27 April 2014

Al-Humaira Clearance Sale!

Sejak Al-Humaira dah buka butik di Seri Bangi, makin kerap la shopping shawl kat sini. Kualiti material shawl atau produk label Al-Humaira memang puas hati. Dulu sanggup ke Kota Damansara, semata-mata nak membeli.

Al-Humaira buat clearance sale 2 hari, bermula semalam. Baru hari ini saya dapat menjengah sale ni. Banyak yang dah habis. Walaupun begitu, saya tak balik dengan tangan kosong. Haha.. sayang kalau tak beli.

Memang sale habis. Puas hati dengan diskaun tu.

Bagus Al-Humaira. Nanti buat sale lagi, saya mesti pergi menjengah lagi.


20 April 2014

Hana Demam!

Di pagi Jumaat yang hening, tengah dok nyenyak tidur, saya terjaga bila Hana macam merengek-rengek. Tengah BF pun Hana macam resah gelisah lagi. Badan Hana macam panas semacam!

Terus kejutkan suami cari termometer. 38.4 suhunya! Tinggi jugak. Doktor kena on call pagi ni. Saya minta suami buatkan air jerlum, bubuh dalam besen dan bawak asam jawa. Bukakan baju, tinggal CD saja, kemudian terus jerlum Hana. Nampak ok sedikit, Hana dah boleh sambung tidur. Agaknya badan rasa selesa sedikit selepas dijerlum.

Hari Jumaat ummi EL la sebab kena jadi doktor kan. Suhu tinggi lagi dalam 38 juga awal pagi tu. Saya teruskan dengan menjerlum. Kali ini saya guna daun bunga raya pula. Mujur di belakang rumah ada pokok bunga raya. Memang berguna sangat daun ni. Daun ni saya ramas-ramas dalam air, kemudian air ramasan tu saya sapu di kepala dan bahagian badan Hana.




Kain yang dibasahkan dengan air ramasan daun saya letakkan di kepala Hana. Ini nak memastikan suhu di kepala turun. Risau ja kalau suhu semakin naik atau tak turun langsung.




Saya buat juga minyak bawang putih. Ini dah macam kemestian setiap kali Hana kurang sihat.

Cara nak buat minyak bawang putih.

1. Bakar bawang putih bersekali dengan kulit. Bakar sampai ada sedikit kehitaman di kulit bawang.



Saya guna dua ulas bawang putih.

2. Buang kulit bawang putih. Letakkan dalam bekas seperti piring. Masukkan minyak kelapa dara. Nak guna minyak zaitun pun boleh. Sebaiknya minyak yang semulajadi bukan minyak yang ada campuran sebarang bahan kimia.




4. Lenyek bawang putih guna garfu. Selalunya saya lenyek dengan garfu, kemudian saya sambung ramas dengan jari pula biar hancur betul. Teori saya, lagi hancur bawang putih tu lagi power minyak ini sebab bahan dalam bawang putih dapat keluar sehabis mungkin untuk sebati dengan minyak.




5. Saya sapu minyak bawang putih ke tapak kaki, bahagian dada, belakang badan, belakang telinga, ubun-ubun, dahi dan hidung Hana. Saya sapu agak-agak sesuai. Kaki Hana saya pakaikan stokin.



Seharian hari Jumaat tu saya asyik lap atau basahkan badan Hana dengan air daun bunga raya. Baju memang saya tak pakaikan langsung. Mandi pula sekali saja dalam jam 4 petang.
Satu lagi saya kerapkan breastfeeding.

Malam tu Hana tidur awal. Saya sapu juga minyak bawang putih ke serata badan terutamanya di dada dan belakang badan.

Alhamdulillah, bangun tidur pagi Sabtu Hana dah kebah demam.



Penawar alami ini hanya rawatan awal. Kalau demam berlarutan lebih dari 3 hari, wajib membawa bayi ke klinik untuk rawatan selanjutnya.

17 April 2014

Aplikasi Android Untuk Mengemaskini Blog

Hari ini, saya nak kongsi tentang tajuk yang lari sedikit daripada tajuk penyusuan. Asyik berderet tajuk tentang itu saja kan! :D

Saya suka menulis blog sekarang ini sebab saya sudah jumpa aplikasi Android yang boleh bantu saya mengemaskini blog dengan mudah dan mengikut apa yang saya kehendaki. Kalau nak tunggu ada depan PC atau laptop, baru nak kemaskini blog, memang bersawanglah blog ni.

Saya gunakan aplikasi ini.

1. Bloggeroid

Ini aplikasi terbaik untuk mengemaskini blog. Sangat mudah. Aplikasi rasmi daripada Google pun kalah dengan Bloggeroid. Mudah untuk menaip kandungan dan yang paling penting (bagi saya), mudah untuk memuat naik gambar dan menyusun kedudukan gambar dalam kandungan blog mengikut citarasa saya.

