Sekadar coretan pengalaman bersalin anak pertama. Perkongsian ini mungkin sangat panjang.
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang puteri pada 25 Mei 2013 bersamaan 15 Rejab 1434H jam 3.02 pagi di Hospital Putrajaya. Tepat pada tarikh EDD.
Kronologinya:
23 Mei 2013 (Khamis)
Bangun pagi jam 6.00 pagi, saya perasan ada tompokan darah. Dalam 8.00 pagi, keluar pula lendir coklat pekat. Tak banyak sangat. Suami buat keputusan ke hospital untuk pemeriksaan. Jadi, tak pergi kerja lah. Sepatutnya hari ini hari terakhir saya bekerja sebelum saya bercuti 3 bulan memandangkan EDD saya 25 Mei 2013.
Saya tak rasa berdebar apa-apa sebab memang langsung tak rasa sakit apa-apa. Cuma berfikir mungkin kah malam ini bayi saya akan dilahirkan. Kalau ya, alhamdulillah. Lahir malam Jumaat atau pada hari Jumaat.
Sebelum ke hospital, kami bersarapan dulu di kedai Kak Mah Nasi Dagang, dekat Putrajaya Gate 1. Saya makan nasi lemak, milo kosong dan sebiji telur separuh masak. Tiba-tiba teringin pulak nak makan nasi lemak di kedai tu. Memang kena pergi jugak sebab takut malam ni dah bersalin. Kalau tak, nanti kena tunggu lepas 44 hari. Lambat tu. Hehe..Yang telur separuh masak tu saya makan sebab untuk bekalan tenaga. Ada baca daripada blog lain, bagi tips supaya amalkan makan telur separuh masak pada hujung-hujung kehamilan untuk bekalan tenaga bila nak bersalin. Jadi, saya cubalah.. mana tau serasi dengan saya.
Lepas dah kenyang, baru ke Hospital Putrajaya. Kami terus ke Dewan Bersalin. Selesai daftar, saya terus diminta ke bilik saringan. Alhamdulillah, tak ada pesakit pun dalam bilik tu. Lepas ambil tekanan darah dan sampel urin, terus diminta baring di katil. Seperti biasa, perut dipasang alat CTG untuk memantau degupan jantung bayi. Dalam 20 minit, pemantauan dibuat. Jantung bayi ok. Kemudian, saya diperiksa bukaan. Ini lah yang tak seronok. Sakit pulak kena periksa dengan Dr. ni. Dr. kata tiada bukaan lagi. Datang semula bila sudah rasa sakit. Ok, terus boleh balik.
Selepas balik dari Hospital Putrajaya, kami singgah di Alamanda. Niatnya nak jalan-jalan, senaman kaki. Pusing-pusing di Parkson, Aeon Big pun pergi jugak. Tapi memang tiada rasa sakit apapun. Sempat juga temankan suami potong rambut di ASaloon. Puas pusing, singgah makan nasi putih, ikan talapia bercili dan jus tembikai di Rasa, kemudisn kami balik ke rumah. Sakit? Belum ada lagi.
Seperti kebiasaan, saya google pengalaman ibu lain yang turun tanda darah. Ada setengah tu berhari-hari juga baru ada rasa sakit nak bersalin. Masa tu, dok berdoa moga malam ni mulalah sakit. Berdebar menunggu....
Malam tu berlalu tanpa rasa sakit. Jadi, punah la harapan saya nak bersalin malam Jumaat. Harapan seterusnya, bersalin pada hari Jumaat pulak.
Sepanjang hari saya baca doa ini bergilir-gilir moga permudahkan semuanya..
Thumas sabila yassaroh
Laailahailla anta. Subhanaka inni kuntu minazzolimin
Laailahailla anta. Subhanaka inni kuntu minazzolimin
24 Mei 2013 (Jumaat)
Bangun pagi masih rasa seperti biasa. Lendir coklat ada keluar lagi. Sedikit-sedikit saja. Pagi tu, kami berdua di rumah saja. Memang tak bekerja sebab cuti hari Wesak. Sarapan pagi saya roti, Vico kosong dan telur separuh masak. Suami yang sediakan. Mula jam 10 pagi saya ada rasa sakit perut. Masa tu tak tahu lagi ini sakit contraction. Lagipun, boleh tahan lagi.
Dalam 12 tengah hari, kami keluar. Suami ke masjid untuk solat Jumaat. Saya pula ke Alamanda. Nak bersenam lagi. Hehe.. Saya pusing-pusing di Parkson. Rasa makin sakit pulak. Setiap kali sakit, saya cuba amalkan teknik pernafasan. Semasa tarik nafas, saya baca Laailahailla anta. Lepas nafas pula saya baca Subhanaka inni kuntu minazzolimin.
