Pautan

16 April 2012

Beli Barang di Nilai 3



sumber: google






Pada hari Sabtu yang lepas, sekali lagi ke Nilai 3. Sebenarnya, saya tak ingat dah berapa kali pergi ke Nilai 3 dalam tahun ini. Rasa cam kerap jugak kot. Misi kali ini, nak tempah langsir. Seawal 9.30 pagi, kami dah sampai Nilai 3. Terus cari kedai langsir. Ada 2-3 kedai baru bukak. Masuk 1 kedai, mahal gak semeter. Bajet saya kecik ja ni. Jadi, nak la kain yang murah. Tapi, mesti la rupa menarik. Hehe..


Pusing dan pusing.. nampak papan nama kedai Nafisa. Ada iklan katanya kain murah. Terus la cari kedai ini. Dalam deretan kedai di Textiles Walk. Kami terus ke kedai tu. Alhamdulillah, kedai baru nak bukak. Pekerja baru nak keluarkan barang ke kedai. Dah boleh masuk dah kedai. Memang pelanggan pertama la masuk kedai tu.


Saya terus saja beritahu bajet saya. Pekerja kedai tunjukkan kain dengan harga lepas diskaun RM7.80/m. Kain cantik, warna emas. Nampak ekslusif  la jugak. Tapi, dia terus bagi harga RM6 semeter, sebabkan saya pelanggan pertama. Tapi, saya tak puas hati.. Hahaha.. Nak harga RM4/m. Pekerja kedai tu, teruskan kira untuk langsir saya tu. Dia buat kiraan dengan harga RM5.50/m. Memang tak dapat la harga RM4/m. Huhu.. Tak dapat harga murah pada kain, saya mintak kurang pada harga upah jahit langsir. Lama jugak tawar menawar, dapat la RM5/keping. Saya ada juga tempah untuk day curtain untuk rumah di putrajaya. Langsir sekarang ni dah dhaif sangat.. Yang ini, RM15/m untuk kain bidang 120 inci. Saya congak-congak, murah kot. Tak sempat lak nak mintak kurang lagi. Dapat jugak sekali dengan tali ikat langsir tu.


Siap tempah, kena tunggu untuk langsir tu siap. Kami mintak kul 12.30 siap. Tapi, akhirnya langsir tu siap jam 3 petang. Memang jauh lari perkiraannya. Lepas ambil langsir tu, saya jengah ke lelongan terbakar kedai Thank Q. Saya rembat kotak telur 50 pek dengan harga RM2. Rasa sangat gembira, memang sangat murah banding harga asal. (Kalau betul la tu harga asalnya kan...)


Selepas tu, terus ke VR Star, saya cari manik pulak. Ini untuk jahit di veil nikah saya. Saya beli manik pearl dengan 2 jenis saiz. Saiz sedang saja. InsyaAllah, minggu ini akan mula projek jahit manik veil nikah saya.



No comments:

Post a Comment