Pautan

05 August 2013

Amalan Semasa Mengandung

Setelah disahkan mengandung saya selalu google pengalaman mengandung ibu di blog. Memang banyak ilmu yang saya dapat. Ada yang cuba amalkan. Saya pun nak berkongsi pengalaman saya juga.
Sepanjang mengandungkan Hana, alhamdulillah saya tiada masalah apa-apa. Gula ok, Hb ok, tekanan darah tinggi pun ok. Syukur.. Allah permudahkan.

Apa yang saya amalkan/ buat dalam tempoh mengandung:

1. Makan buah delima masa awal-awal mengandung. Lama-lama minum jus delima Gulsan sebab susah nak dapat buah delima. Sebotol RM15, beli di kiosk depan Aeon Big Alamanda. Tapi, tak lama saya minum jus delima ini. Kalau tak salah sampai mengandung 3 bulan. Sebabnya, ada sekali tu minum, tak sampai 5 minit saya muntahkan balik semua. Sebab masam sangat. En suami yang bancuhkan. Pekat sangat kot.. hehe

2. Makan kismis sebagai jajan di tempat kerja. Saya makan kismis brand Sunmaid. Pulun juga makan sempat la beli 2 bekas Sunmaid tu sepanjang mengandung. Ada gak masa-masa saya tak makan kismis ni. Kiranya, ikut musim mood juga lah makannya.

3. Minum susu segar HL sebab tak boleh telan susu tepung. Pertama sekali beli Anmum coklat. Pengaruh tv gak la sebab tu beli. Lagipun dah mengandung kan.. jadi beli susu tepung khas untuk orang mengandung. Saya minta En. Suami yang buatkan susu. Segelas setiap malam. Mula-mula boleh juga telan. Lama-lama tak boleh langsung. Bau susu yang berbekas pada mug tu pun tak boleh. Agak-agak macam trauma la nak minum.

Akhirnya, berhenti minum Anmum. Cuba pulak beli Dutch Lady. Sama juga al kisahnya. Tak pasti lah sama ada sebab bau susu tu yang buat saya tak boleh nak minum.

Selepas gagal dengan Dutch Lady, saya berhenti minum susu. Saya makan pil kalsium. Sehinggalah rakan pejabat cadangkan minum susu segar HL. Alhamdulillah, serasi dengan saya. Saya minum susu ini sampai mengandung dekat 7 bulan. Kemudian, saya berhenti. Sebabnya, sambung baca perkara 4. :)

4. Minum susu kambing Nubian. Saya berhenti minum susu HL sebab nak mula minum susu kambing. Ada saya baca elok minum untuk elak anak kena jaundice. Baik saya usahakan.. tak rugi mencuba. Cari punya cari, google sana sini baru saya tau tentang susu kambing Nubian. Ada dijual di Carrefour. Pergi cari di Carrefour, ada stok. Beli 2 botol dulu sebab nak cuba. Takut ada bau kambing. Alhamdulillah, sedap susu ni. Tak ada langsung bau kambing. Sejak itu, kami jadi pengejar setia susu Nubian. Di Carrefour, harganya RM4.99 sebotol. Di Cold Storage ada juga jual. Mahal sedikit, RM5.29 sebotol.

Sejak kenal susu kambing saya dah tak mau minum susu lembu. Susu HL pun dah tak pandang. Ada sekali suami beli sebab tak dapat stok susu Nubian. Saya minum sekali ja. Akhirnya, buang ja. Selamat tinggal susu lembu hahaha..

5. Buat perinium massage sejak kandungan 6 bulan. Saya beli set Tanamera agak awal masa mengandung 5 bulan sebab saya nak sapu kat perut. Tak mahu ada stretch mark hehe. Saya cuba buat massage tu. Dengarnya boleh memudahkan bukaan. Belasah ja massage. Entah betul ke tidak. Tak lah konsisten sangat buat sebab ala-ala ngeri jugak mula-mula tu. Bila kandungan dah 8 bulan baru saya konsisten buat. Agak konsisten la..

