13 April 2012

Kad Undangan DIY Versi Saya

Alhamdulillah kad undangan dah siap. Versi untuk undangan di kampung telah pun selamat diserahkan pada mak, ayah dan juga mak, ayah En F. Mak, ayah saya merancang ingin menghantar undangan pada hujung bulan ini.


Kad versi undangan di kampung memang sangat ringkas. Saya buat 2 rekabentuk (sebelah saya dan sebelah En F) menggunakan Adobe Photoshop. Saya tak pakai pun template seperti yang saya ceritakan dalam entry kad kahwin DIY sebelum ini. Opps, bila masa tak mencukupi, perancangan yang terakhir tu lah akan diambil kan... Hehe..


Selepas siap rekabentuk tu, saya cetak kad menggunakan kertas A4. Kemudian, hantar ke kedai fotostat yang menawarkan fotokopi digital untuk difotokopi. Kualitinya hampir dengan dicetak terus menggunakan pencetak, dengan kos 10 sen untuk sekeping kad (depan belakang). Sekeping A4, saya dapat 2 keping kad. Besar penjimatan di situ..



Kad yang telah untuk dipotong 2 dan pisau serta pembaris yang telah berbakti.. :p
Maafkan latar belakang yang semak. Inilah meja kerja saya.. huhu




Kad undangan versi gabungan juga telah siap direkabentuk. Kad ini saya gabungkan untuk kedua-dua belah pihak. Cabaran paling besar semasa melukis satu peta ke rumah pengantin. Walaupun, lokasi rumah saya dan En F berdekatan. Dalam 15 minit ke rumah Encik F dari rumah saya. Melukis satu peta untuk kedua-dua rumah pengantin memang saya rasa sukar. Terpaksa lah, banyak jalan dipendekkan. Entah berapa la skala yang pakai. Harapnya, peta tu dapat membantu kawan datang ke majlis nanti. Tak banyak pun.. sedikit pun boleh kot.. 


Rekabentuk kad undangan versi gabungan? Sama ja dengan versi undangan kampung. Pada asalnya saya nak buat rekabentuk yang lain daripada versi kampung. Tapi, rasa masa dah sempit ini. Tak cukup masa lagi nak memikirkan rekabentuk baru. Semua kad ini saya akan cetak. Kuantiti tak banyak sangat. InsyaAllah, cukup toner pencetak ni untuk cetak semua kad tu.


Ringkas kad saya. Konon konsep minimalist. Hehehe.. Tapi, takpe lah. Tak perlu kad mahal untuk undangan. InsyaAllah, kawan-kawan akan datang..


Masa saya dalam proses nak siapkan kad ini, terjumpa rekabentuk kad undangan majlis perkahwinan Maya Karin.


Likeee!!!


Sumber: Google




Boleh juga nak dikatakan.. kad saya diinspirasikan juga oleh kad undangan majlis Maya Karin.. :D

6 comments:

  1. Salam, nk tnye ni..
    Ape maksud kedai
    fotostat yang menawarkan
    fotokopi digital untuk
    difotokopi.? Xphm la..
    Kedai fotostat biase tu ke atau yg cmne ea?

    ReplyDelete
  2. Cik Mashi,

    Salam, Maaf lambat reply.. sebenarnya mesin fotostat ada analog dan digital. Kalo mesin fotostat digital, kualiti fotostat tu hampir sama dengan yang asal. Kalau pergi kedai fotostat, boleh tanya.. ni digital ke tak. Kalo digital ni mahal sket. Yang kedai saya pergi tu, 1 muka 5 sen. Kalau yang analog, mungkin dapat 1 muka 2 sen camtu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai nk tnya kertas guna kertas a4 biase lah.. qaseh bt colour... say diy jugak tp xtahu nk print mcmne.. fully semua rate mahal..

      Delete
    2. Saya cetak guna kertas A4 biasa. Fotostat pun kertas A4 biasa. Nak jimat lah katakan.. :D

      Delete
  3. salam..
    awak buat kad ni pakai apa2 software ke atau guna word ja?
    tq..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanim,

      Saya buat guna Adobe Photoshop. Bila dah siap set cantik-cantik, pastu baru cetak kepada kad tu.

      Delete