Kalau aplikasi lain, gambar yang dimuat naik secara automatik diletakkan di bawah post.

Saya bagi 5 bintang! :D


2. Photo Editor

Kebiasaannya, saya guna aplikasi ini untuk mengubah saiz gambar yang saya ambil.


3. Aviary

Selesai mengubah saiz, saya akan sunting sedikit gambar menggunakan efek yang disediakan dalam aplikasi Aviary. Efek hampir menyamai efek gambar dalam Instagram. Janji gambar ada efek sedikit...


4. Google Analytics

Ini kalau nak tengok berapa banyak page view pada blog. Seronok gak dapat tengok statistiknya. Bolehlah buat pembakar semangat rajin menulis blog. Hehe..

Kalau ada smartphone dan suka menulis blog, bolehlah install aplikasi yang saya senaraikan tu. Kemudian, rajin-rajin kemaskini blog ye.



Aksi Hana :D

12 April 2014

Jatuh Hati Dengan Minuman Yogurt Farm Fresh

Dulu saya rasa hairan kenapa orang boleh makan/minum yogurt sebab bagi saya rasa yogurt tak sedap. Saya pernah mencuba minum yogurt Bliss tapi saya tak berapa berkenan sebab rasa manis.

Tetapi, sekarang saya dah jatuh hati dengan Yogurt Farm Fresh. Sangat kena dengan selera saya. Rasa kurang manis. Rasa yogurt tak terlalu masam. Rasanya seakan frozen yogurt Tutti Frutty.

Pada mulanya, saya beli satu botol Yogurt Farm Fresh ini sebab sekadar nak mencuba. Bila dah rasa, terus suka. Suami pun suka. Berebut lak minum. Hehe.. 

Saya buat pula pembelian kali kedua di Cold Storage. Saya beli 4 botol terus. Saya ambil semua pilihan perisa yang ada.



Setakat yang saya jumpa ada 3 pilihan iaitu original, mixed berries dan mango tango. Setelah mencuba semua pilihan perisa, saya lebih suka yang mixed berries. Rasanya lebih serasi.

Satu perkara yang paling penting, yogurt Farm Fresh menggunakan susu segar dan bukan pepejal susu. 

Bagus minum yogurt. Elok untuk kebaikan badan sebab dapat menggalakkan penghasilan bakteria baik. Bagi para ibu menyusu, amalan minum yogurt boleh meningkatkan penghasilan susu. Alhamdulillah, saya tengok ada peningkatan hasil perahan susu dalam 1-2 oz sehari setelah amalkan minum yogurt.

Gembira sebab saya jumpa makanan yang serasi dengan saya untuk meningkatkan penghasilan susu.

Syukur.

10 April 2014

Rasa Nak Beli Mesin Jahit

Saya rasa nak beli mesin jahit. Saya guna perkataan 'rasa' sebab ini sebenarnya lebih kepada kehendak. Rasa macam seronok kalau ada mesin jahit kat rumah. Setakat hendak potong dress atau skirt yang labuh, lepas dah kan. Maklumlah, saiz comel. Apa-apa pakaian ready made memang labuh. Kain tu memang selalunya saya lipat 2 kali, baru dapat labuh yang sesuai.

Rasa seronok juga ada mesin jahit sebab saya teringin nak buat baju atau gaun untuk Hana. Saya nak juga belajar buat blouse menyusu sendiri. Mahal betul blouse menyusu. Macam tak logik juga harganya kadang-kadang kalau dibandingkan dengan material kain dan design.

Banyak juga angan-angan ini. Jadi, cukuplah saya tulis sedikit saja rasa seronok tu. Takut kan angan ja panjang tapi mesin bersawang saja nanti.

Setakat saya google, saya berkenan dengan Brother INNOV-IS 50 (Brother NV50). Saya sudah pun tengok demo mesin ini di kedai. Mengujakan tengok hasilnya. Nak pasang benang pada jarum pun senang sangat! Teringat dulu selalu tolong mak pasang benang ke jarum mesin Singer mak. Sangat otai mesin jahit tu.

Ini rupa Brother NV50.

Sumber: Brother


Belek punya belek, saya rasa nak beli mesin jahit tepi sekali. Kalau ada mesin jahit tepi, tak payah lah ke kedai nak jahit tepi pula. Setakat saya google, saya berkenan Brother M3034D.

Sumber: Google

Rasa nak membeli mesin jahit ini macam nak menjahit setiap hari ja kan. Saya tetapkan menjahit sebagai minat. Harapannya, saya kena pandai cari masa untuk menjahit.

Boleh ke? 

:D