Cepat masa bergerak. Hana sudah pun 2 tahun. Secara tepatnya, Hana sudah pun 2 tahun 1 bulan 20 hari.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Perjalanan menyusukan Hana berjaya sehingga umurnya 2 tahun. Saya katakan ini bukan bermaksud saya berbangga. Hanya sekadar coretan syukur sebagai kenangan saya. Mungkin juga, perkongsian ini boleh memberikan saya semangat untuk perjalanan penyusuan anak seterusnya. InsyaAllah, jika ada rezeki daripada Allah.
Perjalanan ini bukannya mudah. Memang daripada awal, semua orang katakan perkara yang sama. BF boleh dibuat tetapi bukan mudah. Sangat betul. Kepayahan itu mungkin berbeza mengikut individu. Payah itu mungkin juga ujian Allah untuk menguji tahap kita jua.
Akhirnya, pada 30 April 2015, adalah hari terakhir saya membawa gajet mengepam ke pejabat. Ada gambar kenangan set gajet ini saya rakamkan. Inilah barang yang saya gendong di pejabat setiap hari. Memang berat beg yang digendong. Beg disangkut di bahu kiri dan kanan. Setiap hari saya akan bawa 3 buah beg ke pejabat. Beg tangan, beg laptop dan beg susu.
Dengar BF untuk 2 tahun rasa macam sangat lama. Tapi, saya rasa macam cepat juga. Membilang hari setiap hari. Tengok-tengok Hana sudah pun 6 bulan, kemudian 1 tahun. Sedar tak sedar dah pun 2 tahun.
Pengalaman saya sepanjang perjalanan penyusuan ini.
1. Banyak cabaran hebat untuk BF. Cekal, tabah mesti ada. Biar apa yang orang kata, janji kita buat apa yang betul Allah suruh.
2. Banyakkan membaca untuk dapatkan tips, semangat baru ataupun idea baru. Mungkin ada cara yang kita amalkan itu salah. Jadi, dengan membaca pengalaman orang lain, kita boleh memperbaiki diri.
3. Berusahalah sehabis baik. Saya pun pernah merasa sangat kecewa. Pernah juga putus asa. Sekali pam hanya dapat 2 oz. Bagaimana hendak mencukupkan bekalan susu sehari 16 oz? Saya tambah kekerapan mengepam. Bangun jam 2 pagi. Bila pam, dapat 1 oz sahaja. Tertekan hanya Allah saja yang tahu. Tapi, saya degil. Tetap nak teruskan walaupun saya sedar penghasilan susu saya tidak cukup untuk Hana.
Banyak silap saya agaknya sebab itu rezki susu saya kurang. Saya cuba bertahan dengan apa yang ada.
4. Guna pam yang sesuai. Bila banding Medela dengan Autumnz Passion saya rasa saya lebih sesuai dengan Passion. Penghasilan susu pun dapat lebih berbanding menggunakan Medela. Walaupun begitu, saya bawak Medela untuk digunakan di pejabat disebabkan kelebihan bateri yang boleh dicaj semula.
Perkongsian ini bukan dengan niat mengatakan ibu yang BF lebih baik daripada ibu yang memberikan bayi FM. Bagi saya, Allah beri saya rezki susu, saya cuba berikan hak itu pada Hana semampu yang boleh.
Showing posts with label Hana. Show all posts
Showing posts with label Hana. Show all posts
14 July 2015
04 January 2015
Resepi Muffin Coklat Tanpa Telur, Tanpa Gula
Hasil carian di Google, saya jumpa resepi muffin coklat tanpa telur. Muffin ini nak bagi Hana makan juga. Saya cuba olah tukar gula dengan madu sebab Hana belum lagi makan gula. Hasil percubaan pertama, menjadi resepi ini. Ada lagi yang perlu diperbaiki sebab ada bahan yang terlupa pula nak masukkan pada percubaan kali pertama.

Resepi Muffin Coklat Tanpa Telur, Tanpa Gula
Bahan A
3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu serbuk koko
1/2 cawan gula -saya ganti dengan madu, kurangkan 1/4 daripada sukatan asal gula
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam - saya tak masukkan
Bahan B
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk -saya kurangkan 1/4 daripada sukatan asal gula
1 sudu teh esen vanila -saya tak masukkan
1 sudu teh jus limau
Cara
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 190° C dalam 20 minit.
2. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat. Masukkan gula dan garam. Kacau. Kalau guna madu, tak perlu masukkan lagi.
3. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan B. Jika guna madu, masukkan madu dalam adunan ini. Kacau sebati.
4. Masukkan adunan bahan A ke dalam bekas adunan bahan B. Gaul sekadar sebatikan adunan.
5. Masukkan jus limau.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin.
7. Bakar dalam masa 30 minit.
Nota:
1. Saya kurangkan suhu kepada 175°C sebab guna madu.
2. Bakar dengan suhu 175°C selama 5 minit, kemudian kurangkan suhu kepada 160°C untuk 25 minit seterusnya.
Rujukan:
1. Resepi asal
2. Tips buat muffin sedap
3. Tips ganti gula dengan madu

12 November 2014
Bercuti Selama Dua Bulan
Susulan daripada Hana diserang pneumonia semasa balik kampung cuti Aidil Adha yang lepas, kami berdua memang sentiasa risau dengan risiko Hana kena jangkitan pneumonia itu lagi. Dr. kata dalam masa 3 bulan, Hana masih dalam risiko yang tinggi untuk kena semula jangkitan. Hana masih dalam proses pemulihan. Saya bayangkan paru-paru Hana masih berparut. Kalau kena gigit nyamuk pun ambil masa nak hilang parutnya,inikan pula organ badan yang kena jangkitan kuman. Dr. yang merawat Hana di KPJ Penang kata hampir 30% peparu Hana kena jangkitan kuman. Alhamdulillah, rawatan kat sana cepat memulihkan Hana.
Kami berfikir-fikir bagaimana Hana nanti. Masih ke rumah pengasuh atau tidak. Saya tak yakin nak menghantar Hana ke sana dengan keadaan Hana yang baru nak pulih. Pilihan paling cepat saya fikirkan adalah mengambil cuti tanpa gaji. Saya memang sanggup, apapun kewangan perlu diatur sebaik mungkin. Dalam hati saya berdoa, moga Allah permudahkan jalan yang terbaik untuk kami pilih. Tiba-tiba, Allah lorongkan saya untuk bertanya khabar dengan seorang kawan bertaraf kakak. Saya bercerita tentang keadaan Hana. Rupanya, anak kawan saya pun pernah kena pneumonia dan dia mohon cuti separuh gaji selama sebulan untuk menjaga anaknya. Oh, baru saya tau rupanya boleh mohon cuti separuh gaji.
Sehari selepas kembali ke Putrajaya, kami ke KPJ Kajang untuk rawatan susulan Hana. Saya minta Dr. Mahani buatkan surat. Dr. Mahani memang sangat baik dan memahami. Permohonan cuti separuh gaji saya selama dua bulan. Alhamdulillah diluluskan juga dengan dua bulan bermula 3 November 2014.
Sekejap saja sudah seminggu lebih bercuti. Tak lama nanti, cukup pula sebulan. Lepas itu, genap pula dua bulan. Tahun depan, insyaAllah Hana akan ke taska. Saya berdebar bagaimana pula nanti Hana hendak masuk ke taska. Moga Hana suka dapat main dengan ramai kawan-kawan.
Dua bulan ini bonuslah untuk ummi dapat jaga Hana elok-elok agar cukup kuat ke taska nanti.
Berat Hana pun dah naik. Sekarang sudah bam-bam semula.

