Semalam saya pergi pulak Pigeon Warehouse Sale. Rasanya ni kali pertama Pigeon adakan jualan gudang. Lokasinya berdekatan Monash University Bandar Sunway. Tengok alamat tu ingatkan dekat kawasan USJ Subang Jaya.
Kami sampai awal. Jam 9.30 pagi dah sampai. Kami terpinga-pinga tak tahu nak letak kereta di mana. Rupanya, letak tepi jalan. Memandangkan kami yang pertama sampai. Rasa pelik jugak nak letak kereta di situ. Sebabkan ada hal sket, kami tak tunggu di situ. Lepas selesai urusan, kami kembali ke sana. Dah banyak kereta diletakkan di tepi jalan.
Orang taklah ramai pun. Taklah besar sangat jualan ni. Paling saya kecewa, banyak barang dah habis. Bila tanya salesgirl tu, dia kata semua dah habis semalam. Semalam tak datang ke.. dia tanya pulak camtu. Adeh, kalau datang semalam, takdak la kot saya nak datang lagi hari ini. Baju saja yang masih banyak. Boleh dipilih.. Saya tak borong pun baju sebab dah puas borong di jualan Pureen semalam. Tapi, tak dinafikan kualiti kain baju Pigeon lagi ok. Harga baju semalam kebanyakannya dalam RM6 atau RM7 sehelai. Kalau sepasang baju dan seluar, jadi dalam RM13 begitu. Ada juga yang RM3, bila diteliti sebab ada kecacatan pada baju. Kotor ataupun ada defect.
Komen saya:
1. Berbaloi lah juga pergi. Harga masih murah jika dibandingkan dengan harga asal.
2. Pilihan tak berapa banyak. Sedikit ja barang yang dibuat jualan gudang. Kecewa.. baru pagi Ahad, barang dah tinggal saki baki sahaja. Kalau datang petang, memang lagi kecewa!
3. Ada barang yang dijual tu ada defect. Macam rejected item sale pulak. Liquid cleanser dijual murah RM8 tapi akan luput pada Julai 2013. Memang tak dapat la saya beli. Hanya jual yang nak luput saja. Agak tak patut la.
Mungkin sebab saya bandingkan dengan jualan Pureen yang tawarkan hampir semua produk. Di Pigeon, jauh berbeza. Agaknya barang yang tiada tu sudah habis diborong semalam kot..
Walau bagaimanapun, kalau Pigeon buat jualan ini setiap tahun, saya akan pergi lagi. Harap lagi menarik daripada kali ini.
No comments:
Post a Comment