14 August 2014

Sabar

Sabar...

Saya mengaku saya bukanlah manusia yang penyabar sangat. Ada ketika saya marah. Walaupun dah tahu itu sikap yang tak elok, tapi tak boleh nak bendung kadang-kadang tu. Rasa nak kena marah juga. Ok, salah sendiri sebab ada sikap yang buruk kan..

Saya dalam kategori orang yang penyabar tahap sederhana kot. Hehe..

Selalunya, perkara yang buat saya mudah marah ialah bila orang melakukan kesilapan tetapi tak mahu minta maaf dan mengaku kesalahan. Ini memang susah saya nak sabar sebab selagi dia tak mengaku kesalahan, maksudnya dia masih ego. Nanti mesti dia ulang lagi kesilapan tu. Macam tiada rasa sesal la sebab dah buat kesalahan.

Pagi ini, memang saya rasa nak 'meletup' dengan satu insiden. Mujur, ada lagi sisa-sisa sabar di hujung-hujung tu. Jadi, keadaan masih terkawal.

Alhamdulillah. Happy Ending!

Sumber: Google

No comments:

Post a Comment