24 October 2014
Stroller Combi Spazio Untuk Dijual
Saya nak jual stroller Combi Spazio. Keadaan hampir macam baru. Kami gunakan stroller ini tak sampai 10 kali.
Combi Spazio memang best tapi kami nak jual sebab Hana lagi suka duduk dalam SSC. Jadi, sudah lama tak pakai stroller.
Kelebihan Combi Spazio:
1) Sesuai digunakan daripada newborn
2) Ruang tempat duduk luas
3) Kusyen yang tebal dan lembut
3) Ringan
4) Hampir full recline, boleh baringkan kusyen
5) Rear and forward facing, boleh tukar menghadap depan atau belakang
6) Kanopi yang besar
Harga : RM800.00
Cash on delivery - Putrajaya/Bangi

Kepada yang berminat, sila tinggalkan no untuk dihubungi atau emel di ruangan komen.
Terima kasih :)

22 October 2014
Ummi Sakit, Hana Kena Pneumonia dan Hadiah Hari Lahir Babah
Ini kisah percutian kami yang panjang. Banyak pengalaman pertama dalam kisah kali ini.
4 Oktober 2014 (Sabtu)
Kami bertolak balik ke kampung sempena Aidil Adha. Kali pertama balik kampung sehari sebelum raya. Seperti yang dijangka, kesesakan sepanjang jalan. 9 jam perjalanan baru sampai ke rumah Mak, dalam jam 7.45 malam. Pertama kali juga, Hana balik beraya Aidil Adha. Tahun lepas kami tak balik. Memang penat. Hana dah start batuk bila sampai di rumah Mak. Nampak macam batuk biasa.
5 Oktober 2014 (Ahad)
Hari raya Aidil Adha. Saya mula rasa kurang sihat, badan rasa banyak angin. Mungkin sebab saya makan ketupat 3 biji. Saya cuba kurangkan angin dan pening dengan minum air limau. Rasa sedikit berkurangan peningnya. Malam raya pertama, saya makan nasi putih berlaukkan kurma kambing. Mak ada tegur, bolehkah makan sebab saya ada sejarah sakit perut teruk kalau makan daging. Saya makan sedikit saja sebab lemak banyak sangat dalam kurma kambing.
6 Oktober 2014 (Isnin)
Badan rasa tak berapa selesa sebab asyik makan lambat. Hana pula asyik merengek, tak boleh berenggang langsung. Hendak makan pun agak kelam kabut sebab dia sentiasa hendak mengempeng.
7 Oktober 2014 (Selasa)
Sepanjang malam Hana merengek. Gaya macam tak puas menyusu. Saya pun susah nak menelah puncanya sebab dia selalu begini kalau balik kampung. Entah sebab bertukar tempat.
Dalam jam 3 pagi, perut saya rasa memulas, senak semacam. Saya tahankan lagi sebab Hana tengah menyusu. Selesai menyusu Hana terus tidur, saya rasa nak muntah. Selamat muntahkan semua isi yang saya makan malam tadi. Kemudian, sambung pula dengan cirit birit.
Sepanjang hari begitu, rasa tak bermaya. Tambahan pula Hana hendak mengempeng sepanjang masa. Mungkin Hana pun rasa tidak selesa badan.
Akhirnya, saya ke klinik juga pada lewat petang. Dr. berikan air garam dan antibiotik. Saya minum air garam sahaja. Badan rasa sedikit lega.
8 Oktober 2014 (Rabu)
Bangun pagi, perut rasa kejang. Badan tak boleh nak tegak semasa berjalan. Cirit birit dan muntah sudah berhenti. Pagi itu, kami ke klinik homeopathi Kulim. Saya dapat ubat untuk redakan asid dalam perut.

Alhamdulillah, perut rasa semakin selesa selepas makan ubat.
9 Oktober 2014 (Khamis)
Hana demam. Suhu tak tinggi sangat. Saya cuba jerlum. Nampak semakin berkurang. Batuk ada juga macam makin berkahak. Kami tak bagi apa-apa ubat. Selalu Hana batuk memang saya tak bagi apa-apa ubat. Saya akan buat steaming dan percussion. Kali ini, saya tak buat apa-apa. Kat kampung kan. Kat rumah sendiri, saya steaming guna periuk nasi. Hmm..
10 Oktober 2014 (Jumaat)
Demam Hana dah kebah. Kami pergi melawat sepupu yang sakit tenat. Malam itu, Hana nampak ceria dan dah nak bermain-main, bergurau.
11 Oktober 2014 (Sabtu)
Bangun pagi, Hana demam lagi. Tinggi juga suhunya sampai 39. Saya cuba jerlum, turun sedikit ke 37 tetapi lepas sejam naik semula 38.

Hana pun nampak sangat lemah. Lain demamnya kali ini. Saya periksa suhunya 38.8. Dalam tengah hari kami keluar ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Kamachi. Nurse periksa suhunya, 39.7. Memang tinggi.
Dr. periksa Hana dan minta kami rujuk Hana ke hospital. Dr. takut Hana kena bronkiotis. Kami buat keputusan untuk bawa Hana ke Hospital KPJ Pulau Pinang.
Sepanjang perjalanan ke Hospital KPJ Pulau Pinang, saya sentiasa kejutkan Hana daripada tertidur. Risau sangat bila nampak dia diam dan pejamkan mata. Nampak Hana lemah sangat.
Perjalanan ke KPJ lancar. Kami terus ke kecemasan. Dalam masa 5 minit selepas sampai ke kaunter, Hana terus diperiksa. Suhu Hana 39.4. Dr. risau kalau-kalau Hana kena pneumonia. Hana terus di beri ubat buntut untuk kurangkan demam. Kemudian, diambil sampel darah. Tak lama lepas itu, Hana melalui prosedur X-Ray dada.
Selesai prosedur X-Ray, Hana terus dimasukkan ke wad dalam jam 4 petang. Nampak tak bermaya sungguh Hana.

Pakar Pediatrik yang bertugas ialah Dr. Nasser. Katanya Hana kena sedikit jangkitan kuman di paru-paru.
Hana tidur nyenyak selepas masuk ke wad dan sepanjang malam. Sesekali terjaga untuk menyusu.
12 Oktober 2014 (Ahad)
Jam 5 pagi, Hana bangun dan nampak lebih segar. Hana diberi ubat cair kahak dan ubat untuk paru-paru serta kena drip antibiotik terus ke salur darah di tangan comelnya.

13 Oktober 2014 (Isnin)
Kami bermalam di KPJ. Rutin harian seperti biasa. Jam 9 pagi hari Isnin, Dr. Zaidi, Pediatrik tetap di KPJ masuk kerja dan datang memeriksa Hana. Dr. sahkan Hana kena pneumonia. Saya tanya berapa peratus paru-paru yang kena jangkitan kuman. Katanya 30 peratus di paru-paru kanan dan kena di bahagian atas ke bawah peparu.
Saya cuba google kaedah alami untuk mempercepatkan pemulihan Hana. Hasil yang saya jumpa ialah elok makan makanan yang banyak vitamin C. Sepanjang di wad, saya banyak makan buah jambu batu. Hana pun saya bagi juga. Kami minum VCO juga. Harap cepat boleh lawan bakteria di dalam badan hana tu.

14 Oktober 2014 (Selasa)
Hari Selasa, Dr. Zaidi periksa keadaan Hana,, katanya peparu Hana sudah ok. Dia minta buat prosedur X-Ray dada. Sekali lagi, Hana kena X-Ray. Petang jam 4, Dr. Zaidi datang lagi dengan berita gembira. Hana dah ok. Jadi, sudah boleh keluar hospital. Yeay!

Malam hari Selasa, dalam lingkungan jam 8.30 malam, kami bertolak balik rumah mak. Selesai sudah pakej 4 hari 3 malam 'bercuti' di hospital.
Jika disiasat kenapa Hana boleh kena pneumonia. Mungkin sebab Hana duduk lama sangat dalam air cond kereta selama 9 jam perjalanan balik kampung beraya pada hari Sabtu. Sesampai saja kampung, Hana dah mula batuk. Mungkin juga faktor saya cirit-birit, Hana tak dapat susu yang berzat sebab saya pun tak boleh nak makan apa-apa. Badan Hana tak cukup zat nak melawan bakteria. Faktor yang terakhir, mungkin keadaan jerebu di kampung yang agak teruk. Apa yang pasti, kejadian ini datang dengan besar hikmahNya.
Selepas ini, Hana perlu dipantau lebih rapi jika batuk. Sangat risau serangan pneumonia akan berulang. Dr. kata 2-3 bulan ini, Hana masih dalam risiko yang tinggi untuk dijangkiti semula.

Minta dijauhkanlah....
Bila dikira-kira, hampir 2 minggu kami di kampung. Selepas kejadian ini, banyak perkara perlu difikirkan demi kesihatan Hana. Keputusan penting sudah dibuat. Moga Allah permudahkan yang terbaik.
Buat pertama kali, saya sakit selepas bersalin. Pertama kali juga, Hana demam dengan suhu yang tinggi sangat dan rupanya bukan hanya demam biasa. Pertama kali, Hana terus masuk ke wad.
Dan..
Pertama kali juga, Babah menyambut hari lahir di hospital serta mendapat hadiah yang bermakna berupa pengalaman mendewasakan kita yang akan membesar menjadi ibu bapa yang baik.
Selamat hari lahir Babah.. pada 11 Oktober 2014.

