13 April 2014

Tips Mencari Pengasuh

Tiba-tiba saya rasa nak menulis tentang tajuk ini. Saya bukanlah berpengalaman lama sangat. Anak baru seorang, umur baru 10 bulan. Masih baru lagi.

Terbuka hati hendak berkongsi tentang ini berpunca pada hari semalam, ada kawan whatsapp tanya info yang perlu tahu atau tanya untuk mencari pengasuh yang terbaik. Lantas terfikir, saya ada maklumat ini rupanya. Mungkin perkongsian saya ada manfaat pada yang memerlukan.

Kawan yang bertanya pada saya tu mungkin juga sebab saya dah banyak kali bertukar pengasuh untuk Hana. Kisahnya ada saya coretkan sebelum ini.




Menjawab soalan kawan saya,

"Apa info yang perlu tahu atau tanya kepada pengasuh?"

Cadangan saya, dapatkan maklumat sejelas-jelasnya tentang perkara berikut:

1. Jaga berapa orang budak? Berapa orang baby?

Ini soalan pertama yang saya akan tanya. Saya sebolehnya tak mahu pengasuh yang menjaga ramai sangat budak/baby. Kalau boleh, saya nak maksimum 4 orang sahaja. Tetapi, di Putrajaya sudah menjadi kebiasaan menjaga 8 orang budak/baby. Ada juga yang lebih. Logik akal memang tak akan dapat nak menjaga semuanya dengan sama baik. Inilah yang berlaku pada Hana sebelum ni, sampai mandi sekali saja sehari. Sedih betul!


2. Dah lama ke jaga budak?

Soalan ini penting juga untuk saya. Saya cenderung memilih pengasuh yang berpengalaman mengasuh.


3. Tidur dengan buai ke camna?

Sebolehnya saya tak mahu Hana tidur buai. Alhamdulillah, Hana selamat tidur atas tilam di rumah pengasuh hingga umur 8 bulan. Sejak bertukar pengasuh, saya terpaksa tolak ansur juga. Saya benarkan Hana tidur buai di rumah pengasuh sekarang. Cuma, saya sentiasa berpesan, jangan ayun laju-laju. Saya risau jatuh atau terhantuk kepala Hana tu.

Kebiasaannya, pengasuh nak baby tidur buai sebab lebih mudah. Jaga baby/budak pun ramai kan. Memang mereka akan menolak untuk jaga baby yang kena tidurkan atas tilam. Takut tak sempat katanya. Bukan tak sempat, tapi nak mudah dan cepat. Ada sesetengah pengasuh, awal-awal lagi berpesan nak buai elektrik. Hmm...


4. Biasa handle ebm tak?

Kalau jawapan yang saya terima tu ialah tidak. Biasanya, saya akan jawab handle ebm ni senang dan saya akan cerita serba ringkas apa yang pengasuh perlu buat. Saya jawab supaya pengasuh rasa handle ebm ni tak leceh.

Soalan ini boleh ditanya melalui telefon ataupun semasa sesi berkunjung ke rumah untuk berkenalan. Terpulang, ikut kesesuaian.

Wajib pergi ke rumah pengasuh untuk berkenalan sebelum bersetuju. Semasa berkunjung ke rumah pengasuh, saya akan perhatikan bagaimana personaliti pengasuh, anak-anak, suami dan juga persekitaran.

Secara jujur, tak semua yang kita senaraikan akan kita dapat. Sekurang-kurangnya, kita berusaha mencari yang terbaik.

6 comments:

  1. Saya pengasuh di presint 9 putrajaya. Jika berkeperluan boleh hubungi 012-5788470. Terhad kpd 3 org bayi/kanak2 shj. -Puan Reen

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya mencari pengasuh di sekitar Presint 9 Fasa 8, Putrajaya bagi kemasukan bulan 12/bulan 1. Jika ada yang sudi membantu boleh hubungi saya 018 3226990. Baby 6Bulan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam..sy mencri pengasuh untuk bby sy 3bulan di presint 9 fasa 8 start bulan 5/2016..
    Ni cntct no sy 0128941949

    ReplyDelete
  4. Salam..sy mencri pengasuh untuk bby sy 3bulan di presint 9 fasa 8 start bulan 5/2016..
    Ni cntct no sy 0128941949

    ReplyDelete