22 September 2014

Diari: Hana Dah Makan

Saya mula perkenalkan makanan kepada Hana bila umurnya 1 tahun 2 bulan (tahun Hijrah) iaitu pada pertengahan bulan Ramadhan. Makanan pertama Hana ialah pisang lecek. Hana sangat suka tetapi, masalahnya ialah Hana susah nak membuang. Ada sekali tu sampai 3 hari. Sedangkan sebelum Hana mula makan, Hana tiada masalah ini. Kebiasaannya, sehari sekali.

Saya rasa ada yang tak kena. Mencari-cari info, memang pisang adalah antara makanan yang baik untuk mula perkenalkan kepada bayi sebab ia mudah dihadam. Peliknya, mudah hadam tetapi kenapa jadi macam ni. Hana jadi sembelit.

Sebelum balik kampung sempena cuti raya, saya cuba bagi Hana avocado. Hana boleh makan, tapi tak berapa suka. Berlemak sangat kot. Hehe..

Saya teruskan bagi pisang juga semasa balik raya di kampung. Seperti biasa, kena dengar juga syarahan. Ya, saya faham mereka sayang Hana. Tapi, saya umminya, laaaaaaagi sayang Hana. Saya buat semua ini hanya untuk kebaikan masa depan Hana.

Hendak dijadikan cerita, bangun pagi di Hari Raya kedua, muka Hana dan badan naik biji-biji merah. Saya meneka kena gigitan nyamuk ataupun hama toto yang kami alas untuk tidur. Bila saya tunjuk kat mak, mak teka Hana kena demam campak. Kebetulan, Hana demam juga. Tapi, tak tinggi sangat. Suhu tak lebih 37.5 celcius.

Hana terus diberhentikan makan sebab saya nak pantau punca naiknya biji-biji tu. Sehingga kami kembali ke Putrajaya, kami bawa Hana ke klinik. Dr. periksa Hana dan sahkan Hana tiada tanda kena demam denggi atau pun demam campak. Lega sekejap. Sekurang-kurangnya, bukan benda serius. Dr. kata mungkin kena gigitan hama. Gigitan hama memang boleh buat budak demam disebabkan badan cuba melawan bisa gigitan hama.

Saya hanya sapu VCO di badan Hana sepanjang dalam tempoh memantau keadaan Hana. Hana pun nampak lesu, kurang cergas. Tak macam selalu. Kesan merah itu pula macam naik di kawasan badan lain. Ummi jadi susah hatilah macam ini. Risau kot ada kaitan dengan benda lain.

Usaha seterusnya, kami ke Darussyifa. Ustaz buatkan air penawar dan ubat bedak sejuk. Air penawar dibuat mandian waktu petang sebelum maghrib 3 hari berturut-turut, diberi minum dan bancuhan bedak sejuk. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Biji-biji terus berhenti tumbuh. Hana pun nampak ceria sedikit.

Lama kami berfikir, kami syak puncanya ialah air telaga. Hana memang ada minum air masak semasa di kampung. Mungkin ini puncanya.

Lama juga Hana rehat daripada diberi makan. Selepas dekat 3 minggu sembuh daripada alahan, saya cuba bagi Hana epal. Ini sesuai dengan Hana. Proses pembuangan pun baik. Hana pun suka sangat.




Sekarang Hana makan buah pear pula. Buah pear pun Hana suka tetapi pembuangan macam kurang lancar sedikit. Adakah mungkin sebab saya dah bagi Hana makan 2 kali sehari? Sebelum ini, sekali saja sehari.

Rupanya, budak yang makan pisang memang boleh menyebabkan sembelit. Saya pun baru tahu selepas menggali info kenapa Hana sembelit bila makan pisang. Nampaknya, lepas ini kena berhati-hati bila nak beri Hana makan pisang.

InsyaAllah, lepas ini Hana akan makan bubur nasi pula. :)

No comments:

Post a Comment