18 June 2014
Puteri Beta
Dua hari ini saya melekat dengan lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal. Versi saya jadi Puteri Beta lah ya.. :)
Mendalam liriknya. Ya, begitulah yang saya rasa..
Ngeri tak terbayang mata
Bonda tak sentiasa ada
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu sentiasa
Sungguh. Lirik memang jujur daripada hati seorang ibu.
Saya sendiri selalu memikirkan bagaimanalah Hana jika Allah menjemput saya pergi dahulu sebelum Hana kenal erti dunia. Walaupun, saya sendiri tak pasti saya boleh mendidik Hana sesempurna mana, tapi saya tak sanggup nak pergi dahulu sebelum saya lihat Hana membesar dengan didikan yang baik. Sebaik yang saya mampu.
Bila teringatkan itu, secara automatik mata mesti berair. Hati jadi sesak.
Sebak. Nangis.
Bila difikir-fikirkan semula, sebenarnya Allah yang menjaga Hana. Saya hanya pemegang amanah mendidik Hana.
Walau bagaimanapun, saya selalu berdoa Allah panjangkan umur saya dan suami. Murahkan rezki kami. Bimbinglah kami, berilah kami petunjuk hidayah agar dapat mendidik Hana sebaiknya menjadi hamba yang solehah dan beriman. Lindungilah kami daripada sebarang bahaya dan gangguan syaitan, jin dan hasad dengki manusia.
Jika suatu hari, Hana baca coretan ini.

Hana Nur Widad,
Ummi sayang Hana. Jadilah anak yang solehah agar dapat mendoakan Ummi bila Ummi dah tiada.
**Hidup hanya sementara....

14 June 2014
Cukupkanlah Susuku Untuk Hana
"Cukupkanlah Susuku Untuk Hana.."
Itulah doa saya setiap hari. Saya tak minta susu yang banyak, sekadar cukup untuk keperluan Hana. Sudah dekat sebulan, saya sudah tidak dapat membuat stok EBM beku. Stok EBM beku sedia ada pun dah habis. Sejak itu, saya hanya bekalkan Hana dengan EBM segar setiap hari. Hasil perahan hari ini untuk bekalan esoknya.
Alhamdulillah, Hana masih dapat EBF. Saya belum perkenalkan semi/solid food lagi pada Hana.

Tunggulah dulu...
Namun, jalan perjuangan tidak sentiasa lurus. Pasti ada likunya.
Minggu ini, minggu yang agak sukar bagi saya. Sehinggakan rasa dah hampir putus asa dan nak mengalah. Pada hari Selasa yang lepas, saya betul-betul kehabisan stok susu Hana. Setiap hari, saya perlu bekalkan 5 botol susu dengan jumlah semuanya 17oz. Hasil perahan setiap hari di pejabat pula, kebiasaannya purata dalam 10oz. Jadi, saya perlu dapatkan lagi 7oz di rumah. Bunyinya macam sedikit tapi sukar juga bagi saya untuk dapatkan sebanyak itu. Saya cuba dapatkan 7oz tersebut dengan mengepam sebelum tidur dan di awal pagi esoknya, jam 5 pagi. Itu pun kadang-kadang belum cukup pun dapat 7oz. Selalunya, hasil perahan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan dapat menampung kekurangan ini.
Tetapi, hendak dijadikan cerita, hasil perahan hari Jumaat hingga Ahad pada minggu lepas agak berkurangan. Saya pun tak tahu mengapa. Keadaan menjadi lebih meruncing apabila saya terbangun lambat pada pagi hari Selasa sedangkan malam tadi sudah tidur awal. Tak sempat pam! Stok betul-betul dah habis.
Kecewa sangat saya rasa! Sedih!!
Hari Selasa itu saya masih ke pejabat seperti biasa. Petang lepas kerja pergi ambil Hana. Nampak Hana lemah sedikit. Macam nak demam. Malam Selasa, Hana sudah mula demam. Jadi, hari Rabu saya dapatkan MC. Mujur boleh. Cuti dah tinggal sedikit. Huhu.

Hari Khamis, saya terpaksa bawa Hana ke pejabat sebab saya tengok Hana masih tak sihat. Tak sampai hati nak hantar ke pengasuh. Saya perasan ada bintik-bintik pada bum Hana. Dok ingatkan sebab lambat tukar CD.
Di pejabat, kawan saya tegur ada bintik-bintik di kaki. Demam campak ni katanya. Oh betul lah.. Hana kena demam campak sebab bila petang dah nampak makin banyak bintik di muka. Sah!
Hari Jumaat saya EL. Tak dapat MC dah. Huhu.

Hana kena demam campak, saya dapat/kena cuti. Jadi, saya tak perlu sediakan stok bekalan susu ke pengasuh. Inilah hikmahNya Allah aturkan Hana kena demam campak pada minggu ini. Saya ada masa nak cukupkan stok susu Hana. Isnin depan jika Hana dah betul-betul sihat, baru lah Hana ke pengasuh.
Alhamdulillah. Allah berikan jawapan kepada doa saya. Cukupkanlah susu saya untuk Hana. Moga hingga ke 2 tahun.

Lagi 1 tahun.
InsyaAllah. Amin.
InsyaAllah. Amin.
31 May 2014
Hana Nur Widad Sudah Setahun
Alhamdulillah, 25 Mei 2014 yang lalu Hana sudah pun setahun umurnya. Dalam tahun Hijrah, Hana cukup setahun pada 15 Rejab 1435H bersamaan 15 Mei 2014. Cepat masa bergerak. Walaupun dah setahun, saya masih rasa Hana baby lagi. Huhu...
Mengenang setahun yang lepas, banyak yang mematangkan kami berdua sebagai ummi dan babahnya. Alhamdulillah. Ummi yang sebelum ada anak, memang tak pandai pegang baby kecil yang baru lahir. Takut. Nampak fragile sangat.
Bila sampai saja Hana, semua jadi berani. Pada hari kelapan (setelah mak balik kampung), saya yang memandikan Hana dalam besen kecil yang diletakkan dalam sinki di dapur. Terkial-kial juga. Babah lagilah tak berani pegang. Tak tahu macam mana nak dukung. Risau takut Hana sakit.
3 bulan pertama semasa cuti bersalin adalah momen yang bermakna sebab saya bersama Hana 24 jam.
Sekarang.. tak lagi.. *sedih..
3 bulan pertama, dapat tengok senyuman Hana yang pertama semasa umur 28 hari. Dapat tengok juga cubaan nak meniarap. Kemudian, berguling, mengengsot dan sekarang merangkak, berdiri. InsyaAllah tak lama nanti Hana boleh berjalan.
Setakat setahun pertama, Hana dah bertukar 4 pengasuh dan 2 taska. Pengasuh yang pertama memang yang terbaik. Tiada galang gantinya buat setakat ini. Rezki Hana dijaga pengasuh pertama hanya hingga umur Hana 8 bulan.
Kadang-kadang bila teringat hari terakhir berjumpa kak pengasuh yang pertama tu, saya masih boleh bergenang air mata. 5 bulan ummi berulang alik hantar Hana ke Presint 9. Jauh juga, tapi demi Hana bahagia, semuanya boleh.
Sekarang Hana dah pandai merajuk kalau ummi tak sempat nak melayan Hana. Walaupun Hana dah setahun, saya masih belum cekap lagi nak menguruskan rutin harian. Banyak lagi yang kurang. Saya masih berusaha untuk sempurnakan semuanya.
Alhamdulillah, Hana masih full BF. Belum lagi diberi makanan. Minggu ini agak mencabar bagi saya sebab stok frozen EBM dah habis. Setiap hari, terpaksa bergantung kepada stok perahan harian sahaja. Hasil perahan di pejabat dalam 10oz sahaja tetapi demand Hana 17.5oz. Lagi 7.5oz kena dapatkan di rumah. Setakat ini belum berjaya. Ya Allah. Kuatkan semangat diriku. Hukhuk.
Sedikit demi sedikit kami belajar. Pengalaman dari hari ke sehari.
Menjadi ibu bapa suatu perjalanan. Laluan yang saya pilih memang tak sama dengan pilihan orang lain. Saya tak memilih pilihan seperti mereka bukan sebab itu tidak baik cuma saya percaya apa yang saya buat untuk Hana adalah yang terbaik, yang boleh saya usahakan.
Selamat Hari Lahir Hana Nur Widad.
Jadilah anak yang solehah, beriman, kesayangan ummi dan babah dunia akhirat.
Amin.

