16 April 2013

Kegilaan Barang Organik

Saya sendiri tak pasti bila saya mula terjebak dengan barang organik. Tak ingat puncanya. Sebenarnya, barang kosmetik di pasaran kebanyakannya ada bahan kimia dan semuanya akan ada paraben. Paraben ni adalah bahan pengawet supaya barang kosmetik tersebut tahan dan tidak rosak.

Seeloknya, elakkan penggunaan bahan kosmetik yang ada bahan kimia. Memang kandungannya menepati standard kesihatan yang ditetapkan. Tapi, bayangkan kalau penggunaannya berpuluh-puluh tahun. Entah banyak mana dah tersimpan dalam badan kita. Tambah lagi zaman sekarang, banyak terdedah dengan bahan kimia. Sebaiknya cubalah elakkan semungkin boleh.

Berhati-hati juga dengan jenama. Walau bunyi macam 'makanan kulit' tapi ia tidak bermakna ia 100% natural apatah lagi organik! Memang produk kosmetik organik mahal sedikit harganya. Pakai pun memang berjimat lah... hehe.

Saya dah pun memilih jenama produk organik untuk bayi. Sebolehnya, tak mahu dedahkan bahan kimia pada kulit bayi nanti. Baru saja hantar tempahan hari Ahad lepas, hari ni dah sampai pun barangnya. Harap sesuai lah produk ni dengan bayi. Kebiasaannya, penggunaan produk organik tak berlaku alahan. Sebab, ia organik kan.

No comments:

Post a Comment