26 March 2014

Bila Buat Sesuatu Yang Lain Daripada Norma Kebiasaan, Tapi Masih Ikut Syariat Islam

Tajuk panjang, tak boleh baca dengan satu nafas.

Memang cabaran kepada saya, ada banyak (rasa macam tak banyak, beberapa kot) perkara yang berkaitan Hana, saya buat tak mengikut norma kebiasaan.

1. Berpantang sendiri di Putrajaya sebab utamanya saya nak breastfeed Hana. Kalau berpantang kat kampung, mungkin boleh gagal.

2. Breastfeed Hana

Ramai yang cakap, tanya, bagi komen;

"Boleh ke? Cukup ke susu? Larat ke?"

Kebiasaannya, saya biar saja soalan tanpa jawapan. Kalau nak jawab sangat, saya jawab,

"InsyaAllah boleh. Orang lain boleh, kita pun mesti boleh..."


3. Tak bagi Hana makan selepas Hana dah 6 bulan

Ini pun dapat banyak komen. Lagi banyak saranan. Antaranya...

"Bagi la nestum, bubuh dalam susu. Kenyang sket. Tak la menangis sangat.."

"Susu dah tak cukup untuk Hana. Kena bagi makan tu..:"

"Kesian kat Hana. Tengok orang makan..Teringin nak makan tu.."

"Bagi ja makan biskut baby. Mesti dia suka."

"Kesian.. dah seghoh (susut badan) dah. Bagi la makan, bagi gemuk sket."


Kebiasaanya, saya tak menjawab. Bukan sebab tak tau nak jawab, tapi saya malas nak melayan.

Sebenarnya, bagi baby makan selepas umur 6 bulan bukanlah wajib. Tujuannya hanyalah memperkenalkan makanan pada bayi, bukan menggantikan susu. Susu adalah makanan utama bayi, tidak boleh diganti.

Kepelikannya, saranan yang saya dapat suruh bagi Hana makan tu sebab nak bagi Hana kurang minum susu. Makanan nak menggantikan susu.

Saya tak setuju!

Susu ibu adalah berjuta kali lebih baik daripada Nestum. Tak patut dibandingkan pun khasiatnya. Nestum, makanan yang diproses. Entah berapa lama disimpan di kilang. Apa lagi khasiat yang ada? Dah setaraf makanan sampah! Fikir-fikirkan!

Sudah-sudahlah dimomok dengan Nestum. Dari kecil lagi kita diajar makan makanan yang diproses. Bila besar, dah tentu-tentu suka makanan segera!

Saya nak Hana makan makanan berkhasiat! Biar susu saya jadi makanannya. InsyaAllah, bersih dan berkhasiat. Moga Allah permudahkan niat saya.



4. Tak bagi Hana pakai bedak

Hal ini pun menjadi isu. Saya tak bagi Hana pakai bedak sebab dalam bedak ada bahan kimia tak sesuai untuk bayi. Bahan ini boleh jadi punca asma. Walaupun sampai ke pengasuh, ada jugak bubuh bedak. Bila saya pesan banyak kali, pengasuh tak letak dah bedak kat Hana.

"Patut la busuk, tak pakai bedak.."

Biarlah busuk, janji sihat..


5. Pakai minyak kelapa dara (VCO)

Saya gunakan vco, letak di rambut dan mana-mana badan Hana yang ada ruam atau ada bekas gigitan nyamuk.

Banyak khasiat vco ni, cuba google. Baru tau..


6. Hana pakai CD

Saya suka Hana pakai CD. Suami pun suka. Takdak apa masalah pun.


7. Anak sakit, tak bagi makan ubat

Biasanya, kalau Hana demam atau selsema, saya buat penawar alami untuk Hana. Ini yang saya amalkan sejak Hana demam kali pertama semasa umur 3 bulan. Alhamdulillah, serasi dengan Hana.

Budak 2 tahun ke bawah tak elok makan ubat. Sistem badan budak belum pun matang untuk proses segala ubat tu. Ubat itu pun bukan ubat. Hanya membiuskan sakit, walhal penyebab sakit tak diselesaikan.

"Mak dia la jadi bomoh.."

Saya bukan bomoh. Saya doktor peribadi Hana!

Saya ibu yang degil!

Sekian.

6 comments:

  1. alhamdulillah, puan ibu yang prihatin. bukan ibu yang degil. Kita buat sesuatu dgn alasan2 tertentu.. bukan membabi buta je org kata.. saya pun buat hal yg sama mcm puan senaraikan diatas. cuma bab susu tu saya tak lah full bf smpai anak dh 2 tahun. masa tu kesedaran belum tinggi bab2 menyusu smpai 2 tahun tu..

    emm.. mak saya sendiri suruh ajar anak awal2 isap botol..beli susu formula.. katanya saya bekerja.. mana boleh n susukan anak. puas juga saya terangkan kaedah simpan susu ibu tu.. tapi tulah cabarannya.. org tua ni.. kita sekadar boleh bagitahu saja.. takleh lebih2 sangat kan..

    bagi saya, mmg sbg ibu, kitalah doktor peribadi kpd anak2 kita, kita boleh minta pandangan dan nasihat2 dari profesional perubatan, tapi yg menentukan / membuat keputusan ialah kita.

    Tahniah puan, teruskan amalan baik, bnyk2 berdoa Allah akan bukakan lebih bnyk lagi jalan2 "ajaib" bila kita yakin dgn Quran & sunnah Nabi SAW.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan msfadli :)

      Dengan orang tua biasanya saya tak banyak menjawab, takut nanti disangka 'mengajar'. Saya amik pendekatan senyap dan dengar, tapi saya akan buat cara saya yang saya yakin betul.

      InsyaAllah, moga saya boleh teruskan dengan amalan yang baik..
      Doa saya untuk puan, moga diberkatiNya selalu.. :)

      Delete
  2. u r the best mom:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sy ingatkan sy sorg je ibu yg degil mcm puan. kebanyakan yg puan senaraikan tu mmg dh taboo ngan org tua2 especially bab bg mkn. cth bab bg ubat, bila nampak anak sy nak demam, terus suh bg mkn ubat. padahal suhu br 36.7, org tua2 ckp dedo. katanya utk elak anak demam, so kne cpt2 bg mkn ubat. then, disuruh sapu vicks yg org tua2 pki tu kat baby. sometimes mmg rasa tertekan, tambah ada yg melabel kita sebagai ibu yg apa pun tak boleh. sabar ye puan, kita ibu yg degil ni buat apa yg terbaik utk anak2 kita, klu diorg sakit, kita yg susah, bkn diorg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah puan. Susah juga sebenarnya nak jaga semua perkara. Sekarang ni walaupun hana dah makan, saya masih jaga hana daripada makan makanan manis dan masin. Gula pun saya elakkan hana minum gula putih. Rasa manis dan masin tu biar sederhana je untuk hana.

      Delete