:)
19 May 2014
Mother's Instinct atau Naluri Ibu
Hari ini terbukti naluri ibu itu sangat hebat.
Ada sesuatu yang saya meneka selama ini, rupanya betul. Setelah 'risikan' dibuat, terbukti tekaan saya benar. Alhamdulillah, Allah melorongkan hati saya untuk membuat risikan.
Lama juga terdetik hendak bertanya, tapi saya masih berharap sangkaan saya itu salah. Maka saya menangguhkan untuk menyiasat.
Syukur, perkara sebenar sudah diketahui.
Peliharalah Hana daripada sebarang gangguan syaitan, manusia dan segalanya...!
Amin.
Ada sesuatu yang saya meneka selama ini, rupanya betul. Setelah 'risikan' dibuat, terbukti tekaan saya benar. Alhamdulillah, Allah melorongkan hati saya untuk membuat risikan.
Sumber: Google
Lama juga terdetik hendak bertanya, tapi saya masih berharap sangkaan saya itu salah. Maka saya menangguhkan untuk menyiasat.
Syukur, perkara sebenar sudah diketahui.
Peliharalah Hana daripada sebarang gangguan syaitan, manusia dan segalanya...!
Amin.
20 April 2014
Hana Demam!
Di pagi Jumaat yang hening, tengah dok nyenyak tidur, saya terjaga bila Hana macam merengek-rengek. Tengah BF pun Hana macam resah gelisah lagi. Badan Hana macam panas semacam!
Terus kejutkan suami cari termometer. 38.4 suhunya! Tinggi jugak. Doktor kena on call pagi ni. Saya minta suami buatkan air jerlum, bubuh dalam besen dan bawak asam jawa. Bukakan baju, tinggal CD saja, kemudian terus jerlum Hana. Nampak ok sedikit, Hana dah boleh sambung tidur. Agaknya badan rasa selesa sedikit selepas dijerlum.
Hari Jumaat ummi EL la sebab kena jadi doktor kan. Suhu tinggi lagi dalam 38 juga awal pagi tu. Saya teruskan dengan menjerlum. Kali ini saya guna daun bunga raya pula. Mujur di belakang rumah ada pokok bunga raya. Memang berguna sangat daun ni. Daun ni saya ramas-ramas dalam air, kemudian air ramasan tu saya sapu di kepala dan bahagian badan Hana.

Kain yang dibasahkan dengan air ramasan daun saya letakkan di kepala Hana. Ini nak memastikan suhu di kepala turun. Risau ja kalau suhu semakin naik atau tak turun langsung.

Saya buat juga minyak bawang putih. Ini dah macam kemestian setiap kali Hana kurang sihat.
Cara nak buat minyak bawang putih.
1. Bakar bawang putih bersekali dengan kulit. Bakar sampai ada sedikit kehitaman di kulit bawang.

Saya guna dua ulas bawang putih.
2. Buang kulit bawang putih. Letakkan dalam bekas seperti piring. Masukkan minyak kelapa dara. Nak guna minyak zaitun pun boleh. Sebaiknya minyak yang semulajadi bukan minyak yang ada campuran sebarang bahan kimia.

4. Lenyek bawang putih guna garfu. Selalunya saya lenyek dengan garfu, kemudian saya sambung ramas dengan jari pula biar hancur betul. Teori saya, lagi hancur bawang putih tu lagi power minyak ini sebab bahan dalam bawang putih dapat keluar sehabis mungkin untuk sebati dengan minyak.

5. Saya sapu minyak bawang putih ke tapak kaki, bahagian dada, belakang badan, belakang telinga, ubun-ubun, dahi dan hidung Hana. Saya sapu agak-agak sesuai. Kaki Hana saya pakaikan stokin.

Seharian hari Jumaat tu saya asyik lap atau basahkan badan Hana dengan air daun bunga raya. Baju memang saya tak pakaikan langsung. Mandi pula sekali saja dalam jam 4 petang.
Satu lagi saya kerapkan breastfeeding.
Malam tu Hana tidur awal. Saya sapu juga minyak bawang putih ke serata badan terutamanya di dada dan belakang badan.
Alhamdulillah, bangun tidur pagi Sabtu Hana dah kebah demam.

Penawar alami ini hanya rawatan awal. Kalau demam berlarutan lebih dari 3 hari, wajib membawa bayi ke klinik untuk rawatan selanjutnya.

