Saya rehat sekejap perkongsian tentang penyusuan. Ada lagi satu topik yang tinggal, insyaAllah saya akan kongsikan nanti.
Berbalik kepada tajuk perkongian kali ini, saya menulis blog kerana...
1. Saya suka. Bila menulis blog, saya sentiasa rasa tak sabar-sabar nak publish setiap perkongsian sebab seronok tengok bagaimana paparannya di browser. Sekali-sekala saya semak statistik perkongsian. Saya rasa sangat gembira bila saya tengok perkongsian tu ada page view. Nampak la ada orang baca.
2. Saya suka berkongsi info yang ada. Selalu sangat berlaku kalau ada kawan-kawan bertanya apa-apa, saya jawab dengan panjang lebar. Bila saya menulis blog, saya boleh menulis sesuka hati dan pandai-pandai berhenti bila jari dah lenguh.
3. Harap boleh jadi saham akhirat jika ada ilmu yang bermanfaat itu diamalkan.
Moga saya boleh terus rajin menulis blog. Saya cuba nak guna Bahasa Melayu yang baik. Memang rasa sedikit formal tapi saya cuba sampaikan dalam keadaan santai.
Selingan:
Sekarang dah susah nak letakkan Hana dalam car seat. Hana dah pandai lepaskan diri. Seronok lak dia bila berjaya buat.
No comments:
Post a Comment