6. Minum VCO Tanamera sejak kandungan 8 bulan. Ini pun saya cuba sebab hasil bacaan katanya VCO boleh memudahkan bukaan. Saya minum sekali sehari sebelum tidur. Satu sudu saja setiap malam.

7. Mula minum minyak zaitun bila kandungan 9 bulan. Ada baca banyak khasiat minyak zaitun. Saya pun cuba lah minum. Saya campur dengan VCO. Minum masa pagi sebelum pergi kerja. Saya minum minyak zaitun jenama Ravika jenis extra virgin. Beli di kiosk depan Aeon Big Alamanda juga dengan harga RM26. Sampai sekarang saya minum. Bagus untuk pelawasan.

8. Makan kurma. Saya kerap makan kurma bila kandungan hampir 9 bulan. Masa di awal kandungan tu, saya ada makan juga. Tapi, tak tentu sebab ikut musim mood. Bila dah nak masuk 9 bulan, saya gagahkan diri makan. Ramai cakap elok untuk bagi tenaga semasa bersalin dan banyakkan susu. Saya makan kurma syafawi. Ni sedap punya, jadi boleh makan buat jajan. Kurma murah memang tak pandang juga.. heehee..

9. Minum air zam-zam bila dekat dengan EDD dan berdoa Allah mudahkan semua. Saya selalu minum awal pagi sebelum pergi kerja. Sempat habiskan sebotol air zam-zam.

10. Makan telur separuh masak di minggu terakhir sebelum EDD. Ini pun tips yang saya dapat dari blogger. Baik untuk simpan tenaga. Saya sempat amalkan dalam seminggu sebelum bersalin. Alhamdulillah.. berkesan kot..

11. Naik dan turun tangga 7 tingkat. Mula amalkan awal juga masa kandungan 6 bulan. Tapi, kadang-kadang ja. Bila saya tau bayi belum engaged masa 35 minggu, baru lah mula nak konsisten. Takut dengan macam-macam kemungkinan, setiap hari nak pergi kerja saya turun tangga 7 tingkat. Balik kerja pulak naik tangga 7 tingkat. En Suami pun sama-sama juga lah senaman. Senaman ini bagus untuk mudahkan bayi engaged dan cepatkan bukaan.

12. Baca surah dan doa yang baik untuk ibu mengandung. Surah Maryam, Surah Toha, Surah Luqman, Surah Al Hujurat, Surah Yusuf, Surah Insyiqaq. Doa dari surah An Nahl untuk elak anak, cacat, doa nabi Zakaria dan satu lagi doa moga anak menjadi anak yang menjaga solatnya.

13. Zikir doa nabi Yunus dan ayat Thummas sabila yassaroh

14. Mengelak makan makanan segera. Ada juga terbabas makan.. seingat saya tak sampai 5 kali

15. Banyak makan ikan dan ikan kegemaran ikan talapia. Tak suka makan ayam sepanjang mengandung huhu

Rasanya ini yang saya buat. Dah habis senaraikan rasanya..

37 comments:

  1. Bgus2. Info best n sng phm


    Kak Lin Shop Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, moga bermanfaat pada yang memerlukan :)

      Delete
    2. Bagus amalan ibu mengandung yang sis amalkan ni. Ibu paling suka part minum susu tu. Memang tak banyak pilihan susu yang sesuai untuk ibu mengandung. Jadi, kalau dah jumpa yang serasi, teruskan je lah

      Delete
  2. puan, anak kene jaundis tak masa besalin tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jugak tapi tak tinggi. Hari ke 6 dah turun dah.. :)

      Delete
  3. Good info..mcm mana pngalaman puan melahirkn? Amalan tu tip top dh rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur iqa,

      Saya ada kongsi pengalaman juga. Boleh baca di sini


      http://awankasihkami.blogspot.com/2013/06/pengalaman-bersalin-hana-nur-widad.html?m=0

      Delete
  4. Info yang sgt2 bermanfaat... :) terima kasih...
    Di sini, saya nak kongsikan juga amalan zikir asma-ul husna sewaktu hamil bagi ibu-ibu yang mungkin tidak pandai atau tidak lancar lagi nak baca Quran... cm ibu2 mualaf spy xketinggalan utk merebut pahala... jom singgah kat blog saya... http://marvix8.wordpress.com/2013/09/25/successful-breastfeeding-2/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, betul tu.. berzikir selalu pun bagus untuk bayi dlm kandungan..