10 February 2014
Pengasuh, Taska dan Ceritanya
Seperti yang saya jangkakan, agak sukar mencari pengasuh baru Hana. Rasanya hampir 20 orang pengasuh saya cuba telefon. Kebanyakannya, tidak mahu mengasuh bayi. Telefon dan telefon, akhirnya ada 3 orang pengasuh berminat menjaga bayi. Seorang pengasuh Kak L, Kak I dan Kak Z. Saya berjumpa dengan Kak L, Kak L nampak ok. Memang nak sangat menjaga bayi, tapi hati saya belum terbuka penuh. Ada sesuatu yang kurang.
Esoknya, saya bercadang nak berjumpa Kak Z dan Kak I. Kami berjumpa dengan Kak Z dulu. Saya ceritakan tentang Hana, tak tidur buai dan sekarang kadang-kadang menangis juga. Tidaklah tahap meraung atau melalak. Kak Z setuju menjaga Hana. Memandangkan dah lewat pada masa tu, dah dekat Maghrib. Tak sempat nak berjumpa dengan Kak I. Akhirnya, kami batalkan berjumpa dengan Kak I, lagipun dah dapat Kak Z sebagai pengasuh. Lagi mudah sebab rumah Kak Z berdekatan dengan pejabat suami.
Memang tak sangka. Selepas Maghrib, saya dapat Whatsapp daripada Kak Z, dia tak jadi menjaga Hana sebab Hana tak tidur buai. Dia takut tak sempat nak tidurkan Hana di tilam. Saya katakan boleh je tidurkan Hana di buai. Tapi, tak jalan. Kak Z tetap menolak.
Ok. Kecewa. Esoknya ummi dan babah EL.
Kami mencari pengasuh yang lain. Nak cuba tanya pada Kak I jadi segan pula. Semalam kan dah cakap tak jadi. Teruslah mencari yang lain. Tanya punya tanya, dapat seorang calon pengasuh, Kak A.
Kami pergi berjumpa dengan Kak A. Kak A nampak sabar dan hanya mengasuh 2 orang budak. Kak A bersetuju menjaga Hana. Kami pun ok.
Esoknya, hari Selasa, Hana ke rumah Kak A. Saya telefon Kak A pada pagi tu, bagaimana keadaan Hana. Kak A kata ok. Baik je main. Leganya saya. Syukur. Petang tu, dalam kul 2 petang saya telefon lagi. Kak A kata ok.
Saya lega. Senang hati pergi bersolat.
Balik daripada solat, ada 15 misscalled daripada Kak A. Bila saya telefon Kak A, jelas dengar Hana menangis kuat. Oh Hana! Bergegas saya ke rumah Kak A. Bila saya sampai, Hana dah tidur. Kesian Hana ummi. Saya kejutkan Hana daripada tidur, terus Hana sambung menangis lagi. Pujuk, pujuk.. baru Hana ok. Petang tu saya ambil Hana awal. Kak A pun nampak ok.
Petang tu dalam jam 6 lebih, Kak A sms bagitau tak dapat nak terus jaga Hana. Saya pujuk, dia kata ok boleh teruskan jaga Hana. Tapi sekerat hari je. Jam 10 malam, dapat pula sms kata tak jadi pula nak jaga. Saya pasrah, jadi malas dah nak memujuk.
2 hari lepas tu saya ambil cuti rehat. Puas la main dengan Hana di rumah. Berfikir-fikir nak cuba hantar Hana ke taska. Akhirnya, kami buat keputusan nak cuba hantar Hana ke taska berdekatan pejabat suami.
Selepas cuti panjang CNY, Hana ke taska. Dengan harapan Hana ok di sana. Sedih kisah di taska. Saya cuba 2 hari, tapi saya tak cukup tabah nak teruskan Hana ke sana.
Hari pertama, saya jenguk semasa waktu rehat tengah hari. Hana menangis sedu sedan. Pagi tu, tak tidur pun lagi. Saya dapat izin untuk masuk bilik baby yang Hana masuk untuk menyusu dan tidurkan Hana. Hampir sejam dalam bilik tu, macam-macam saya nampak. Hati dah rasa tak senang.
Lepas kerja, saya pergi menjemput Hana. Hana menangis juga. Entah seharian Hana menangis.
Hari kedua, saya hantar lagi. Tengah hari saya datang jenguk Hana. Hana menangis sedu sedan juga. Bila saya dah dukung Hana, terus Hana diam.
Sedih. Pedih hati ummi. Rasa hancur hati. Menangis saya.
Bersalah sangat. Kenapa saya hantar Hana ke taska. Macam tersiksa ja Hana kat sini.
Suami datang, melihat babak menangis. Saya pula tak sanggup nak 'pulangkan' Hana ke taska selepas rehat tengah hari. Dapat rasa Hana tak gembira di sana. Bila saya check CD Hana, dah kering dah tah*. Entah berapa lama dibiarkan ni. Kami buat keputusan, berhentikan Hana daripada taska. Kena cari pengasuh juga.
Ok. Ummi mencari lagi. Telefon sana-sini, smeua dah penuh. Pusing-pusing, kami singgah ke rumah pengasuh lama. Suka sangat la Kak Ma nampak Hana sampai. Bincang-bincang dengan Kak Ma, Kak Ma cadangkan hubungi semula Kak I. Kak I ok, dah biasa menjaga baby. Saya telefon Kak I, Kak I paham kenapa kami tak jadi hantar Hana ke Kak I sebelum ni.
Alhamdulillah, selepas berbincang dengan Kak I, semuanya ok. Kak I boleh terima Hana. Hana mula ke rumah Kak I bermula hari Khamis lepas. Hari ini hari ketiga, setakat ini semuanya baik. Moga berpanjanganlah keadaan ini. Cepat serasi Hana di sana.
Saya rasa lega. Ikutkan hati saya nak berhenti kerja. Dapat menjaga Hana sepenuh masa. Keadaan belum mengizinkan. Moga Allah permudahkan harapan saya.
Tentang taska tu, saya sangat kecewa. Saya dah mengadu semuanya pada pemilik taska. Apa yang jadi pada Hana. Apa yang saya nampak. Pada hari kedua, Hana menangis, entah-entah dibiarkan, tiada siapa yang memujuk. Ber*k tak dibasuh. Susu yang saya bekalkan baru susut 2 botol. Sedangkan masa saya sampai sudah pun dekat jam 1 petang. Apa yang cikgu ni buat? Paling rasa terbakar, semasa menunggu cikgu ambilkan beg baju dan box susu Hana, saya nampak seorang cikgu bilik Hana masuk sambil mendukung seorang baby. Nampak ketara pilih kasih!
Sakit hati!
Kalau ikutkan hati yang geram, mau saja saya 'basuh' cikgu-cikgu tu. Tapi, takpe lah. Saya dah mengadu pada pemilik taska. Biarlah pemilik taska yang sekolahkan mereka.
Sekiranya ada cikgu taska atau pemilik taska yang membaca perkongsian ini, saya cadangkan:
1. Ikhlaslah dalam bekerja. Kerja di taska bukan menjaga keperluan fizikal budak sahaja. Emosi budak pun mesti kena jaga. Yang dijaga tu manusia bukan benda atau barang.
2. Sama rata. Janganlah pilih kasih. Saya nampak cikgu rajin melayan budak yang dah pandai bawa diri. Budak baru yang menangis baru pujuk tak sampai seminit, dah surrender. Awak tu cikgu, dah belajar kan cara handle budak kan.
3. Rajin. Jangan malas bekerja dan buat kerja ikut kesenangan saja.
4. Komunikasi dengan ibu bapa. Berkomunikasilah dengan ibu bapa. Kalau ibu bapa call atau sms, jawablah. Bagilah maklumbalas. Anggap ibu bapa sebagai kawan bukan musuh.
5. Seronok dan minat. Rasa la seronok bekerja. Kalau tak seronok dan minat menjaga budak. Berhenti kerja di taska. Pergilah kerja jaga barang di stor. Lagi senang. Barang tak menangis.
Kepada taska yang bagus, tahniah. Banyak pahalanya jaga budak dengan baik. Jika dengan didikan cikgu taska, budak membesar dengan baik. Besar saham pahala tu.
Pada taska yang tak bagus, Allah Maha Adil. Apa yang dibuat pada anak-anak syurga ni, pasti ada balasannya. Bila masanya, Allah Maha Mengetahui.
Hana suke gigit senduk. Besar nanti nak jadi chef eh..
15 January 2014
Rutin Harian Semasa Berpantang
Setelah saya buat keputusan untuk berpantang sendiri di Putrajaya, saya google pengalaman ibu yang berpantang sendiri. Rupanya, ramai juga yang berpantang sendiri. Kebanyakannya berpantang sendiri bila melahirkan anak kedua atau seterusnya. Ada juga yang berpantang semasa melahirkan anak pertama. Cuma, tak banyak. Saya baca dan membaca sebab nak tau rutin harian orang berpantang sendiri. Tak banyak pula yang saya jumpa. Jadi, saya rasa baik saya kongsikan bagaimana pula rutin harian saya semasa berpantang sendiri. Ingat-ingat lupa juga ni. Haha.
Rutin di awal pagi yang agak kritikal.
1. 7 pagi - 7.30 pagi
Suami sediakan air mandi. Masa mula-mula tu kami rebus daun yang mak bawak dari kampung dalam periuk. Sebenarnya perangat ja sebab ulang pakai air rebusan daun yang dah ada dalam periuk tu.
Bila siap perangat, suami akan tapiskan air ke dalam baldi. Dalam suku baldi saja. Nanti bila saya nak mandi saya akan campur air. Agak-agak sesuai dengan suhu yang nak. Jadi, saya mandi dengan air satu baldi saja. Nampak cam tak cukup. Tapi, cukup ja.
Lama-lama bila air rebusan macam dah jernih, kami berhenti perangat air rebusan daun ni. Saya minta suami masak air dalam jag elektrik. Masak dua kali untuk dapat dua jag air panas tu. Bila dah masak air tu, suami masukkan dalam baldi. Lepas tu, masukkan paket herbal bath Tanamera untuk direndam sekejap agar keluar segala khasiat daunnya. Saya berjimat juga guna paket Herbal Bath ni. Saya ulang pakai rendam. Bila dah nampak air rendaman dah jernih atau paket dah bocor, baru saya buang dan ganti dengan yang baru.
