28 September 2014

Kedai Jual Lampu Murah

Ramai yang cakap, kalau nak beli lampu, cuba cari kedai di Puchong. Biasanya, harga lebih murah berbanding tempat lain. Jadi, kami tak survey langsung tempat lain, terus saja sasarkan Puchong.

Ada kawan beritahu, ada satu kedai berdekatan BHP Puchong menjual lampu dan kipas dengan harga paling rendah berbanding kedai lain. Terus sajalah cari kedai ini.

Seperti biasa, mestilah Google dahulu. Memang banyak ulasan tentang kedai ini. Semuanya bagi ulasan yang positif.

Semalam, kami ke sana nak membeli lampu dan kipas. Kami sampai agak awal juga dalam lingkungan 10.40 pagi. Perjalanan lancar menggunakan panduan Google Map yang dah ditetapkan GPS destinasi kedai.

House Lightings nama kedainya.




Kali pertama, saya nak membeli lampu dan kipas. Memang tak tahu apa-apa. Redah sajalah kan. Bila masuk di dalam kedai, sudah ada pun pelanggan tapi belum ramai sangat. Kali pertama masuk kedai lampu, rasa seronok pulak tengok cara menyusun lampu untuk dicuba.



Proses pemilihan barang yang kami nak beli menjadi mudah dan cepat sebab dibantu pembantu kedai yang cekap. Setelah selesai pemilihan barang, semua barang dikumpulkan di satu bahagian untuk semakan. Kami tak perasan pun bila barang dibawa ke bahagian itu, tengok-tengok semua dah sedia untuk diuji atau disemak.

Setelah selesai proses semakan, pembantu kedai bagi no giliran untuk pembayaran di kaunter bayaran pula.




Selepas selesai pembayaran, barulah barang dikeluarkan dan disemak lagi. Pembantu kedai tolong angkut barang ke kereta.

Dalam jam 11.20 pagi, kami dah pun bertolak balik ke Putrajaya. 40 minit sahaja semua selesai.

Kepada yang nak membeli lampu dan kipas, boleh cuba ke kedai ini.

House Lightings
1-19, Jalan Bpu 6
Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama
47100 Puchong, Selangor




http://goo.gl/maps/U3bAp

*Selepas nampak Avenue@Puchong di sebelah kiri, terus masuk simpang kiri, kemudian masuk lorong kanan yang pertama.

Buka hari Selasa - Sabtu (10 pagi -8 malam)
Ahad (hingga 5 petang)
Isnin tutup

No comments:

Post a Comment