06 August 2014

Iktibar : Bila Anak "Nampak" Lagi Suka Pengasuh




Bila Hana masuk umur setahun, saya dapat kesan perubahan baru pada Hana. Pagi-pagi, bila sampai rumah pengasuh, cepat saja Hana hulurkan tangan minta didukung. Bila pengasuh dah ambil Hana, terus Hana tengok dalam rumah. Pada mulanya, saya tak rasa apa-apa. Anggap ini keadaan biasa saja. Hana macam ni mungkin sebab Hana tak sabar nak main dengan kawan-kawan. Begitulah anggapan saya.

Tetapi, sampai satu ketika saya rasa keadaan semakin teruk bila Hana tak mahu ikut saya balik bila saya nak mengambilnya pada waktu petang. Puas la banyak kali cuba pujuk. Puas hulur tangan, tetapi dipaling muka ke lain. Lama-lama baru berjaya. Kadang-kadang macam kena paksa. Bila suami pergi ambil, ok pula Hana. Cepat-cepat saja nak ikut balik.

Sedih sangat pada masa tu. Kenapa pula jadi macam ni. Memang saya menangis. Sentimental jiwa ni. Apa nak buat kan. Mengadu dengan suami. Jawabnya, biasa tu. Mana ada anak yang tak sayang emak. Ok, betul tu. Tapi, saya sedih juga sebab saya rasa macam Hana lagi sayang pengasuh. Macam saya kalah la dengan pengasuh.

Sedih tu sedih juga. Tapi, tak bolehlah menyerah kalah macam tu ja kan. Mesti usaha juga cari jalan nak perbetulkan keadaan ini.

Seperti selalu, mesti saya Google pengalaman orang lain. Memang selalu jadi keadaan begini rupanya. Antara yang saya baca keadaan ini terjadi mungkin sebab kurang interaksi dengan anak. Anak akan lebih dekat dengan orang yang selalu layan/berinteraksi dengannya.

Selepas baca pendapat itu, terus saya kaji apa yang saya buat dengan Hana setiap hari. Banyak mana interaksi saya dengan Hana. Memang banyak kesilapan saya. Jadi, saya ubah jadual harian saya secara drastik.

1. Saya mandikan, siapkan Hana setiap pagi ke rumah pengasuh. Sebelum ini, hanya tukar CD. Itupun suami yang buat sebab saya kena siapkan bekalan susu Hana dalam botol setiap pagi.

2. Semasa bulan puasa, suami yang pergi ambil Hana lepas kerja. Saya sampai ke rumah lebih awal. Terus bersihkan diri. Hana sampai saja ke rumah, saya berhenti dulu buat kerja rumah untuk layan Hana dulu. Biasanya, DF dulu dalam 20 minit baru sambung sediakan makanan berbuka.

3. Banyakkan masa bermain permainan yang Hana suka.

Alhamdulillah, selepas 2 bulan keadaan dah menjadi yang saya harapkan. Petang tadi, saya pergi ambil Hana, nampak saja saya terus Hana tak sabar-sabar nak balik. Pengasuh panggil pun dah tak berapa nak layan.

Lega. Senyum.

Saya tak pasti mungkin ada fasa umur tertentu yang bayi akan alami keadaan macam ini. Mungkin..


1 comment:

  1. Terasa la kalaumcmtu kan...kita dok pegnentkan dia 9 bulan tiba2 dia kurang suka kat kita....nini plak terasa....

    ReplyDelete