18 August 2014

Perlukah Boikot?



Sudah sebulan lebih isu Gaza. Zionis Israel membedil bumi Gaza seolah dunia ini mereka yang punya. Sampai masa janji Allah akan tiba jua. Balasan kepada kaum yang melampaui batas.

Bila meledak kembali isu Palestin, biasanya akan bergema semula isu boikot. Sasaran utama boikot biasanya ialah McDonalds. Makanan popular di Malaysia walaupun Jamie Oliver sudah buktikan kualiti daging burger McD sangat teruk. Ada peroxide!

Tak paham apa yang sedapnya!

Pelbagai pendapat tentang isu boikot. Ada yang kata tak perlu boikot.

Kalau nak boikot, baik boikot semuanya. Sket-sket baik tak payah..

Ada yang kata boikot tak memberi kesan pun.

Ada pula tanya nasib pekerja McD.

Para ustaz memberi pandangan tentang perkara ini. Boleh semak pandangan UZAR tentang hal ini.

Bagi saya sendiri, sudah lama mula memboikot. Sudah lama tak makan McDonalds. Rasanya hampir 4 tahun. Milo pun dah tak beli. Kami minum Vico. InsyaAllah akan cuba panjangkan lagi senarai ini.

Ini saja usaha saya nak membantu saudara Islam di sana. Sedekah tu memang kena buat semampu yang boleh. Kalau tambah dengan usaha boikot boleh mengurangkan keuntungan untuk disalurkan ke Zionis, maknanya tak sia-sia usaha ini

Boikot atau terpulang pada individu. Sama macam nak sedekah atau tak. Tiada paksaan. Tetapi, jangan memperlekehkan usaha memboikot. Satu dunia ajak memboikot. Bukan di Malaysia sahaja!

Jom boikot!