      Delete
  5. Comeynya anak puan..Geram tengok. saya ingat lagi time hamil anak sulung, macam2 saya ambil untuk elakkan anak jaundis..sengkuang cina, air kelapa, kurma dan macam2 lagi, Pregnant anak no 2 ni saya suka makan buah delima. Mudahan anak ini kurang sikit jaundis dari anak sulung. Amin....Jom singgah ke blog saya>>http://www.myheroibu.com/2014/11/bahaya-omega-untuk-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  6. salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik
    kami supply susu kambing nubian segar jenama farm fresh boleh call saya no 012-2331147 .kualiti terbaik di pasaran.saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Berminat utk mencuba susu kambing yg diformulasikan dgn 7 makanan sunnah x? Ade kurma, KISMIS, delima, zaitun, za'faran, tin, dan. Habbatus sauda. Ada DHA dan AHA juga..kalo utk ibu mngndung dan anak2 mmg terbaikla utk perkembangan otak.. Kalau ada nak tau info lebih lanjut jgn segan silu Whatsapp 0183793656 ye..

    ReplyDelete
  8. Assalam sis. terima kasih atas perkongsian info yang amat berguna. :)

    ReplyDelete
  9. Bagi saya lebih baik ambil makanan daripada sumber asal. Tak perlu ambil makanan yang dah diproses dengan formula tertentu. Walau apapun kandungannya, ia tetap makanan yang dah diproses. Khasiatnya pasti banyak berkurang berbanding mengambil makanan daripada sumber asal.

    ReplyDelete
  10. Jika berminat untuk membeli susu kambing berperisa strawberi atau cekelet honey yg dijamin sedap dan berbaloi dgn harganya sila wassap saya di 0126620294. Bukan itu saja...malahan susu kambing utk perkembangan IQ juga ada utk dicuba...sila wassap saya utk detail yer...

    ReplyDelete
  11. Jika masih muntah apb mnum susu ketika hamil kene cpt2 cari alternatif.jika tdk kasihan pd mommy n baby sbb x cukup kalsium utk ptumbuhan tulang..
    jemput je blog sy utk skit perkongsian bg mbantu mommy2 d luar sn..

    http://hairunissajopri.blogspot.com/2014/04/ostematrix-bukan-sekadar-kaslium.html?m=1

    Nissa
    0193584312

    ReplyDelete
  12. ayat Thummas sabila yassaroh ni sepotong ayat ke?


    ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ..nak tanya surah Thummas sabila yassaroh boleh tak di amalkan semasa sedang hamil?

      Delete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. saya pun amal surah a'basa ayat20 tu :-)
    saya baca masa sakit contraction

    ReplyDelete
  15. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. makanan tambahan untuk ibu hamil

    ReplyDelete
  16. Sis kat mana nk dapatkn set tanamera tu. Sy tinggal di ipoh perak.susah juga nk dptkan..

    ReplyDelete
  17. Sis kat mana nk dapatkn set tanamera tu. Sy tinggal di ipoh perak.susah juga nk dptkan..

    ReplyDelete
  18. Trima ksih untk info...bnyak mmberi manfaat..

    ReplyDelete
  19. Trima ksih untk info...bnyak mmberi manfaat..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Telur aym kg tu mkn dgn madu atau mkn mentah 😃😃😃

    ReplyDelete
  23. Telur aym kg tu mkn dgn madu atau mkn mentah 😃😃😃

    ReplyDelete
  24. Assalam sis nk tnya sbb dh 7 tahun kahwin baru dpt thu 4 minggu usia kandungan elok kr klu minum susu kambing utk awl khamilan

    ReplyDelete
  25. Info sgt berguna terima kash bnyak

    ReplyDelete
  26. salam ..nak tanya surah Thummas sabila yassaroh boleh tak di amalkan semasa sedang hamil?

    ReplyDelete