24 February 2012

Ujian HIV, Talasemia dan Hujan Lebat di Dengkil

Hari ini dah selesai buat ujian saringan HIV dan ujian Talasemia. Alhamdulillah keputusan ujian semuanya ok. Negatif HIV dan juga Talasemia. Bila dah dapat keputusan ini, boleh teruskan dengan prosedur untuk kebenaran nikah yang seterusnya. InsyaAllah..


Sangat mudah nak buat ujian saringan HIV dan Talasemia ni. Kami buat ujian di Klinik Kesihatan Dengkil. Tak ramai orang.. mudah sangat. Sebelum ke klinik untuk buat ujian ni, telefonlah dulu untuk tanyakan samaada perlu buat temujanji atau tidak. Bagi di Klinik Kesihatan Dengkil, mereka minta buat temujanji agar mudah mereka nak mengatur masa. Tidaklah ramai bersesak dalam klinik. 


Saya diberi tarikh hari ini dan jam 2.30 petang. Tapi, saya sampai lewat banyak. Jam 3.30 petang baru sampai depan kaunter. Soalan pertama ditanya oleh petugas kaunter, pukul berapa temujanji. Kenapa datang lewat sangat.. Memang kesalahan saya, jadi saya terima sahajalah pertanyaan tu dengan muka senyum-senyum hehe..


Saya diberi 4 borang untuk diisi. Isi borang dengan kelam kabutnya.. sebab dah sedar.. diri dah lambat kan. Borang ada 4 keping, borang untuk kad pendaftaran, borang saringan HIV, borang kebenaran ujian saringan HIV dan borang saringan kehamilan. Siap isi, pulangkan semula kepada petugas kaunter. Kemudian tunggu nama dipanggil. Tak lama selepas itu, nama dipanggil untuk bayar yuran pendaftaran sebanyak RM1 seorang. 


Selepas itu, tunggu untuk giliran ujian saringan HIV dan Talasemia. En F dipanggil dulu. Pada masa ini, hujan yang turun sejak kami sampai klinik, mula makin lebat. Lama jugak dalam bilik tu. Saya ingatkan sebab prosedur nak ambil darah tu la lama. 


Bila En. F keluar, tibalah giliran saya. Oh.. rupanya.. lama dalam bilik itu sebab pegawai yang buat ujian itu akan terangkan dulu tentang HIV, prosedur saringan HIV dan kesan. Menarik juga. Siap ada lagi soalan dari pegawai itu, untuk menguji kefahaman tentang apa yang dah diterangkan tadi. Bila dah siap terangkan barulah buat prosedur ujian. Pada masa ini, hujan semakin lebat. Kilat sabung menyabung. Sampai black out jadinya. Alhamdulillah, tak lama pun black out. Selepas lampu menyala, barulah darah saya diambil. Memang tak rasa sakit. Cubit lagi sakit rasanya.. hehehe. 


Sampel darah dimasukkan dalam botol kecik. Botol ni kena dibawa ke makmal darah di bangunan sebelah. Cabaran jugak nak bawak botol tu ke makmal. Masa tu hujan memang sangat lebat. Kilat pun ada. Saya redah juga hujan (dengan berpayung). Kat makmal, sampel darah diambil dan diuji dalam mesin khas. Tak sampai 2 minit, dan dapat slip keputusan.


Slip keputusan ujian dikembalikan kepada pegawai tadi. Kami berdua dipanggil masuk dan keputusan dimaklumkan. Rupanya, baru saya tahu. Sampel darah yang saya hantar ke makmal tu adalah untuk ujian Talasemia. Yang ujian HIV dibuat oleh pegawai tadi.


Mudah dan cepat buat ujian saringan HIV dan Talasemia di Klinik Kesihatan Dengkil. Layanan sangat baik! Dengarnya, kalau di Klinik Kesihatan Putrajaya sangat ramai orang dan lama. Tapi, saya tak pasti berapa lama tu..


Selepas semuanya selesai.. kami pusing-pusing Putrajaya..  Kemudian, singgah semula di KFC Dengkil.. hehe. Makan dulu.. lapar lak..


  



3 comments:

  1. Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau prosedur untuk kebenaran nikah, kena dapatkan cop dan pengesahan daripada klinik. Keputusan daripada test kit tak boleh digunakan.

      Delete
  2. Assalamualaikum, terima kasih ats sharing kak..saya nk tnya untuk prosedur kebenaran nikah, borang untuk ujian talasemia perlu ambil di klinik juga ke? Terima kasih.

    ReplyDelete