02 June 2014

Kedai Barang Elektrik Murah

Puas juga saya google di mana kedai yang menjual barang letrik murah. Niatnya nak buat kajian dulu harga mesin basuh. Akhirnya, saya terjumpa satu perkongsian daripada blogger yang membeli bread maker di sebuah kedai di Kajang dengan perbezaan harga hampir RM400 berbanding kedai lain. Ini memang murah!

Hari Sabtu yang lepas, kami ke kedai tersebut. Niat memang nak survey tapi saya sudah pasang niat juga. Kalau murah, memang beli terus. Tak sempat la nak survey banyak kedai pun. Lagipun, memang nak pakai cepat mesin basuh. Mesin basuh sedia ada sudah kurang berkesan fungsinya. Sudah sampai masa untuk pencen.

Awal-awal lagi saya beritahu suami, agak sukar nak dapat ruang tempat letak kereta berdekatan dengan kedai ini. Sebab, kedai ini berhadapan jalan yang sibuk.

Masuk saja kereta, terus saya berdoa kuat-kuat.

"Ya Allah.. mudahkanlah kami dapat parking yang dekat"

Alhamdulillah, kali ketiga pusing mencari, akhirnya kami dapat ruang letak kereta betul-betul depan kedai. Rezki sungguh! Syukur..

Melangkah masuk ke kedai, terus bertanya mesin basuh front load. Kehendak sebenarnya.. Konon nak cuba jenis macam ini pula. Belek punya belek, fikir dan fikir. Kami tukar fikiran. Beli saja jenis top load. Boleh dapat muatan yang lagi besar dengan bajet yang ada. Akhirnya, kami beli muatan 12kg. Mula-mula, nak ambil yang 15kg. Mujur, saya cepat sedar diri. Kain 3 beranak saja pun kan. 12kg dah sangat cukup untuk kami. Bolehlah lepas ini basuh comforter sendiri di rumah. Tak perlu lagi hantar ke dobi.

Harga yang ditawarkan memang murah. Harga yang ditawarkan oleh aunty tokey kedai lagi murah berbanding uncle. Harga yang uncle beri mahal RM50. Tapi tak mengapalah. Saya fikir, harga itu masih berbaloi. Akhirnya, kami pulang dengan gembira sebab petang ini sudah boleh membasuh baju dengan senang hati.

Jika ada pembaca yang nak membeli barang elektrik, boleh cuba ke kedai ini.

PUSAT PERKHIDMATAN TV & VIDEO TOONG KING
No 6, Jalan Besar Kajang 43000 Selangor.
Tel: 03-87332188

Harga berbaloi. Layanan terbaik. Sabar menunggu. Siap bukak mesin basuh baru muatan 14kg dan 12kg, letak sebelah-menyebelah untuk kami banding. Rajin melayan pelanggan. Siap dukung Hana lagi.



Hana dah susah hati, takut kena tinggal


Harga mesin basuh yang sama di Aeon Big. Memang jauh beza dengan harga di kedai Toong King.

56 comments:

  1. hi.. berapa beza harga u beli mesin basuh tu ye? tq :)

    ReplyDelete
  2. tinggal kat putrajaya ker?berapa ye dia ambik kos penghantaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah di Putrajaya. Dia tak amik kos penghantaran pun..

      Delete
  3. Dia xamik cas delivery ke atau certain tmpt mmg free??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tatau lah kalau sesetengah tempat ada caj. Boleh la cuba tanya

      Delete
  4. En Putra,

    Saya tak pasti tentang loan. Boleh call cuba tanya..

    ReplyDelete
  5. Kajang belah mana kedai dia? dekat dengan ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai ni berhadapan dengan Billion Kajang. Kedai di sebelah kiri. Billion di sebelah kanan.

      Delete
  6. Salam..nak tnye,kalau 2nd hand still ada warranty or x?huhu

    ReplyDelete
  7. nak Tanya, petia ais ada tak jual kat sini...banyak pilihan tak?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya...deep freezer ada jual x kt sne yea...

    ReplyDelete
  9. salam..kedai kt sebelah public bank kjg byk pilihan juga..mmg brg electric rumah ku semua beli kat sana..tk silap nama kedai rickkee kot..

    ReplyDelete
  10. Kepada yang bertanya,

    Peti ais ada dijual. Deep freezer saya tak pasti ada ke tak. Boleh cuba call tanya dulu..

    Puan hafizah,

    Public bank kajang tu kat mana. Saya tak berapa arif sangat kawasan kajang ni..