Sehingga hari ke 21, saya mandi sekali saja sehari iaitu pada waktu pagi. Selepas tu ada cuba-cuba mandi petang. Tapi, badan jadi sejuk semacam. Mungkin, badan mudah sejuk kot. Jadi, saya teruskan mandi sekali saja sehari hingga habis pantang.
2. 7.30 pagi - 8.00 pagi
Selesai mandi, saya bersarapan. Menu saya mudah sahaja. Saya minum milo cicah dengan biskut Jacob's. Inilah menu saya setiap hari. Tak jemu langsung! Sedap ja saya makan setiap hari.
Kebiasaannya, jam 8 pagi suami akan keluar ke pejabat. Selepas ini, saya dan Hana saja lah di rumah.
3. 8.00 pagi - 9.30 pagi
Selesai bersarapan, saya bertungku. Tempoh bertungku tak menentu sebab ikut waktu Hana bangun pagi. Kalau Hana bangun awal, sekejap la saya bertungku. Begitulah juga sebaliknya.
Saya suka bertungku. Sedap ja rasa badan. Masa ni saya dapat berehat. Kadang-kadang siap boleh tertidur balik. Haha.
Selepas bertungku, saya akan pakai barut. Saya guna barut Tanamera. Sempat berbarut hingga hari ke 35 berpantang. Selepas itu, dah tak sempat sebab Hana dah berubah rutin jadi tidur sekejap-sekejap. Tak sempat saya nak membalut barut.
4. 9.30 pagi - 10.30 pagi
Bila Hana bangun, bagi Hana kenyang dulu. Lepas tu, saya siapkan air mandi Hana. Saya mandikan Hana di sinki dapur. Lama juga sampai umur Hana dekat 3 bulan, baru saya guna besen mandi Hana. Inipun sebab Hana dah makin aktif. Sinki tu dah kecil bagi Hana.
4. 10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Ini waktu Hana sepatutnya tidur. Masa ni, biasanya saya sambung bertungku lagi. Saya fokus bahagian pelipat lutut, paha, tangan dan tapak kaki. Ini pun masa untuk saya rehat juga. Selesa dapat luruskan pinggang. Best!
5. 12.30 tengah hari - 2.00 petang
Sudah masa untuk makan tengah hari. Biasanya waktu ini memang perut dah lapar. Tunggu suami balik, masak dan makan. Menu biasa, bakar-bakar saja pun dah cukup berselera saya makan.
Biasanya waktu ini Hana dah bangun. Tapi, Hana boleh duduk diam-diam. Jadi, dapat la ummi dan babah makan tengah hari.
6. 2.00 petang - 5.45 petang
Ini masa kritikal juga bagi saya sebab biasanya Hana tak dapat tidur petang. Kebetulan pula semasa dalam pantang, cuaca tengah panas dan berjerebu pula. Hana tak selesa kot. Tak dapat lah tidur. Puas ummi dodoi pun tak berkesan. Jarang-jarang la Hana tidur petang. Dok layan hana bf sambil tengok tv. Sepanjang hari, semua program tv kat saluran TV Alhijrah tu saya tonton. Daripada program agama, kartun hingga drama Turki, semuanya saya tengok. Haha.
Dalam jam 5 petang, saya mandikan Hana dan siap-siapkan Hana dengan pakaian nak tidur dah. Lepas siap mandi, rutin biasa bersambung iaitu bf.
7. 5.45 petang - 8.30 malam
Suami dah balik. Fuh, lega. Ini masa saya bertungku lagi. Boleh lah rehat sambil bertungku. Suami boleh layan Hana pula. Lepas bertungku, lepas Maghrib, biasanya saya makan malam. Masa mula berpantang, makan malam saya hanya air milo yang dicicah dengan biskut Jacobs. Rasa kenyang ja. Boleh lak bertahan sampai pagi.
8. 8.30 malam ke atas
Masa untuk kami berdua masuk tidur. Di awal pantang, bila dukung Hana sambil berjalan baru Hana dapat terlelap tidur. Tetapi, lama-lama jadi tak berkesan. Cuba pulak bf, barulah Hana dapat tidur. Sehingga sekarang jadi dah rutin Hana. Bf sehingga tidur.
Dulu, bila Hana dah tertidur kami letakkan Hana dalam cot. Hana dapat tidur dalam tu ja. Terjaga malam untuk minum susu. Bila dah kenyang, letak balik dalam cot. Bila Hana dah tiga bulan, Hana demam selsema lepas masuk taska tiga hari. Saya pun mula co-sleeping sebab senang nak pantau Hana. Sejak itu, Hana mula belajar mengempeng sepanjang malam. Huhu. Sakit pinggang ummi ni kadang-kadang. Bila dah jadi rutin, nak ubah pun dah susah. Tak berjaya dah. Adoi!
Pengalaman saya, baik mula pam susu simpan untuk buat stok EBM sejak dalam pantang. Saya mula sejak hari ke 6. Dapat la 2 oz. Setiap hari, saya cuba pam. Biasanya 2 oz ja dapat dan saya simpan dalam storage liner. Alhamdulillah, stok EBM ni sangat membantu bila dah masuk kerja.
InsyaAllah jika ada rezki lagi dapat baby akan datang, saya nak rajinkan tandem masa bf baby. Lagi banyak susu dapat keluar nanti!
Nota:
EBM - Expressed breast milk
BF - Breastfeeding,menyusu bayi
Tandem - Pam sebelah sambil menyusu bayi
EBM - Expressed breast milk
BF - Breastfeeding,menyusu bayi
Tandem - Pam sebelah sambil menyusu bayi
Sebut pasal menyusu, akan datang saya nak kongsi tentang NIP, nursing in public pulak :)
Kecilnya Hana. Punya panas masa berpantang ni, baju tak pakai dah. Berbarut ja..
31 December 2013
Rezki Paling Istimewa 2013
Hari ini 31 Disember 2013, hari terakhir tahun ini. Sungguh, saya rasa masa sangat cepat berlalu. Hujung tahun lepas, masa itu saya sedang mengandungkan Hana. Hana baru 3 bulan dalam kandungan, lebih kurang. Hari ini, Hana sudah pun 7 bulan lebih. Sudah pandai mengensot dengan laju. Sudah pandai mencari mainan yang dia suka. Sudah boleh mengemas haha..
Setiap hari, Hana sentiasa di ingatan, lekat di hati saya. Ya sesungguhnya Allah lah yang utama. Cuma, ini perkongsian syukur saya atas rezki Allah kurniakan saya seorang Hana. Rezki yang dulu saya pernah rasa redha jika Allah tak berkehendaki saya layak merasai nikmat rezki ini. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya menerima rezki ini.
Allah kurniakan saya Hana yang sungguh baik. Semasa mengandung semuanya baik. Tiada alahan teruk. Tiada komplikasi mengandung. Bersalin normal pun dimudahkan. Semasa dalam pantang, Hana sihat. Tak demam. Tak meragam. Sehingga sekarang, Hana anak ummi yang solehah. Tak banyak ragam, segalanya mudah. Syukur, ini rezki yang terindah untuk saya dan suami.
Ummi doakan Hana menjadi anak yang solehah. Yang dapat kirimkan doa kepada ummi dan babah bila ummi dan babah tiada lagi di dunia ini. Moga Allah memberi ummi dan babah petunjuk hidayah agar dapat membimbing Hana menjadi anak yang solehah. Amin..
Terima kasih Allah, kurniakan Hana Nur Widad.. Kebahagiaan cahaya kasih sayang kami :)
Ada elektrik dengan kamera. Hehe, pantang nampak kamera. Pandai terus nak posing
30 December 2013
Terjebak Dengan Cloth Diaper
Ya, memang saya terjebak dengan cloth diaper atau lampin kain atau pun ringkasnya CD. Saya tak dapat nak imbas kembali bagaimana saya boleh terjebak dengan CD. Mungkin daripada hasil pembacaan blog ibu-ibu, saya mula mengenali CD.
CD pertama saya beli adalah 2 keping CD Autumnz yang materialnya minky ala baldu di Baby Expo, PWTC. Masa beli ni saya tak tahu pun saiznya besar gedabak dan tak boleh dipakaikan kepada baby baru lahir. Bukan saiz newborn. Saya beli pun sebab tengok ramai semangat membeli. Haha.. Pantang sket tengok orang berebut shopping, memang mudah terpengaruh. Besar saiz CDnya, Hana dah 6 bulan baru boleh pakaikan menggunakan setting paling kecil.
Kemudian saya sertai group FB Malaysian Cloth Diapering Parents, lama kelamaan semangat berCD pada baby semakin kuat. Barulah saya kenal ada CD khas untuk newborn, apa itu OS-one size CD, jenis CD AIO, AI2, jenis-jenis material. Puaslah khatam pasal CD. Hari-hari baca pasal CD. Tak jemu. Bila dah paham sket, saya kemukakan cadangan nak pakaikan baby dengan CD. Suami ok je. Walaupuan tau renyah nak membasuh, suami ikutkan ja kehendak isterinya ni. Masa ni suami belum tahu lagi akhirnya dia yang kena amik tugas membasuh CD tu. Ampun...
CD ada macam-macam jenis dan material.
1. Pocket CD - ada poket untuk masukkan insert. Insert ialah kain yang dijahit berlapis-lapis yang akan menyerap air. Jadi, tak lah bocor.
2. AIO - All In One, insert dijahit terus pada CD. Ini macam disposable diaper.
3. AI2 -All In Two, kain menyerap air dipanggil soaker. Soaker perlu dilekatkan menggunakan snap button pada cover CD.
4. Material insert pun macam-macam juga. Paling mudah guna ialah microfiber. Jenis lain ialah organic cotton dan bamboo.
