24 July 2013

Pengalaman Berpantang Sendiri

Alhamdulillah, saya sudah pun selamat berpantang selama 44 hari. Boleh dikatakan berpantang sendiri jugak la. Mak ada datang ke rumah dan tinggal selama 8 hari. Memang tak boleh tinggal lama sebab ada urusan mendesak lain di kampung. Saya faham sangat.. Mak dapat datang seminggu ni pun saya bersyukur sangat.

Selama mak di sini, kakak saya pun turut datang ke rumah. Memang penuh la rumah. Saya tak sempat pun nak tengok dapat tidur berbantal ke tidak. Ibu lepas bersalin kan..
Saya menggunakan Set Bersalin Tanamera. InsyaAllah, nanti saya nak coretkan perkongsian tentang set ni sebagai kenangan saya juga.

Tentang berpantang sendiri, mak saya memang tak bersetuju saya berpantang di Putrajaya. Kalau ikutkan mak, bersalin pun disuruh balik kampung. Tapi, saya degil.. saya memang degil.. jadi mak turutkan juga apa yang saya nak. *senyum

Alhamdulillah, sepanjang berpantang semuanya baik. Ada juga perubahan emosi tapi terkawal. Tidak lah sampai tahap meroyan. Dilindungi Allah juga daripada sakit demam atau bentan. Hana pun baik, tidur malam baik. Hanya terjaga bila lapar susu kemudian sambung balik tidur. Walaupun camtu, badan ambil masa juga untuk sesuaikan diri. Tidur malam sekarang dah tak macam dulu.
Bagi saya kalau nak berpantang sendiri, perlu ambil kira perkara di bawah:

1. Kalau bersalin normal insyaAllah lagi mudah berbanding czer sebab luka cepat sembuh. Kalau diberi rezeki kena czer hari tu memang saya batalkan perancangan berpantang sendiri. Tak berani.

2. Suami dah didedahkan dengan masakan untuk orang berpantang. Semasa dalam pantang, suami masakkan masak asam, singgang, sup atau bakar. Saya makan ikan tenggiri ja sepanjang berpantang sebab ikan ni senang nak siang. Mudahkan keja suami.

3. Perkakas masak yang best. Kami beli periuk ajaib jadi senang nak bakar ikan. Masak pun senang guna periuk ajaib. Tak menyesal langsung beli!

4. Set berpantang yang mudah guna. Saya pakai tanamera. Mudah sebab semua dalam paket.
5. Sarung tungku herba ni ok jugak kalau ada. Maklumlah duduk di bandar, mana nak dapat daun-daun. Pakai sarung tungku ni dah memadai.

6. Paling penting.. SABAR, SABAR, SABAR. Saya pun tak cukup bersabar. Tapi ini memang sangat penting. Ibu masih dalam proses penyembuhan. Semua sistem badan yang berubah nak kembali ke keadaan sebelum mengandung. Bagi saya memang mempengaruhi emosi. Sebab itu ada istilah post partum depression. Orang melayu panggil meroyan.

Ada beberapa perkara yang saya belajar semasa berpantang.

1. Elok basuh miss V dengan air garam untuk mudah baikkan luka. Saya guna garam Alzara yang saya beli di cosway. Hari ke 10 baru saya guna. Sebelum tu saya guna pembersih yang dalam set Tanamera. Lagi selesa basuh dengan air garam. Nurse ada pesan jangan basuh dengan air asam keping sebab nanti jahitan cepat putus tapi luka belum sembuh

2. Jaga ibu jari jangan tersepak apa-apa. Ibu jari ini ada urat yang sambung ke saluran darah dalam rahim tu. Takut jadi tumpah darah. Lebih kurang macam ni nurse cakap.

3. Mandi berduduk menggunakan kerusi kecil. Tak boleh duduk mencangkung.

4. Sebelum bertungku di perut, sapu minyak dulu. Apa-apa minyak pun boleh. Ni pesan mak saya.

5. Jaga cara duduk. Duduk mesti berlapik supaya tak sakit urat nanti.

Semasa dalam tempoh berpantang, yang saya tak boleh nak ikut ialah tak boleh banyak minum air.
Ini memang saya tak boleh buat sebab saya cepat dahaga. Kebetulan pula di awal pantang, musim panas. Lagi kering jadinya. Lagi satu, dalam minum banyak air pun saya sembelit. Kalau kurang minum air entah bagaimana lah ye.

Saya makan kurma dalam pantang. Minum habbatussauda dengan VCO. Sebab tu badan saya lagi panas rupanya. Saya baru tahu habbatussauda panas. VCO tu bagus untuk sembuhkan luka, pulih kecergasan badan.

Ada juga saya makan kismis tapi badan jadi berangin. Tak serasi kot. Saya makan juga badam. Minum juga susu kambing. Semuanya dengan niat nak banyakkan susu.
Saya tak menyesal berpantang sendiri. Allah izinkan berlaku tentu ianya terbaik untuk saya. Walau bagaimana pun, akan datang saya tak pasti apa pula pilihan saya.

13 comments:

  1. Bestnya baca pengalaman ibu berpantang sendiri ni.

    teringin nak berpantang sendiri untuk anak ketiga nanti. kene latih suami dulu supaya jadi hebat macam suami u. ngeeehhehehee.
    minum byk air pon sembelit juga ye? saya pon. sampai berdarah2.. (seriau nak teran).. mcm rasa beranak banyak kali (errr...errr...)




    Selamat berkenalan dear :)


    IbuCergas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farha

      Suami saya masak biasa-biasa je. Mujur selera makan saya ok. Jadi sumanya saya rasa sedap je. Heheh....

      Aah sy sembelit gak. Itu lah, Saya minum Lactul, baru ok. Alhamdulillah..

      Delete
  2. Assalamualaikum sis...untuk elakkan sembelit...mkn pil phytonatal dari nonaroguy.... Tp kalau anak kuning..nurse tak bg mkn apa2 jMu...jd caranye yg lain adalah... Jgn minum milo...faktor sembelit tu.mkn kurma byk2... Buah tin..byk2..10 biji sehari...Insyaallah x sembelit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih puan, Pantang seterusnya boleh la cuba petua Puan ni. Elok makan kurma untuk tambah susu kan..

      Delete
  3. Tahniah. Hebat btol berpantang sendiri.

    ReplyDelete
  4. Saya anak kedua pon berpantang sendiri. Alhamdulillah, suami byk membantu.
    Sekarang pon byk dah keperluan ntok ibu bersalin, mandian herba semua tu beli instant ja. hihih

    Jemput singgah ke blog saya
    www.husnanetwork.com
    dan
    www.dcerdas.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Puan Arinie,

    Allah mudahkan semuanya. Alhamdulillah..


    Puan Anisah,
    Aah betul, Keperluan bersalin dah siap paket tu sangatlah memudahkan ibu bersalin dan juga suami. Hehe...

    ReplyDelete
  6. tq for sharing..banyak sgt tips2 berguna

    ReplyDelete
  7. salam..boleh tau mana nk bli tungku herba?

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, 3 kali berpantang, masih harapkan adik beradik dan mak yang jaga. :)

    berpantang lebih bertenaga

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah banyak ilmu manfaat yang dikongsi, terima kasih banyak

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dapat byk maklumat ttg habatus sauda...tq sharing

    ReplyDelete