26 June 2014

Susu Kambing GMilk

Pernah minum susu kambing tak? Dulu saya pun tak pernah sebab ada stigma dalam kepala..

"Mesti ada bau kambing.."

Bila saya mengandung, saya banyak google info persediaan lepas bersalin. Antara yang saya cari ialah bagaimana mrngelakkan bayi kena demam kuning. Antara petua yang saya dapat ialah minum susu kambing. Saya mula kenal susu kambing dengan susu kambing Nubian. Sekali dah cuba, memang sedap. Terus suka!

Selepas bersalin, saya cuba nak teruskan minum susu kambing. Dengarnya, boleh banyakkan susu badan. Tetapi, stok susu Nubian susah nak dapat. Selalu saja tiada stok di rak Aeon Big.

Tanpa disangka, saya terbaca perkongsian kawan di FB tentang susu kambing GMilk , susu daripada kambing Jamnapari. Ladangnya di Nilai. Boleh buat penghantaran ke Putrajaya dan serata KL. Harga sebotol RM5, kandungan 200ml. Tiada caj penghantaran. Kalau beli di ladang lagi murah. Kalau tak salah RM3.80 sebotol.





Perbandingan susu kambing GMilk dan Nubian:

1. Kedua-duanya sedap. Tiada bau kambing
2. GMilk datang dalam bentuk beku. Nubian dalam bentuk cecair. Cara uruskan GMilk sama macam uruskan EBM
3. GMilk lagi berkrim
4. Setakat saya minum, tiada sebarang alahan. Hana pun ok




Freezer dipenuhkan dengan GMilk. Frozen EBM dah tak buat. Ada 30 botol. Bajet untuk 30 hari, sebotol sehari. Ini usaha nak kekalkan stok susu semasa bulan puasa. Ramai yang kata minum susu dengan kurma masa puasa boleh kekalkan penghasilan susu. Moga berhasil. Amin.

Saya pernah cuba Hi-Goat tapi tak serasi dengan saya. Tekak berdarah mungkin sebab badan panas dalam kut.

Sejak dah terbiasa dengan susu segar, bila minum susu yang bukan jenis susu segar, rasa tak sedap dah..

Kepada yang berminat nak mencuba GMilk, boleh hubungi no hp 012 223 9379.

1 comment:

  1. salam.terbukti susu kambing mempunyai banyak khasiat penawar penyakit.sesiapa nak carik
    kami supply susu kambing nubian segar jenama farm fresh boleh call saya no 012-2331147 .kualiti terbaik di pasaran.saya hantar delivery di sekitar KL.nak susu segar pun ada,info lanjut layari http://susukambingkl.blogspot.com/

    ReplyDelete