Bila dah pandai sket, saya tambah koleksi CD dengan jenama Rumparooz. Beli 6 keping sebab ada tawaran murah. 6 keping dengan harga RM200. CD Rumparooz memang sesuai untuk newborn. Elok je Hana pakai, cuma cutting kecil sket. Kalau baby yang paha chubby tak sempat lah nak pakai lama sebab dah tak muat.
Seterusnya saya beli pula CD Lunatots. Ini pun sesuai guna daripada newborn. CD kegemaran saya, warna pun comel-comel. Insert dan cover pun mudah kering. Sedikit-sedikit saya tambah koleksi lagi dengan membeli Thirsties AIO, Charlie Banana, Bumgenius Freetime AIO, Grovia AI2 dan beberapa keping daripada jenama Babyland dan Weegro.
CD Bumgenius Freetime AIO. Sangat puas hati. Saya beli dari Bummiakids
Saya mula pakaikan CD kepada Hana di hari ke-10 umur Hana. Saya mulakan dengan pakaikan diaper cover dan dilapiskan dengan kain lampin. Ok juga guna cara ini, cumanya bum Hana jadi basah. Tak selesa sangatlah. Kemudian saya cuba pakaikan Lunatots. Memang ngam elok je dengan Hana. Cantik, comel jer! Hana pun nampak ok, selesa je tido.
Selepas dah berjaya pakaikan CD Lunatots, saya teruskan dengan Rumparooz dan Charlie Banana. Grovia pun juga. Semua CD ini boleh tetapkan setting paling kecil dan muat dengan newborn. Sejak itu, Hana pakai CD je. Ada sekali balik kampung, CD yang dibasuh tak sempat nak kering. Kami pun beli la DD. Rasa tak best lak bila pakaikan DD. Nipis semacam je. Sejak itu, setiap kali balik kampung, kami bawak CD banyak-banyak, siap dengan segala sabun, washing net dan penyangkut. Hehe.. senang..
Setelah hampir 7 bulan saya pakaikan Hana dengan CD, memang rasa seronok. Part basuh, suami tolong uruskan. Memang sangat membantu, kalau tak.. saya mungkin berhenti guna CD. Makin tak sempat la nak uruskan semuanya kalau suami tak bantu.. :D
Kalau ibu-ibu nak gunakan CD pada baby, sangat bagus niat ni. Antara panduan yang saya nak kongsikan:
1. Kalau nak pakaikan daripada newborn, perlu melabur dengan membeli CD dengan harga mahal sedikit. CD dengan harga ekonomi kebiasaannya saiz besar. Bila pakaikan pada baby mungkin tak ketat elok, nanti bocor pulak. Cadangan CD untuk guna daripada newborn jenis one size ialah Rumparooz, Lunatot dan Charlie Banana. Thirsties AIO saiz 1 pun ok, cuma velcronya kurang melekat. Mudah pula nak tanggal. Ada juga CD yang khas untuk newborn. Antaranya jenama Rumparooz.
Untuk permulaan, sediakan dalam 24 keping CD dah mencukupi. Boleh buat basuhan 2 hari sekali.
2. Perlu gunakan diaper balm tertentu. Pada mulanya saya gunakan Earth Mama Angel Baby (EMAB). Lama-kelamaan saya tukar pakai minyak VCO. Jimat duit.. Hehe.. Pokai gak pakai EMAB sebab saya suka sapukan balm ni di semua bahagian bukan kat bum baby je.
3. CD perlu dibasuh dengan sabun tertentu. Saya guna Cosway Ecomax liquid detergent. Senang.. baju baby dan baju ummi dan babah pun basuh guna sabun ni. Tak pening-pening nak pilih. Baru-baru ni saya beli Rock Green Detergent (RGD), khas nak guna untuk stripwash sebulan sekali. Nak guna RGD setiap kali basuhan, belum ada bajet begitu lagi.
Kebiasaannya, kami basuh CD 2 hari sekali. Err.. kadang-kadang terbabas juga ke 3 hari. Tapi tak penah lebih daripada tu sebab kuantiti CD cukup-cukup ja untuk 3 hari. Pastikan cover CD dimasukkan dalam washing net semasa basuhan. Insert dimasukkan ke terus dalam mesin.
4. Sebut stripwash, CD kena stripwash sebulan sekali seeloknya. Tujuannya untuk pastikan CD dapat menyerap dengan baik.. dengan membuang segala saki baki sabun dan kesan ammonia yang melekat pada CD. Sebelum ni saya stripwash guna sunlight je. Masukkan sunlight gantikan sabun biasa. Lepas tu basuh CD macam biasa. Bilas banyak kali lagi bagus.
5. Sementara nak tunggu sesi basuhan, saya simpan CD dalam baldi yang dilapik dengan diaper pail. Sebelum tu, bilas dulu kotoran, dah hilang baru masukkan dalam baldi kering.
6. Saya beli juga wet bag untuk dibekalkan dalam.beg Hana ke rumah pengasuh dan jalan-jalan.
7. Velcro atau snap pilihan saya? Saya lebih suka velcro sebab lagi mudah dan cepat nak pakaikan. Ada juga CD jenis snap, saya gunakan hanya di rumah. Hanya CD jenis velcro saja saya bekalkan ke rumah pengasuh.
8. Kena rajin dan minat. Saya suka siapkan CD. Masukkan insert dalam pocket CD, laraskan setting. Kemudian susun cantik-cantik. Bila dah siap, rasa seronok. Terapi untuk saya :)
Sekarang dah mula rasa nak beli jenama CD yang belum cuba lagi. Hehe.. dah kena racun..
9. Bantuan suami. Bagi saya inilah SANGAT penting. Kalau tak, saya dah kecundang! Hehe..
01 June 2013
Pengalaman Bersalin : Hana Nur Widad
Sekadar coretan pengalaman bersalin anak pertama. Perkongsian ini mungkin sangat panjang.
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang puteri pada 25 Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434H jam 3.02 pagi di Hospital Putrajaya. Tepat pada tarikh EDD.
Kronologinya:
23 Mei 2013 (Khamis)
Bangun pagi jam 6.00 pagi, saya perasan ada tompokan darah. Dalam 8.00 pagi, keluar pula lendir coklat pekat. Tak banyak sangat. Suami buat keputusan ke hospital untuk pemeriksaan. Jadi, tak pergi kerja lah. Sepatutnya hari ini hari terakhir saya bekerja sebelum saya bercuti 3 bulan memandangkan EDD saya 25 Mei 2013.
Saya tak rasa berdebar apa-apa sebab memang langsung tak rasa sakit apa-apa. Cuma berfikir mungkin kah malam ini bayi saya akan dilahirkan. Kalau ya, alhamdulillah. Lahir malam Jumaat atau pada hari Jumaat.
Sebelum ke hospital, kami bersarapan dulu di kedai Kak Mah Nasi Dagang, dekat Putrajaya Gate 1. Saya makan nasi lemak, milo kosong dan sebiji telur separuh masak. Tiba-tiba teringin pulak nak makan nasi lemak di kedai tu. Memang kena pergi jugak sebab takut malam ni dah bersalin. Kalau tak, nanti kena tunggu lepas 44 hari. Lambat tu. Hehe..Yang telur separuh masak tu saya makan sebab untuk bekalan tenaga. Ada baca daripada blog lain, bagi tips supaya amalkan makan telur separuh masak pada hujung-hujung kehamilan untuk bekalan tenaga bila nak bersalin. Jadi, saya cubalah.. mana tau serasi dengan saya.
Lepas dah kenyang, baru ke Hospital Putrajaya. Kami terus ke Dewan Bersalin. Selesai daftar, saya terus diminta ke bilik saringan. Alhamdulillah, tak ada pesakit pun dalam bilik tu. Lepas ambil tekanan darah dan sampel urin, terus diminta baring di katil. Seperti biasa, perut dipasang alat CTG untuk memantau degupan jantung bayi. Dalam 20 minit, pemantauan dibuat. Jantung bayi ok. Kemudian, saya diperiksa bukaan. Ini lah yang tak seronok. Sakit pulak kena periksa dengan Dr. ni. Dr. kata tiada bukaan lagi. Datang semula bila sudah rasa sakit. Ok, terus boleh balik.
Selepas balik dari Hospital Putrajaya, kami singgah di Alamanda. Niatnya nak jalan-jalan, senaman kaki. Pusing-pusing di Parkson, Aeon Big pun pergi jugak. Tapi memang tiada rasa sakit apapun. Sempat juga temankan suami potong rambut di ASaloon. Puas pusing, singgah makan nasi putih, ikan talapia bercili dan jus tembikai di Rasa, kemudisn kami balik ke rumah. Sakit? Belum ada lagi.
Seperti kebiasaan, saya google pengalaman ibu lain yang turun tanda darah. Ada setengah tu berhari-hari juga baru ada rasa sakit nak bersalin. Masa tu, dok berdoa moga malam ni mulalah sakit. Berdebar menunggu....
Malam tu berlalu tanpa rasa sakit. Jadi, punah la harapan saya nak bersalin malam Jumaat. Harapan seterusnya, bersalin pada hari Jumaat pulak.
Sepanjang hari saya baca doa ini bergilir-gilir moga permudahkan semuanya..
Thumas sabila yassaroh
Laailahailla anta. Subhanaka inni kuntu minazzolimin
Laailahailla anta. Subhanaka inni kuntu minazzolimin
24 Mei 2013 (Jumaat)
Bangun pagi masih rasa seperti biasa. Lendir coklat ada keluar lagi. Sedikit-sedikit saja. Pagi tu, kami berdua di rumah saja. Memang tak bekerja sebab cuti hari Wesak. Sarapan pagi saya roti, Vico kosong dan telur separuh masak. Suami yang sediakan. Mula jam 10 pagi saya ada rasa sakit perut. Masa tu tak tahu lagi ini sakit contraction. Lagipun, boleh tahan lagi.
