Pautan

19 April 2013

DIY: Barut Bayi

Saya dalam proses nak siapkan barut bayi. Tak lah susah sangat nak buat barut bayi ni. Banyak M2B yang kongsikan cara nak DIY. Memang sangat membantu saya nak jahit barut bayi saya sendiri.

Barut ini saya gunakan kain cotton flannel. Saya pilih kain ini sebab kain ni lembut. Sesuai untuk kulit bayi yang lembut gitu kan.. Banyak kedai kain yang jual cotton flannel ni. Ada setengah pekedai ni, kalau tanya ada tak kain cotton flannel.. dia cakap takdak. Bila pusing-pusing dalam kedai, ada jual sebenarnya. Tapi dia panggil cotton baldu. Susah gak nak cari kain yang sesuai corak dengan bayi. Ada corak cam kain pelikat.. hehe memang tak masuk dengan bayi. Ada yang warna tak berkenan langsung di mata saya. Lama gak saya mencari..

Sepanjang proses mencari kain ni.. saya dapatlah bandingkan harga dan kualiti kain cotton flannel ni di antara kedai. Cotton flannel di Kamdar lagi lembut dan harga pun lagi murah. Di Nagoya, saya tak jumpa pun cotton flannel. Dah habis stok agaknya..

Saya borong cotton flannel ni di Kamdar, Prima Saujana Kajang. 2 kali juga pergi. Kali kedua baru ada yang berkenan. Stok baru kot. Kali pertama pergi ada stok yang dah lama ja.

Saya borong 14m.. hehe. Dah jumpa tu sakan terus borong. Ni stok untuk buat bedung, barut dan cloth wipe. Bedung dan cloth wipe dah siap. Sekarang operasi nak siapkan barut. Boleh siap minggu ni.. insyaAllah. Tengah nak jahit tangan tali barut tu. Maklumlah, takdak mesin jahit di rumah. Bila siap jahit ni, bolehlah hantar barut untuk jahit tepi. Lepas tu, siaplah barut bayi saya dan boleh dibasuh. Tunggu untuk digunakan saja...

2 comments:

  1. salam..boleh tau x kat mana nak beli tali untuk barut tu..kedai kain or kedai jahit..n nak ckap ape kat penjual tu.."tali untuk barut"..cmtu ke..errr..kalau boleh reply kat noredy06@gmail.com..sangat2 mengharap..sebab barut dah siap..cuma tak jahit tali lagi..tak tao nak beli kat mana n nak ckap apa nak beli tali tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf saya lambat reply. Saya beli di kedai jual barang jahitan. Ada beberapa saiz. Saya cadangkan puan beli saiz yang sederhana. Kalau besar sangat, nampak tali tu saja menonjol Hehe..

      Delete