17 July 2014

Hana Dah Mula Makan

15 Ramadhan 1435H bersamaan 13 Julai 2014, berakhirlah fasa EBF Hana. Hana dah mula makan! Tetap kena mula dengan puree dulu.

Makanan pertama Hana ialah puree pisang emas. Kali pertama Hana rasa puree tu, Hana buat muka pelik. Hehe.. Tengah menganalisis rasalah tu! Suapan seterusnya, terus kalut suruh suap lagi. Hana tak tolak makanan. Berselera Hana makan. Lepas makan, kenyang gembira ja dia. 





Sekarang ni, kalau nampak ummi datang dengan pinggan pink, terus loncat-loncat datang dekat nak makan. Siap telan air liur lagi.

Hana.. Hana..

Saya buat keputusan tak teruskan EBF. InsyaAllah Fully BF sampai 2 tahun. Moga murah rezki Hana. Gigi Hana dah tumbuh. Sekali keluar, 4 batang! Keluar dekat-dekat serentak. 

Selari dengan apa yang saya baca dalam buku Hanya Untukmu Anakku, terjemahan daripada kitab karangan Ibnu Qayyim, yang menyarankan mula bagi anak makan setelah giginya tumbuh. Ketika ini, usus ansk baru cukup bersedia nak proses makanan. Harapnya, saya buat keputusan yang tepat dengan waktunya.

Sekadar perkiraan, Hana mula makan setelah umurnya genap 1 tahun 2 bulan (tahun Hijrah).

Sejak mula makan, warna najis di CD pun berubah la. Termasuk baunya..

Ok.. bersedialah. Hahaha..

2 comments:

  1. Salam,

    Saya baru saje reply pertanyaan Baizura ttg ending exclusive breastfeeding journey di blog pwincessdee.blogspot.com :)

    sori lambat reply .. apa2 pun, tahniah dpt nyusukan hingga anak berusia setahun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Terima kasih puan, ada lagi 7 bulan untuk cukupkan 2 tahun.
      Harap mudah lah perjalanannya nanti.

      Delete