Dalam 12 tengah hari, kami keluar. Suami ke masjid untuk solat Jumaat. Saya pula ke Alamanda. Nak bersenam lagi. Hehe.. Saya pusing-pusing di Parkson. Rasa makin sakit pulak. Setiap kali sakit, saya cuba amalkan teknik pernafasan. Semasa tarik nafas, saya baca Laailahailla anta. Lepas nafas pula saya baca Subhanaka inni kuntu minazzolimin.
Perut pun rasa memulas semacam juga. Pergi ke tandas, takdak hasil pulak yang keluar huhu. Dalam jam 3 petang, suami dah balik daripada solat jumaat. Kami pusing-pusing di Aeon Big. Masa ni, saya mula rasa sakit yang kerap. Kadang-kadang, 5 minit sekali atau 10 minit sekali. Cuba bertahan.. masih boleh senyum. Saya ada baca tips daripada satu blog ni, kalau masih boleh senyum semasa contraction, maknanya belum sakit kuat lagi. Saya gunakan tips ini untuk ukur tahap sakit tu.. hehe. Masa ini baru tau camni rupanya sakit contraction.
Sakit berterusan hingga ke malam. Dalam jam 9 malam, saya mula kira kekerapan contraction. Contraction sudah mula datang 5 minit sekali. Tiap kali sakit saya amalkan teknik pernafasan sambil berjalan-jalan dalam bilik yang gelap. Rasanya itu buat saya lebih mudah tahan rasa sakit tu. Memandangkan saya rasa tak boleh tahan lagi rasa sakit tu, kami buat keputusan untuk ke hospital. Dalam 10.30 malam kami sampai ke hospital.
Seperti prosedur biasa, pemantauan menggunakan alat CTG dan pemeriksaan bukaan dibuat. Keputusannya bukaan baru 2 cm tapi contraction yang saya rasa masa tu terlalu kuat (too intense). Dr. buat keputusan untuk terus masukkan saya ke labour room. Air ketuban dipecahkan dan saya terus ke labour room.
Jam 11.55 malam saya sampai di labour room.
25 Mei 2013 (Sabtu)
Bermula fasa menahan sakit. Nurse datang tanya nak ambil epidural tak. Dia nasihatkan supaya ambil memandangkan baru 2 cm saya dah sakit setahap ni. Takut saya tak boleh tahan sakit lagi jika proses menunggu bukaan hingga 8 jam. Secara teori 1 cm bukaan ambil masa 1 jam. Kalau nak kena ambil sekarang sebelum sampa bukaan 5 cm. Saya menolak untuk ambil epidural. Jawapan saya pada nurse.. Takpe lah nurse.. Saya tanak amik epidural.. insyaAllah..
Bukanlah saya yakin sangat boleh menahan sakit cumanya saya takut dengan risikonya. Tak lama lepas tu, Dr. Nisa pula datang tanya lagi betul ke saya tak nak epidural. Epidural boleh hilangkan rasa sakit tapi ada risikonya. Jawapan saya tetap sama.
Nurse datang lagi untuk masukkan induce. Saya tak pasti apa namanya. Cuma nurse tu beritahu lepas ni sakit contraction akan lagi kerap iaitu 4 kali dalam masa seminit. Sekarang baru sekali dalam seminit. Saya tanya pada nurse tu saya nak buang air besar. Barulah tahu saya belum diberi ubat berak. Dia matikan induce kemudian masukkan ubat berak. Tak sampai seminit rass tu datang. Jadi, selamat.. hehe
Selesai semua operasi nature call, induce disambung semula. Suami dah dipanggil masuk ke dalam labour room. Dia terus tunaikan solat hajat dalam labour room. Terharu saya masa tu huhu..
Masa rasa lambat sangat bergerak semasa dalam labour room. Bermula jam 1 pagi, sakit semakin kuat. Saya pegang tangan suami tapi tak boleh genggam kuat-kuat. Bila genggam kuat-kuat rasa lagi sakit. Sepanjang menahan sakit, saya pejamkan mata. Kalau tak pejam takut nampak apa-apa reaksi suami yang boleh buat rasa marah. Tengok dia goyang kaki pun rasa rimas. Tengok dia menguap pun tak boleh haha.. Sepanjang masa saya baca doa Nabi Yunus. Suami pun turut bacakan doa tu di telinga saya. Saya rasa seperti mengajar mengucap dekat sampai ajal dah. Sungguh!
Selang seli saya beristighfar. Kadang bila sakit terlalu kuat, hanya Allah saja yang boleh saya ucapkan. Masa ini macam-macam terfikir.
Boleh ke aku tahan sakit ni sampai bukaan penuh.. Dah la tak amik epidural..
Ni rupanya sakit bersalin.. lebih daripada tahap sakit yang manusia mampu tahan.. tetapi wanjta bersalin boleh..
4 kali saya rasa ada benda menolak. Tapi saya tak tahu tu rupanya tanda dah boleh meneran. Rasa tu tak boleh ditahan, jadi saya ikut ja rasa tu.
Tak lama lepas tu, dalam jam 2 pagi, Dr. dan nurse datang untuk periksa bukaan. Mula-mula nurse yang periksa dulu. Saya dengar dia cakap macam dah buka banyak tapi dia kurang pasti. Lepas tu, Dr. pulak periksa. Memang bukaan dah 8 cm. Saya mendengar tu rasa lega.. dalam menahan sakit. Sebelum Dr. keluar dia pesan kalau rasa nak meneran teran sahaja sedikit-sedikit. Boleh bantu untuk cepatkan bukaan. Dia juga pesan kalau dah sakit sangat jerit sahaja untuk panggil nurse dll.
Tak lama lepas tu (saya rasa tak berapa lama), saya rasa tolakan yang kuat. Dalam jam 2.46 pagi, nurse dan pasukan terus datang untuk siapkan katil. Pasang alat letak kaki. Saya dah disediakan untuk bersalin. Tak pasti masa tu dah berapa bukaannya. Suami saya dipanggil masuk. Dalam Dr. sedang bersedia untuk menyambut bayi, ada panggilan masuk. Saya siap terfikir lagi..Santai betul Dr. ni.. sempat lagi jawab call hehe.. Rupanya, itu panggilan daripada Dr. Hazim yang sepatutnya stand by sambut bayi saya disebabkan Dr. Hamidah cuti pada hujung minggu tu. Dr. Hazim tanyakan bagaimana keadaan sekarang. Dr. maklumkan dah nampak kepala bayi. Jadi, Dr. Hazim beri kebenaran untuk teruskan. Memang tak sempat nak tunggu Dr. Hazim dah.
Saya terus diajar untuk meneran. Kena pegang besi di bawah tempat letak kaki tu dan angkat kepala hingga dagu mencecah dada. Teran kali pertama tak berjaya sebab tarik nafas pendek. Cubaan kedua, alhamdulillah berjaya. Kepala bayi dah keluar. Seterusnya ketiga dan keempat. Alhamdulillah, bayi saya selamat dilahirkan dan keluar tanpa tangisan. Bila dimasukkan wayar untuk menyedut cecair keluar daripada mulut tu baru menangis.
Saya bacakan doa ibu Maryam kepada Maryam ketika dilahirkan semasa skin to skin contact.
Inni u'izuhabika wazurriyataha minnasyaiton nirrojiim
Nurse bersihkan bayi, pakaikan bajunya dan letak di katil bayi. Perasaan masa tu sangat lega. Alhamdulillah.. saya berjaya. Allah permudahkan semuanya. Itu juga kata Dr. dan nurse pada saya. Saya mudah..
Dalam 3.15 pagi, proses menjahit bermula. Dalam jam 3.45 pagi selesai menjahit. Kaki saya pun boleh diturunkan.
Suami dipanggil masuk. Terus suami azan dan iqamatkan, baca ayat kursi, surah 3 Qul dan Al-Qadr. Kami bertiga bergambar dalam labour room. Sebagai kenangan hehe.. Lepas tu, kami dok pandang bayi sahaja. Kami dah jadi ummi dan babah! Saya antara terlelap dan terjaga. Jadi mamai bercakap-cakap. Kesan ubat tahan sakit rasanya. Kelakar.. mulut bercakap tak berhenti haha..
Lama saya di labour room sebelum dapat dimasukkan ke wad. Dalam jam 6 pagi, HO datang untuk periksa keadaan bayi. Semuanya ok. Jam 8 pagi baru saya dapat masuk ke wad. Tak dapat wad 1 katil, kena berkongsi. Agak sempit, tapi redha saja la.
Sampai di wad bermula cabaran untuk breastfeed bayi. InsyaAllah saya akan coretkan dalam perkongsian yang lain. Apapun, saya bersyukur..
1. Semuanya selamat. Saya sakit bersalin 3 jam. Nurse kata sakit contraction saya sampai tahap 100.
2. Saya ambil FPP tapi yang menyambut bayi saya MO. Tapi dengarnya dia HO. Apapun tak mengapa, Dr. dah jalankan tanggungjawab dengan sangat baik.
3. Nurse sangat membantu. Kata-kata semangat dalam nada lembut, sangat membantu saya meneran. Tak stress semasa meneran dan saya dapat mendengar arahan dengan baik.
4. Tak ambil epidural dan dapat tahan sakit.
5. Ada sediakan air selusuh dan minyak selusuh. Air selusuh suami yang buat. Minyak selusuh pulak Mak Ngah yang buat. Dua-dua tak sempat digunaksn walaupun dah bawak masuk ke dalam labour room. Siap bukak penutup dah. Sakit sangat sampai saya tak mampu fikir nak gunakan.
6. Suami yang sangat menyokong. Bacakan doa Nabi Yunus dan istighfar di telinga saya. Solat hajat di labour room dan sujud syukur di luar labour room bila semuanya selamat. Terima kasih sayang!
Alhamdulillah, perjalanan menjadi seorang ummi baru bermula. Moga Allah membimbing saya dengan petunjukNya supaya saya dapat menjadi ummi mithali.. amin..
Hana Nur Widad pada hari ketujuh
Subscribe to:
Posts (Atom)