sebabnya hujung minggu lepas, kami mencari pengasuh baru Hana. Alhamdulillah, kami ditemukan dengan Kak I, saya namakan Kak I2.

Siang tadi, Hana dah ke sana. Hana menangis juga tetapi tak lama. Kak I2 berjaya pujuk Hana. Esok tak tahu lah pula bagaimana.

Sejak masuk 2014, ini dah pengasuh ketiga. Bila orang dengar, bunyi macam saya cerewet. Saya taklah rasa saya cerewet, mungkin ada juga kot bagi perkara asas yang saya nak. Tapi, saya boleh bertolak ansur juga dengan pengasuh.

Namun, jika melibatkan Hana tak dijaga elok ber*knya, susu tak cukup minum atau mandi pun tak menentu, saya tak boleh terima sebab ini perkara asas.

Penat membebel tentang ini.

Tak mengapa. Ini ujian untuk kami. Kami bersabar. Alhamdulillah atas segala nikmat yang sudah kami terima.



Iklan:

Sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah di kawasan Salak Tinggi, boleh tinggalkan maklumat untuk dihubungi di ruangan komen.

2 comments:

  1. Salam puan..boleh sy tau puan hantar anak puan kar siapa sekarng? Susah nak cari pengasuh yang reliable skrg ni kan..sy pn masih mencari pengasuh..puan boleh watsapp kat sy x? Anis 0146769718.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Puan, hana dah masuk taska sejak awal 2015.
      Cuba puan masuk fb Kelab Pengasuh Putrajaya. Ada kawan saya berjaya cari pengasuh anaknya daripada kelab tu.

      Delete