Memandangkan hari ni pemeriksaan bagi minggu ke 36 saya mengandung, mungkin lagi 2 atau 3 kali saja saya akan datang lagi untuk pemeriksaan, jadi saya nak tuliskan perkongsian pengalaman tentang sesi pemeriksaan untuk ibu mengandung.
Saya buat pemeriksaan berkala di klinik kerajaan (KK) Presint 3 Putrajaya sejak mengandung 12 minggu. Sebelum datang kali pertama, saya telefon dulu. Masa tu dalam 6 minggu mengandung. Nurse di klinik tetapkan tarikh pemeriksaan pertama pads minggu ke 12 jam 8.00 pagi.
Kali pertama datang, agak blur apa yang nak dibuat. Trick yang kena buat supaya cepat proses pemeriksaan pun tak pandai lagi. Cari bilik makmal pun tak jumpa.. hehe. Kelakar sungguh. Pemeriksaan pertama ok.. alhamdulillah. Sesi pemeriksaan kedua saya minta tetapkan pada sebelah petang. Saja tukar sebab saya nak tengok sesi pagi cepat atau petang. Ternyata sesi petang lagi cepat sebabnya pesakit kurang sedikit berbanding sesi pagi. Sesi pagi ni kebiasaannya ramai pesakit budak dan bayi, sebab tu lambat sedikit. Lambat pun, tidak lah sampai hilang sabar menunggu.
Sejak itu, saya akan minta tetapkan masa pemeriksaan seterusnya pada waktu petang. Rasa lagi mudah, sebab lepas selesai boleh terus balik umah dan berehat. Ibu mengandung kan kena rehat.. tak boleh stress hehe.
Sepanjang pengalaman pemeriksaan di KK, saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Mula dengan sebulan sekali kena datang hinggalah kena datang seminggu sekali, perkhidmatan yang diberikan tetap terbaik. Nurse banyak berkongsi info dan panduan kepada ibu terutamanya ibu mengandung kali pertama seperti saya.
Kalau nak cepat siap semua proses pemeriksaan, boleb cuba tips di bawah ni:
1. Datang pemeriksaan sesi petang. Pastikan ambil no giliran seawalnya. Paling afdhal bila cukup saja jam 2.00 petang, terus ambil no giliran. Memang akan dapat no giliran terawal.
2. Ambil sampel darah dahulu kemudian baru ambil sampel urin. Kalau di KK tempat saya buat pemeriksaan, sampel darah perlu diambil di klinik biasa, sebelah KK Ibu dan Anak tapi masih dalam bangunan yang sama. Jadi, ambil sampel darah kemudian kembali ke KK Ibu dan anak untuk ambil sampel urin. Lepas siap sampel itu bolehlah terus serahkan kepada makmal untuk ujian.
3. Ikut nasihat nurse. Masa 5 bulan lebih saya naik berat badan melebihi sepatutnya. 3kg lebih dalam masa sebulan sedangkan berat yang naik maksimum 500g sahaja sebulan. Ni akibat banyak makan buah masa musim buah. Tambahan lak masa tu pening semua dah hilang, memang menjadi-jadi la selera. Hehe.. Nurse ingatkan untuk kawal supaya berat naik semasa mengandung 12kg sahaja. Sesuailah dengan saiz saya. Risau juga kalau naik banyak sangat nanti susah pulak nak turunkan berat kembali ke berat sebelum mengandung.
Memang rasa cepat ja tempoh mengandung. Sedar tak sedar dah pun 9 bulan.. menghitung hari dalam berdebar. Moga Allah permudahkan saya bersalin normal dan selamat. Baby selamat dan saya pun selamat.. amin..
Ini gambar pandangan dari bawah ke bumbung bangunan yang menempatkan KK Presint 3 yang saya ambil pada kali pertama saya datang buat pemeriksaan di sini.
No comments:
Post a Comment