Perut pun rasa memulas semacam juga. Pergi ke tandas, takdak hasil pulak yang keluar huhu. Dalam jam 3 petang, suami dah balik daripada solat jumaat. Kami pusing-pusing di Aeon Big. Masa ni, saya mula rasa sakit yang kerap. Kadang-kadang, 5 minit sekali atau 10 minit sekali. Cuba bertahan.. masih boleh senyum. Saya ada baca tips daripada satu blog ni, kalau masih boleh senyum semasa contraction, maknanya belum sakit kuat lagi. Saya gunakan tips ini untuk ukur tahap sakit tu.. hehe. Masa ini baru tau camni rupanya sakit contraction.
Sakit berterusan hingga ke malam. Dalam jam 9 malam, saya mula kira kekerapan contraction. Contraction sudah mula datang 5 minit sekali. Tiap kali sakit saya amalkan teknik pernafasan sambil berjalan-jalan dalam bilik yang gelap. Rasanya itu buat saya lebih mudah tahan rasa sakit tu. Memandangkan saya rasa tak boleh tahan lagi rasa sakit tu, kami buat keputusan untuk ke hospital. Dalam 10.30 malam kami sampai ke hospital.
Seperti prosedur biasa, pemantauan menggunakan alat CTG dan pemeriksaan bukaan dibuat. Keputusannya bukaan baru 2 cm tapi contraction yang saya rasa masa tu terlalu kuat (too intense). Dr. buat keputusan untuk terus masukkan saya ke labour room. Air ketuban dipecahkan dan saya terus ke labour room.
Jam 11.55 malam saya sampai di labour room.
25 Mei 2013 (Sabtu)
Bermula fasa menahan sakit. Nurse datang tanya nak ambil epidural tak. Dia nasihatkan supaya ambil memandangkan baru 2 cm saya dah sakit setahap ni. Takut saya tak boleh tahan sakit lagi jika proses menunggu bukaan hingga 8 jam. Secara teori 1 cm bukaan ambil masa 1 jam. Kalau nak kena ambil sekarang sebelum sampa bukaan 5 cm. Saya menolak untuk ambil epidural. Jawapan saya pada nurse.. Takpe lah nurse.. Saya tanak amik epidural.. insyaAllah..
Bukanlah saya yakin sangat boleh menahan sakit cumanya saya takut dengan risikonya. Tak lama lepas tu, Dr. Nisa pula datang tanya lagi betul ke saya tak nak epidural. Epidural boleh hilangkan rasa sakit tapi ada risikonya. Jawapan saya tetap sama.
Nurse datang lagi untuk masukkan induce. Saya tak pasti apa namanya. Cuma nurse tu beritahu lepas ni sakit contraction akan lagi kerap iaitu 4 kali dalam masa seminit. Sekarang baru sekali dalam seminit. Saya tanya pada nurse tu saya nak buang air besar. Barulah tahu saya belum diberi ubat berak. Dia matikan induce kemudian masukkan ubat berak. Tak sampai seminit rass tu datang. Jadi, selamat.. hehe
Selesai semua operasi nature call, induce disambung semula. Suami dah dipanggil masuk ke dalam labour room. Dia terus tunaikan solat hajat dalam labour room. Terharu saya masa tu huhu..
Masa rasa lambat sangat bergerak semasa dalam labour room. Bermula jam 1 pagi, sakit semakin kuat. Saya pegang tangan suami tapi tak boleh genggam kuat-kuat. Bila genggam kuat-kuat rasa lagi sakit. Sepanjang menahan sakit, saya pejamkan mata. Kalau tak pejam takut nampak apa-apa reaksi suami yang boleh buat rasa marah. Tengok dia goyang kaki pun rasa rimas. Tengok dia menguap pun tak boleh haha.. Sepanjang masa saya baca doa Nabi Yunus. Suami pun turut bacakan doa tu di telinga saya. Saya rasa seperti mengajar mengucap dekat sampai ajal dah. Sungguh!
Selang seli saya beristighfar. Kadang bila sakit terlalu kuat, hanya Allah saja yang boleh saya ucapkan. Masa ini macam-macam terfikir.
Boleh ke aku tahan sakit ni sampai bukaan penuh.. Dah la tak amik epidural..
Ni rupanya sakit bersalin.. lebih daripada tahap sakit yang manusia mampu tahan.. tetapi wanjta bersalin boleh..
4 kali saya rasa ada benda menolak. Tapi saya tak tahu tu rupanya tanda dah boleh meneran. Rasa tu tak boleh ditahan, jadi saya ikut ja rasa tu.
Tak lama lepas tu, dalam jam 2 pagi, Dr. dan nurse datang untuk periksa bukaan. Mula-mula nurse yang periksa dulu. Saya dengar dia cakap macam dah buka banyak tapi dia kurang pasti. Lepas tu, Dr. pulak periksa. Memang bukaan dah 8 cm. Saya mendengar tu rasa lega.. dalam menahan sakit. Sebelum Dr. keluar dia pesan kalau rasa nak meneran teran sahaja sedikit-sedikit. Boleh bantu untuk cepatkan bukaan. Dia juga pesan kalau dah sakit sangat jerit sahaja untuk panggil nurse dll.
