18 March 2014

Perkara Penting Dalam Perjalanan Penyusuan

Perkongsian kali ini berkaitan dengan tajuk yang terakhir tentang penyusuan yang telah saya janjikan. Saya sekadar berkongsi pengalaman apa yang saya sudah harungi dalam perjalanan penyusuan ini. Sekarang sudah hampir 10 bulan. Ada lagi 14 bulan. Moga Allah permudahkan.

Apa yang saya belajar setakat 10 bulan:

1. Setiap orang tak sama. Ada sesetengah ibu, Allah berikan rezki susu meriah sampai tak cukup tempat nak simpan. Ada pula diberi susu yang cukup. Ya, yang penting cukup untuk anak.

Allah Maha Adil. Bersyukur.

Masing-masing ada rezki yang ditetapkan. Kalau sekali pam, dapat 2 oz. Jadi, kena gigih lagi mengepam hingga dapat jumlah yang disasarkan. Ok, ini saya. Pesanan kepada diri sendiri sebenarnya. Kena gagah dan gigih sentiasa.


2. Kosongkan Cik B paling lama setiap 3 jam. Kesilapan yang saya buat ialah kalau Hana menyusu hanya sebelah, saya tak mengepam lagi sebelah.

Salah ni.


3. Kerapkan tandem nursing untuk meningkatkan pengeluaran susu. Semasa dalam pantang hingga Hana dah dekat 4 bulan, saya tak pandai tandem. Kalau saya menyusukan Hana hanya sebelah sahaja, yang sebelah lagi saya tak tandem ataupun sekurang-kurangnya pam selepas Hana selesai menyusu.

Saya tak buat macam tu. Rugi...


4. Bangun mengepam pada waktu malam boleh dapat lagi banyak hasil. Saya dah tau tentang ini, tapi saya asyik gagal nak buat. Hormon yang menggalakkan susu adalah tinggi dalam tempoh jam 12 hingga 6 pagi. Jika dapat mengepam semasa tempoh ini, penghasilan susu lagi banyak.

Saya kena cuba buat. Kadang-kadang berjaya. Selalunya gagal... Cuba lagi.


Menjadi ummi memang kena gigih dan kuat semangat. Niat baik, Allah pasti tolong...




Ini pam Autumnz Passion. Saya beli masa Freestyle ada masalah. Saya bawa Freestyle ke Medela service centre. Rupanya, motor Freestyle rosak. Siap rosak motor, punyalah saya mengepam!

Bagus juga ada 2 pam. Mudah nak gilir-gilir guna. Passion saya guna di rumah. Freestyle pula di pejabat.

2 comments:

  1. Salam.. saya nak tanye feedback comparison freestyle ngn autumz passion. Sy skarang guna swing.. penah guna ameda tp tak brape serasi.. tgh tgk2 double pump

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Hana,

      Saya ada kongsikan perbandingannya. Boleh baca di sinihttp://awankasihkami.blogspot.com/2014/05/perbandingan-medela-freestyle-dengan.html?m=1

      Delete