18 February 2012

DIY: Beg Cenderahati (Goodie Bag)





Beg cenderahati ini saya buat dalam kuantiti yang sedikit saja. Tak mampu nak sediakan kepada semua tetamu. Dalam perancangan saya, beg cenderahati ini akan diberikan kepada kumpulan marhaban dan bentara (atau penanggah). Sekadar ingatan dan perhargaan kecil,kalau nak dibandingkan dengan penat lelah mereka dalam menjayakan majlis saya nanti.


Saya hiaskan beg ini dengan hiasan ringkas sahaja. Saya guna brown paper bag, yang saya beli dari Bagus Kajang. RM9.90 untuk 100 keping beg. Memang dah siap bungkus dalam kuantiti 100 keping untuk setiap bungkus. Sebelum ini, ada saya terbaca daripada blog B2B, di Yummy Bakery, Bangi lagi murah. Saya pergi cari di Yummy, tapi tiada stok beg ni. Jadi, saya beli di Bagus, mahal sedikitlah harganya.  


Beg ini boleh juga beli secara online. Boleh layari Greentree. Harga yang dipaparkan adalah termasuk caj penghantaran dan minimum tempahan adalah 500 keping. Bagi yang nak beli banyak, saya rasa berbaloi juga beli secara online.


Apa yang saya gunakan untuk buatkan beg cenderahati ini.


1. Bahagian atas beg dilipat sebanyak 6 cm ke muka belakang beg. Kertas doily saiz 4.5" dipotong 2.


Ada kertas doily di situ, tapi tak berapa jelas :p


2. Lekatkan kertas doily di bahagian atas beg (di muka hadapan beg).


3. Capkan beg dengan cap.




Mengenai doily paper tu, setakat perbandingan saya, Yummy Bakery jual dengan harga paling murah. Doily paper 4.5 inci dengan 250 keping, harganya RM3.20. Kalau 3.5 inci, harganya RM2.70 (jika ingatan saya betul.. hehe)


Jadi, belilah di Yummy Bakery, sebab sangat beza harganya. Di Bagus sangat mahal, 3.5 inci harganya RM4.50! Hah.. saya lah yang beli tu. Adeh!






Perkongsian ini hanya sekadar coretan kenangan saya. Memang sangat ringkas. Banyak perkongsian B2B mengenai beg ini yang boleh dijumpai di Internet. Cantik-cantik belaka! Selamat mencari ya!



20 comments:

  1. :) saya nak pinjam gambar utk dimuatkan dalam blog saya. boleh ya :)

    ReplyDelete
  2. kt kedah doily paper mahal la...2 kali ganda ngn harga kt sana huhuu

    ReplyDelete
  3. Achik87, kat kedai mana tu.. saya pun asal kedah.. tapi saya memang tak pernah survey harga doiley paper kat sana... huhu sana mmg mahal la kot.. kurang persaingan kot..

    ReplyDelete
  4. Salam, greentree online tu betul ke tak ea? sy dah buat payment pun masih takde respon..sedihh T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hdsykn,

      Minta maaf, yang saya tahu betul. Saya pernah telefon syarikat tu. Caranya macam betul je.. Macamana sekarang, dah sampai tak tempahan tu..

      Delete
    2. salam..just nk share...green tree online tu betul..sy penah purchase brown paper bag..cumenye kene byk kali call sbb bile dah fax atau emel payment slip..dorang x alert..jd sy pon dekat 10 kali la gak call..tp dpt dlm mase seminggu lebih jugak la. :)

      Delete
    3. Saya baru tempah dr greentree. Aah, memang lambat sket. Kena selalu follow up. Satu lagi, saiz brown bag tu tak sama dengan saiz brown bag yang saya beli dari Kedai Bagus.

      Delete
  5. Salam...
    I nak tanya cop tu custom made ke?
    Boleh share info tak?
    Huhu...maybe nak buat diy goodies bag for my bro wedding this March

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aesha,

      Salam.. Maaf, sebab saya lambat reply. Majlis abang pun dah selesai kan.. Huhu..

      Apapun, saya jawab juga soalan tu k..

      Aah cap tu custom made. Saya buat dengan euphoria. Blognya di sini http://euphoria-craftwork.blogspot.com

      Delete
  6. salam..
    boleh saya tau saiz brown paper bag tu tak?
    saya tengah cari yg 9'x5'x3'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya baru masuk site Bagus. Sekarang Bagus dah ada e-shop.
      Beg yang saya beli tu adalah beg spt di pautan di bawah:

      http://eshop-bagus.com.my/eshop/index.php?main_page=product_info&cPath=4_50&products_id=1424

      Delete
  7. salam..
    mcm kalau nak order goodie bag ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Nak order dari saya ke? Saya tak ambil tempahan.
      Kalau nak beli paper bag tu, ada dijual di kedai Bagus dan boleh beli secara online juga.

      http://eshop-bagus.com.my/eshop/index.php?main_page=product_info&cPath=4_50&products_id=1424

      Delete
  8. salam . saya nak tanya kertas doiy ni selalu jual kat kedai jual barangan apa ye . saya dari sabah . mcm blur je tak tau nak cari area mna . kot ade online pon best jugak . :) any idea ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Kalo online, boleh beli dari site Bagus Bakery. Harga mahal sket
      Boleh tengok di sini :)

      http://eshop-bagus.com.my/eshop/index.php?main_page=product_info&cPath=2_13&products_id=1750

      Delete
  9. Salam..sudi2 lah ziarah website ni ye:

    http://printingmurah2u.com.my/index.php/pricelist/paper-bag

    FB: https://www.facebook.com/goodiesbagmurah

    ReplyDelete
  10. Salam..brown bag kt bagus tu ada tapak ke tak..sbb saya nak cari brown bag yg ada tapak...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mama Wawa,

      Aah yang saya beli ni ada tapak. Boleh cuba tengok online shop Bagus. Sekarang dah boleh beli online..

      Delete