30 April 2013

Perancangan Kewangan

Minggu lepas saya ada bersembang-sembang dengan kawan saya tentang perancangan kewangan. Kawan saya ini dahulunya makan gaji tetapi sekarang dia dah berhenti kerja untuk fokus kepada perniagaan insurans.

Banyak info yang dia kongsikan terutamanya tentang perancangan kewangan. Sebenarnya, pendapatan bulanan kita perlu dirancang perbelanjaannya mengikut peratusan. Selama ini, saya memang ada buat perancangan kewangan tetapi selalunya, yang rancang lain.. yang jadi lain. Ada yang disimpan.. dikorek semula bila keadaan mendesak. Oh, tak bagus, tak bagus macam ni.


Sumber: Google

Di bawah ini peratusan daripada pendapatan yang dicadangkan:
  1. Perbelanjaan     55%
  2. Simpanan         20%
  3. Kecemasan       10%
  4. Pendidikan         5%
  5. Hadiah              5%
  6. Ibu bapa           5%

Nota:
Pendidikan - kegunaan membeli buku atau majalah
Hadiah - beli barang untuk kegunaan sendiri atau hadiah kepada orang lain

Ini adalah panduan dan boleh disesuaikan mengikut keadaan masing-masing. Sebagai contoh, jika jumlah yang diberi kepada ibu bapa lebih daripada 5%, peratusan pada perbelanjaan boleh dikurangkan untuk menampung jumlah itu. Mungkin juga setengah orang tak memerlukan perbelanjaan untuk pendidikan. Baca buku guna ja ebook atau google ja. Tak perlu beli buku.. Hehe..

Satu lagi tips, simpanan itu simpanlah di tempat yang tidak boleh dikeluarkan. Kurang digalakkan untuk disimpan di bank, tambah-tambah ada kad ATM lagi. Tak nak lah nanti simpanan itu hanya sekejap di situ. Seeloknya, carilah tempat simpanan pelaburan yang ada pulangan yang baik.
Sebagai panduan, jika pelaburan tersebut selepas 20 tahun dijangka boleh memberikan pulangan hampir 100% daripada pelaburan awal maka pelaburan tersebut berbaloi dibuat. Simpan di Tabung Haji lagi bagus, cuma janganlah link kan dengan bank. Nanti boleh korek juga... huhu..

Penting simpanan ini untuk hari tua selepas usia pencen. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur. Selepas usia pencen, pendapatan akan bergantung kepada KWSP atau bagi yang bekerja dengan perkhidmatan awam, pendapatan hanya separuh daripada pendapatan terakhir sebelum bersara. Banyak perbezaannya pendapatan yang diperolehi. Jadi, simpanan ini boleh membantu supaya hidup selepas usia pencen, tenang dan mudah.. InsyaAllah.

Kepada B2B yang membaca perkongsian ini, selepas selesai majlis perkahwinan tu, cepat-cepatlah buat perancangan kewangan bersama-sama dengan suami. Ini penting supaya sama-sama tahu bagaimana nak menguruskan perancangan kewangan keluarga dengan baik. Sebolehnya, kita tak naklah bergaduh suami isteri disebabkan kewangan.

No comments:

Post a Comment