    ReplyDelete
  11. salam, saya tak syorkan kedai ni. saya beli fridge dan washing machine, barang tak sampai2 pun kat rumah saya. rumah ni belum saya duduki jadi bila nak delivery saya datang tapi barang tak sampai. bila call tanya,toong king cakap saya tak bagi alamat walhal saya dah call no kat invoice dia tu untuk bagi alamat 2 hari sebelumnya. then mr low (dari toong king) call saya minta saya sms alamat ke hphone dia. saya hantar sms dan set date untuk delivery 2nd time. saya call untuk remind 2 hari sebelum dan pada pagi hari delivery tu, tapi barang tetap tak sampai. bila call mr low dia ckp saya tak bagi alamat pulak. pening ke apa mr low ni. bila saya bagitau dah sms baru dia cakap sori, dia tak bc sms, dah tu minta orang sms kepadanya apa kejadahnya. dia minta set untuk next time. saya fed up dan beli barang kat senheng online. dalam tempoh 2 minggu toong king takde call bertanya pun kepada customer yang 2 kali mereka gagal deliver barang. sangat teruk toong king ini, dorg tak kisah kot sebab customer bukan saya seorang. hari ni saya pergi toong king untuk minta balik deposit saya, rm 50 jer pun. saya jumpa yang kepala botak tengah ( ayah toong king kot, bukan datuk toong king yang susah nak jalan tu). tapi toong king tak nak bagi deposit saya, alasan dorg nak hantar la, gst la apa la, saya tak kisah kalau saya yang suka2 hati cancel booking ni dan burn deposit. tapi ni salah toong king. dah la bercakap dengan saya acuh tak acuh dan tak pandang muka, yang saya rasa sangat kurang ajar terhadap customer, bukan salah customer pun. saya blah dari kedai bila dorg tak nak pulangkan deposit, takde rezeki saya, rezeki haram toong king yang ada. harga washing machine yang saya nak lebih murah di giant prima saujana (termasuk gst). harga sama sahaja, beza sikit jer dengan giant dan tesco. senheng mahal sikit tapi delivery cepat hantar sehari awal dari request date. nasihat saya kalau nak beli, beli barang yang tak perlu delivery, kalau delivery kot jadi macam saya tak sampai2, deposit burn sakit hati sebab bukan salah kita pun. saya ban toong king mula hari ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik,

      Tak sangka toong king buat layanan macam ni. Kami baru dua kali beli barang di kedai ni. Tapi baru sekali ja yang kena delivery. Setakat ini, ok barang hantar macam yang diminta,

      Delete
    2. Deposit sikit sgt tuh. Diorang wat layan tak layan je. Almaklumlah kedai femes ramai pelanggan. Saya beli peti ais n washing machine kat kedai ni trus bayar full sehari sebelum delivery. Barang sampai je waktu yg dijanjikan.. bukan dekat ye, diorang hantar sampai ke Pajam N9 tu. Free delivery sekali klu pandai mintal diskaun. Btw, kekadang kos delivery tu diorang dah masuk dlm harga barang, so better mintak diskaun barang dulu sebelum mention nak hantar mana. Then, bila dah deal, baru gitau nak hantar mana. Kalau diorang mintak charge delivery, pepandai la nego kasi sampai free..

      Delete
    3. shai hpd nie dengki........saya masuk semua website barangan eletrik kat kajang.......dia bagi komen yg bukan2.......mungkin dia ingin jatuhkan kedai toong king atau dia sendiri ada kedai barangan elctrik.....sebab tu dia cuba nak propaganda......sabotaj kedai lain..............

      Delete
    4. shai hpd nie dengki........saya masuk semua website barangan eletrik kat kajang.......dia bagi komen yg bukan2.......mungkin dia ingin jatuhkan kedai toong king atau dia sendiri ada kedai barangan elctrik.....sebab tu dia cuba nak propaganda......sabotaj kedai lain..............

      Delete
    5. salam. terima kasih pada yang respon. benda ni memang terjadi pada saya tiada propaganda. saya pun tiada kedai letrik pun saya nak beli barang tempoh hari pun saya google memang banyak cakap kedai ni bagus jadi saya beli la. sabotaj xde la bro watpe nak sabotaj xde guna. memang saya google semua dan cari mana yang ada cakap psl toong king saya copy paste apa yang say tulis di sini supaya saya dapat share kan pengalaman saya. deposit mmg sikit bila tanya toong king dia cakap u letak jer brapa rm 5 pun xpe, ptt sy bg rm 5 jer. mungkin tuan semua belum kene tapi x mengapa mungkin bukan rezeki saya. silalah tuan berurusan dengan toong king kalau nak, saya share apa yang saya kene sahaja, saya xnak lagi datang ke kedai ni

      Delete
    6. Saya dah beli bertahun2 dgn kedai ni.. mmg paling murah dan harga tip top.. macam x percay je berita ni. Tuan kedai tu pon baik x sombong..

