Pautan

26 May 2014

Perbandingan Medela Freestyle dengan Autumnz Passion

Saya membeli satu lagi pam baru, Autumnz Passion (Passion) disebabkan Medela Freestyle (FS) ada masalah. Tiba-tiba suction FS menjadi kurang. Jadi, saya agak memang ada yang tak kena. Saya bawak pam ke Medela Service Centre untuk diperiksa. Rupanya, motor dah rosak. Inilah puncanya suction makin kurang. Mujur masih ada waranti, jadi dapat pam baru.



Ada komen daripada Puan Hana bertanya tentang perbandingan kedua-dua pam ini di perkongsian ini. Perkongsian ini khas untyk menjawab soalan itu.

1. FS ada rechargeable battery, maksudnya bateri boleh dicaj semula dan guna pam di mana-mana tanpa perlu cari power elektrik. Passion pula ada slot untuk bateri 2×AA.

Sekarang ini, saya perasan ada trend guna Passion dengan power bank. Cuma perlu cari cable adaptor saja. Tentang ketahanan power bank dengan berapa kali pam saya tak pasti berapa lama.

2. Suction FS pendek- pendek tapi kerap. Passion pula suction jenis tarik panjang dan lepas. Saya amik masa dekat seminggu baru dapat serasi dengan perbezaan ini.

Suction Passion lagi kuat banding FS.

3. Passion ada 2 motor jadi boleh pilih-pilih tekan saja menu nak pam sebelah saja atau bergilir-gilir. FS pam yang ada satu motor sahaja.

4. Kekuatan bunyi pula bagi saya dua-dua lebih kurang saja kuatnya bunyi. Bunyi FS kerap, bunyi Passion pula panjang tapi ada sela masa sedikit antara bunyi.

5. Prestasi pam rasanya hampir sama. Dengan Passion saya lagi cepat dapat LDR. Mungkin sebab dengar bunyi air susu tu menitik ke dalam botol, boleh membuatkan rasa lagi gembira. Maka susu lagi mudah terhasil. Hehe..

6. Corong pam FS lagi mudah nak basuh dibandingkan dengan Passion.



7. Passion adalah heavy duty pam. Bagi saya, FS tidak. Kalau tengok manual FS, ada tulis nota kecil FS dianggarkan kegunaan untuk berapa kali sehari untuk berapa minit dalam setahun.

The Freestyle operating life is defined to be approximately three 15 minute sessions per day, for one year.

Selepas saya baca nota ini, barulah saya faham kenapa motor pam saya rosak. Hmm..

Pada mulanya, saya rasa agak menyesal membeli Passion. Tetapi, setelah seminggu saya guna juga, rasa serasi dengan pam. Tak mengecewakan dengan prestasi pam dan hasil yang saya dapat.

Bagi saya, tak rugi beli pam ini kalau dibandingkan dengan harga dan fungsi yang Passion ada. Walau bagaimanapun, prestasinya tetap bergantung kepada keserasian masing-masing.

13 comments:

  1. Thanks for sharing. Tgh berkira2 utk tukar ke Autumnz Passion dari Medela FS. Autumnz Passion ni maksudnya xde rechargeble battery mcm fs kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Amy,

      Ye betul tu. Ada slot untuk letak 2 bateri AA saja. Puan boleh cuba guna powerbank. Ramai yang buat macam tu. Jadi, masih lagi boleh freestyle dengan passion :D

      Delete
  2. Skrg ni saya tgk guna single medela swing.planning nk guna double.ok ket autumn passion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya ok. Berbaloi dengan harga. Puan cari cable adapter USB. Boleh pam guna power bank. Saya dah cuba. Suction ok.

      Delete
  3. Salam.. so if let say sy peg konsert, bole pump guna passion without electric, guna power bank je la kan? Sbb mane nk cari plug kat stadium gelap2 kan.. so berbaloi x passion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Berbaloi. Apapun jangkaan masing-masing jug

      Delete
  4. Alhamdulillah terima kasih kerana menulis


    Masa emergency dalam pantang hari tu saya refer google utk cari pam yg bagus

    Terjumpa blog ni masa google review autumnz passion

    Medela fs masa tu tgh servis almaklim
    Usianya dah 7 tahun


    Saya pun dapati lagi senang let down reflex bila dgn autumnz


    Suka dgn suction dia yg panjanv2 tu


    Alhamdulillah puas hati


    Time kasih sgt sbb menulis


    Ada kerajinan inshaaALLAH saya tukis review kat blog saya laj


    Salam kenal ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Superibu,

      Sama-sama puan.

      Saya tak menyesal beli pam Autumnz ni. Dah recommend pada kenalan yang lain juga. Alhamdulillah, semua kata berbaloi.

      Ada kawan pakai spectra. Dia pun setuju lagi banyak dapat hasil perahan kalau perah guna autumnz passion.

      Delete
  5. Tq dear atas review passion n medela tu. Sy setuju passion memang recommended kan. Yg belum ada passion ada bajet lebih boleh dapatkannya utk mengepam kat ofis. Hihi

    ReplyDelete
  6. Tq dear atas review passion n medela tu. Sy setuju passion memang recommended kan. Yg belum ada passion ada bajet lebih boleh dapatkannya utk mengepam kat ofis. Hihi

    ReplyDelete
  7. Thanks for the review! Really appreciate it. Saya tengah cari breastpump sekarang ni sebelum nak bersalin.

    ReplyDelete