Pautan

26 April 2012

DIY: Beg Cenderahati - Misi yang berjaya!

Dalam catatan sebelum ini, saya bercerita beg cenderahati hanya disediakan 200 keping sahaja. Tetapi, semuanya berubah apabila ibu saya menyuarakan hasrat untuk memberikan beg cenderahati kepada semua tetamu. Jumlahnya ialah 1000 keping. Jadi, saya perlu siapkan lagi 800 keping. Pening jugak la masa dengar ni.. Sebab, rasanya seperti mustahil nak disiapkan seorang diri.


Saya pun mencari beg kertas ini di kedai bakery tapi tak jumpa beg kertas seperti yang saya beli di Bagus. Beg yang dijual di online pun (seperti yang saya kongsikan dalam catatan sebelum ini) rasanya bukan saiz yang sama. Akhirnya, saya membuat tempahan di Bagus sebanyak 800 keping. Lama juga saya tunggu tempahan beg ini. Kalau tak salah, hampir 3 minggu. Dengarnya, tiada stok. 


Akhirnya, beg ini berjaya sampai di tangan saya pada hari Sabtu lepas. Bermula hari Ahad, misi ini (seperti mustahil pada mulanya) bermula... Memang bersungguh buat beg ini seorang diri. Dah seperti kilang dah... Dengan tempoh 5 hari, akhirnya 800 keping beg ini saya berjaya siapkan dekorasinya. Seperti edisi 200 keping sebelum ini, cuma sedikit perbezaan pada warna dakwat pad cap. Kali ini, saya gunakan dakwat warna merah untuk capkan nama saya dan En. F. Nampak lagi comel hasilnya.. Hehehe..


Syabas pada diri saya sendiri.


Beg ini sedang menunggu masa untuk dibawa pulang ke kampung. Jumlah beg untuk tetamu nanti 1000 keping lebih. Sebab, ada tambahan beg di kampung. Saya akan buat dekorasi yang sama pada beg tu.


Beg kertas berjaya disiapkan tepat jam 11.00 malam..


Syukur pada Allah... atas kekuatan yang diberikan.. :)

2 comments:

  1. boleh tak bg contact kedai yang jual paper beg brown nie.saya nak orderlah jg utk wedding saya nti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di kedai Bagus. Aritu saya beli di Bagus Kajang. Saya call dulu minta buat tempahan dulu. Nanti dah sampai staf kedai akan call.

      Boleh cuba tengok di http://bagus.com.my, untuk kedai Bagus yang terdekat.

      Delete