Pautan

12 April 2014

Jatuh Hati Dengan Minuman Yogurt Farm Fresh

Dulu saya rasa hairan kenapa orang boleh makan/minum yogurt sebab bagi saya rasa yogurt tak sedap. Saya pernah mencuba minum yogurt Bliss tapi saya tak berapa berkenan sebab rasa manis.

Tetapi, sekarang saya dah jatuh hati dengan Yogurt Farm Fresh. Sangat kena dengan selera saya. Rasa kurang manis. Rasa yogurt tak terlalu masam. Rasanya seakan frozen yogurt Tutti Frutty.

Pada mulanya, saya beli satu botol Yogurt Farm Fresh ini sebab sekadar nak mencuba. Bila dah rasa, terus suka. Suami pun suka. Berebut lak minum. Hehe.. 

Saya buat pula pembelian kali kedua di Cold Storage. Saya beli 4 botol terus. Saya ambil semua pilihan perisa yang ada.



Setakat yang saya jumpa ada 3 pilihan iaitu original, mixed berries dan mango tango. Setelah mencuba semua pilihan perisa, saya lebih suka yang mixed berries. Rasanya lebih serasi.

Satu perkara yang paling penting, yogurt Farm Fresh menggunakan susu segar dan bukan pepejal susu. 

Bagus minum yogurt. Elok untuk kebaikan badan sebab dapat menggalakkan penghasilan bakteria baik. Bagi para ibu menyusu, amalan minum yogurt boleh meningkatkan penghasilan susu. Alhamdulillah, saya tengok ada peningkatan hasil perahan susu dalam 1-2 oz sehari setelah amalkan minum yogurt.

Gembira sebab saya jumpa makanan yang serasi dengan saya untuk meningkatkan penghasilan susu.

Syukur.

2 comments:

  1. kan.... yogurt drink farmfresh sgt sedap!!! paling saya suka perisa mango..macam rasa buah mango yg sebenar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling suka mixed berries. Tapi, rasa manis lebih la sket. Selalu sangat saya membeli yogurt ni, jadi dah tau kat Cold Storage boleh dapat harga lagi murah. Ada sekali tu promo sebotol RM4.29!

      Sekarang ni dok beli gak natural yogurt, bagi Hana makan dengan buah. Mujur Hana suka walaupun mula-mula berkerut muka sebab masam. Hehe

      Delete