      Delete
    7. Saya beli dari kedai ni hampir 25 tahun rasanya.. semua barang elektrik beli kat sini.. alhamdulillah ok je plak.. mgkin ada salah faham.. komunikasi tak sampai ni..

      Delete
    8. da 30 tahun beli kat kedai ni..dr zaman bapak saya smp kepada saya yg da beranak pinak ni.. boleh ambik je bayar kemudian pn dia x kesah. harga mmg murah gile..takyah la u nk fitnah bukan2.

      Delete
  12. kalau tgk kat gambar mcm bnyk barang letrik ada kt kedai ni.. tv pon nmpak mcm bnyk je ada..
    harga tv sini beza tak ngan kedai2 lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. of cos le berbeze.. mane2 kedai mcm tu.. marketing.. ade jual murah ade jual tak brape murah.. mahal skit. ada mahal banyak.. hahahaha

      Delete
    2. kau nak cari tv murah2 ke? pegi courts la. skrg ada jualan murah pesta tv. semalam aku baca berita kat sokkaba metro. huhu

      Delete
    3. ye je murah? kang kalau pegi kata dah abis la apa la. aku penah pegi smpai je courts terus takde dah barang yg jual murah tu. agaknya dah abis kot. uhuhuhu

      Delete
    4. haha. aku baca promosi ni smpai 18 oktober. sempat lagi kalau kau nk g beli tv kt courts tu

      Delete
    5. kalau btul murah, why not aku tak beli je kat courts. kann.. jimat apa kalau ada promosi mcm ni. boleh la tambah size tv makin besar, bli yg baru. ahhaha

      Delete
    6. kan. kalau time2 murah pastu dh mmg nk beli tv baik trus pegi. kan abis promosi melepas pulok. hahaha.

      Delete
  13. Saya bersetuju dgn Shai Hpd..memang betul cakap dia..dah la tak hantar barang on time lepas tu kurang ajar pulak..lepas tu tak nak pulang deposit...jangan pegi kedai ni..sombong sebab ada banyak customer...

    ReplyDelete
  14. Betol Betol Betol

    ReplyDelete
  15. Terima kasih sebab cerita tentang Toong King dekat sini, saya ada beli Dryer dan Washer dekat sini, ada barang murah, ada barang mahal sikit, kena pandai2 bandingkan harga . Aunty yang jaga tu pun pandai explain barang2 dia.

    Tetapi overall saya rasa lebih murah berbanding kedai2 lain. Alhamdulillah, penghantaran pun okay je, siap boleh hantar malam.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. salam kepada pengguna..sorry nk mencelah sikit ye..kepada yg tidak berpuas aty dgn service di kedai toong kin tu knp prlu bersngka buruk seperti menyebarkan cerita yg mengaibkan..sepatutnya kita sebagai pengguna seharusnya bijak utk mendapatkan apa yang kita inginkan..jikalau brlaku sesuatu sprti tidak dikembalikan wang deposit kita boleh mnggunakan saluran yg betul utk membetulkan keadaan dan hak kita sebagai pengguna terbela..tapi sya nmpak ulasan2 yg dikomen seperti unsur2 mnjatuhkan dan mngaibkan..perlu ke???

    ReplyDelete
  18. peti ais 1pintu ada x..klu ada whatsap sy
    0192595290

    ReplyDelete
  19. peti ais 1pintu ada x..klu ada whatsap sy
    0192595290

    ReplyDelete
  20. aircond jenama media 1Hp berapa harga bos?

    ReplyDelete
  21. midea 1hp siap pasang kalau xsilap RM980
    mec 1hp siap pasang RM950

    aritu ada tanya kt kedai tu..

    ReplyDelete
  22. water heater with pump below rm400 ade x ?
    Tv LED Sharp 50" harga berapa yer ?

    ReplyDelete
  23. rasanya yang komen negatif pasal toong king ni..mesti kedai letrik u olls tak laku kan.hehe

    ReplyDelete
  24. ada no tel KEDAI tOONG kING KE .. tnya dulu ada jual tak UHD LED TV

    ReplyDelete
  25. Kipas ade jual jugakkan...nk bli kipas ni..ke die jual brgbletrik besar2 je

    ReplyDelete
  26. kedai toong king ni mmg murah..service tiptop..free delivery area kajang..

    ReplyDelete
  27. saya beli letrik di depan magnum sana. mereka boleh tolong check air cond sekali dengan free je

    ReplyDelete
  28. Hallo bos. Selamat pagi. Dekat bos punya tempat ni ada jual radio yang boleh dapat siaran dengan jelas kepada radio FM?

    ReplyDelete