Pautan

12 July 2012

Sebulan Lebih Sudah...



Alhamdulillah, dah pun sebulan lebih saya selamat bergelar isteri. Banyak cabaran juga terutamanya dalam menyesuaikan jadual masa. Setakat ini, semuanya ok. Masih merangkak-rangkak ni.. Moga Allah memudahkan semuanya..


Gambar kahwin dari OP memang tak dapat lagi. OP baru ja keluarkan 6 keping gambar. Ok la.. dapat gak saya tengok. Mujur ada juga gambar daripada rakan-rakan sepejabat yang turun ke majlis perkahwinan kami. Rasa seronok tengok gambar majlis lebih-lebih lagi gambar dengan tetamu yang datang..


Selepas beralih ke alam rumahtangga, fikiran saya memang akan sentiasa memikirkan masa depan. Bagaimana kami nanti bila dah masuk umur pencen.. 
Walaupun, sebenarnya tiada jaminan pun umur panjang hingga umur pencen.. :) . 


OK, seperti kebiasaannya, selepas selesai majlis perkahwinan.. blog akan diteruskan dengan cerita-cerita ulasan mengenai majlis. Jadi, perkongsian saya selepas ini akan dipenuhi dengan ulasan. Baik juga saya catatkan dalam blog ini sekadar kenangan saya. Kalau lah nanti boleh jadi panduan pada B2B.. Alhamdulillah. Ada manfaatnya pada orang lain..

No comments:

Post a Comment