20 February 2014

Pengasuh Oh Pengasuh....

Tajuknya pun dah tau kan, ini perkongsian luahan rasa. Ya, tentang pengasuh Hana.

Saya buntu. Hati rasa tak senang. Kesian Hana..

Semalam pergi ambil Hana daripada rumah pengasuh. Awal seperti biasa dalam jam 5.30 petang. Saya tanya pengasuh,

Berapa kali Hana ber*k? 
Er.. Sekali. (Jawab dalam nada tak pasti.)

Masa pegang Hana, memang ada bau masam-masam peluh. Rambut pun kering ketong.

Tak mengapa. Saya ambil Hana. Angkut beg. Ucap terima kasih dan bagi salam. Terus balik rumah.

Balik ke rumah, saya periksa beg CD Hana. Eh, ada 1 saja CD kotor. Jadi, sekali saja la tukar sepanjang kat rumah pengasuh. Oh, inilah CD yang ber*k tu. Berkali-kali saya kira, betul ke sekali. Aah, betul la sekali sebab baki CD dalam beg ada 4 CD. Setiap hari, kami bekalkan 5 CD dalam beg Hana.


Lama saya berfikir seorang diri. 1 CD tukar, jam berapa Hana mandi. Rambut Hana kering macam tu, saya syak Hana mandi lewat tengah hari atau dalam jam 1 lebih. Itulah sekali saja mandi di rumah pengasuh. Memang betul, patut lah sangat masam peluh. Hana tidur dalam buaian siap bedung. Memang berpeluh masam la jadinya.


Suami balik, sesi bercerita bermula agar boleh dapatkan pandangan suami. Betulkah seperti yang saya teka ni? Suami pun bersetuju dengan apa yang saya teka. OK, saya betul.


Yang paling musykil, pengasuh kata Hana tak suka senyum. Ini saya sangat hairan sebab Hana anak yang suka senyum, gelak. Pengasuh lama pun cakap camtu. Pengasuh baru kata Hana tak suka senyum kat sana, maksudnya Hana tak gembira kat sana. Memang betul firasat saya, Hana tak gembira kat sana. Saya boleh rasa. Nampak reaksi dia lain bila kat sana.


Pagi tadi saya terpaksa menghantar Hana seperti biasa. Kalau ikutkan hati, memang tak mahu hantar lagi ke sana. Lepas cium pipi Hana, turun tangga ke kereta.

Menangis. Sedih.


Kenapa saya jadi Ummi yang tak boleh lindung Hana baik-baik.. Tinggalkan Hana kat sana. Yang tak sayang Hana pun..

Ok. Sedih lagi...

Sumber: Google


Bila fikir dan fikir, ada satu saja keputusan yang terbaik. Saya tahu keputusan tu. Saya doa kekuatan itu Allah sematkan dalam diri ini.

No comments:

Post a Comment