Pautan
▼
18 February 2012
Baju Nikah Saya.. yang saya sesalkan...
Tragis bunyi tajuk! Tapi memang banyak perkara yang saya ralat mengenai baju nikah saya. Bukan sebab baju tu salah dijahit, tapi salah perkiraan saya juga. Huk.. sedih..
Saya memilih chiffon untuk baju nikah saya, dengan harapan boleh pakai semula nanti. Sebenarnya.. tak pasti lah masa bila yang sesuai. Pergi majlis perkahwinan kot.. yang dibuat dalam dewan sahaja la.. agaknya..!
Hasil kaji selidik selama beberapa bulan juga, saya dah tetapkan dalam kepala, nak beli chiffon beaded sahaja 2 meter. Manakala kainnya akan menggunakan kain chiffon kosong yang warna senada. Sebabnya, tak praktikal kainnya ada beadings. Memang sangat susah nak jaga nanti. Tentang rekaan baju pula, saya memilih rekaan baju kurung moden sahaja. Ringkas! Itulah saya...
Tapi, itu apa yang ditetapkan di kepala sebelum ke kedai. Pada hari membeli kain di Jakel, saya terpengaruh dengan kata-kata SA, yang mencadang (psiko sebenarnya.. huhu) beli sahaja 4 meter. Kalau beli 4 meter, cantik lagi nampak bila dibuat baju. Kalau baju sahaja ada beadings, tapi kainnya kosong.. nanti bajunya nampak seperti tidak siap. Oh.. itulah kata-kata SA.. memang berkesan la kata-katanya.
Pujukan dia semakin berkesan, bila kain chiffon tu dibalut ke badan. Memang terus saya bersetuju dengan kata-kata dia. Akhirnya, saya beli 4 meter. Tapi bila balik ke rumah, saya menyesal.. sampai ke hari ini.. Adeh.. Kenapa saya beli 4 meter..?
Kain dah pun dihantar kepada tukang jahit. Hasilnya bagi saya ok. Bagi orang yang tak pandai sangat tentang fesyen. Memang nampak cantik ja. Cuma kainnya lah yang saya rasa sangat menyesal. Sebab, susah nak bergerak. Baru saya tau, bila pakai kain ada beadings camtu tak boleh mengundur. Kalau tidak, terpijak la beadings kain sendiri. Hancur beadings.. paling teruk, terkoyak la kain. Ini pelajaran baru bagi saya.
Sekarang, baju dah dihantar cucian kering. Lepas tu, nak cuba semula samada ok ke tak. Dengarnya, kain chiffon tu mungkin akan mengecut sket lepas dicuci kering. Sementara menunggu baju nikah dicuci kering, saya akan pujuk hati supaya redha...
Pengajaran yang saya dapat:
1. Sebelum pergi beli kain, fikir dulu rekaan baju. Seeloknya, pergi jumpa tukang jahit, dapatkan pendapatnya tentang rekaan baju tu. Nanti tukang jahit akan bagi cadangan yang sangat membantu, seperti berapa meter kain yang diperlukan. Sesuai atau tidak.
2. Sebelum pergi beli kain di Jakel atau mana-mana kedai, sila tetapkan hati dengan apa yang kita nak. Kalau tidak, sia-sia lah hasil kaji selidik berbulan-bulan. Dalam masa beberapa minit, semua hancur.. huhu
3. Tak perlu tetapkan dalam kepala, baju nikah ni nak guna kain chiffon beaded sebab nanti nak pakai balik. Tak praktikal bagi saya. Boleh kot pakai sekali-sekala... saya tak pasti berapa kali yang boleh tu.
4. Diet awal-awal, supaya semasa mencuba baju nikah.. tidaklah terasa... adeh, gemoknya aku! Seperti yang saya rasa tadi.. sampai sekarang masih berfikir, camna nak kurus ni..
5. Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Harap cepat lah perasaan sesal ini hilang. Sesungguhnya.. Kita merancang.. Allah yang menentukan..
No comments:
Post a Comment