Tak lama lepas tu (saya rasa tak berapa lama), saya rasa tolakan yang kuat. Dalam jam 2.46 pagi, nurse dan pasukan terus datang untuk siapkan katil. Pasang alat letak kaki. Saya dah disediakan untuk bersalin. Tak pasti masa tu dah berapa bukaannya. Suami saya dipanggil masuk. Dalam Dr. sedang bersedia untuk menyambut bayi, ada panggilan masuk. Saya siap terfikir lagi..Santai betul Dr. ni.. sempat lagi jawab call hehe.. Rupanya, itu panggilan daripada Dr. Hazim yang sepatutnya stand by sambut bayi saya disebabkan Dr. Hamidah cuti pada hujung minggu tu. Dr. Hazim tanyakan bagaimana keadaan sekarang. Dr. maklumkan dah nampak kepala bayi. Jadi, Dr. Hazim beri kebenaran untuk teruskan. Memang tak sempat nak tunggu Dr. Hazim dah.
Saya terus diajar untuk meneran. Kena pegang besi di bawah tempat letak kaki tu dan angkat kepala hingga dagu mencecah dada. Teran kali pertama tak berjaya sebab tarik nafas pendek. Cubaan kedua, alhamdulillah berjaya. Kepala bayi dah keluar. Seterusnya ketiga dan keempat. Alhamdulillah, bayi saya selamat dilahirkan dan keluar tanpa tangisan. Bila dimasukkan wayar untuk menyedut cecair keluar daripada mulut tu baru menangis.
Saya bacakan doa ibu Maryam kepada Maryam ketika dilahirkan semasa skin to skin contact.
Inni u'izuhabika wazurriyataha minnasyaiton nirrojiim
Nurse bersihkan bayi, pakaikan bajunya dan letak di katil bayi. Perasaan masa tu sangat lega. Alhamdulillah.. saya berjaya. Allah permudahkan semuanya. Itu juga kata Dr. dan nurse pada saya. Saya mudah..
Dalam 3.15 pagi, proses menjahit bermula. Dalam jam 3.45 pagi selesai menjahit. Kaki saya pun boleh diturunkan.
Suami dipanggil masuk. Terus suami azan dan iqamatkan, baca ayat kursi, surah 3 Qul dan Al-Qadr. Kami bertiga bergambar dalam labour room. Sebagai kenangan hehe.. Lepas tu, kami dok pandang bayi sahaja. Kami dah jadi ummi dan babah! Saya antara terlelap dan terjaga. Jadi mamai bercakap-cakap. Kesan ubat tahan sakit rasanya. Kelakar.. mulut bercakap tak berhenti haha..
Lama saya di labour room sebelum dapat dimasukkan ke wad. Dalam jam 6 pagi, HO datang untuk periksa keadaan bayi. Semuanya ok. Jam 8 pagi baru saya dapat masuk ke wad. Tak dapat wad 1 katil, kena berkongsi. Agak sempit, tapi redha saja la.
Sampai di wad bermula cabaran untuk breastfeed bayi. InsyaAllah saya akan coretkan dalam perkongsian yang lain. Apapun, saya bersyukur..
1. Semuanya selamat. Saya sakit bersalin 3 jam. Nurse kata sakit contraction saya sampai tahap 100.
2. Saya ambil FPP tapi yang menyambut bayi saya MO. Tapi dengarnya dia HO. Apapun tak mengapa, Dr. dah jalankan tanggungjawab dengan sangat baik.
3. Nurse sangat membantu. Kata-kata semangat dalam nada lembut, sangat membantu saya meneran. Tak stress semasa meneran dan saya dapat mendengar arahan dengan baik.
4. Tak ambil epidural dan dapat tahan sakit.
5. Ada sediakan air selusuh dan minyak selusuh. Air selusuh suami yang buat. Minyak selusuh pulak Mak Ngah yang buat. Dua-dua tak sempat digunaksn walaupun dah bawak masuk ke dalam labour room. Siap bukak penutup dah. Sakit sangat sampai saya tak mampu fikir nak gunakan.
6. Suami yang sangat menyokong. Bacakan doa Nabi Yunus dan istighfar di telinga saya. Solat hajat di labour room dan sujud syukur di luar labour room bila semuanya selamat. Terima kasih sayang!
Alhamdulillah, perjalanan menjadi seorang ummi baru bermula. Moga Allah membimbing saya dengan petunjukNya supaya saya dapat menjadi ummi mithali.. amin..
Hana Nur Widad pada hari ketujuh
Assalamualaikum puan, saya berminat untuk Isteri bersalin disana , tapi nak dengan Dr perempuan, Boleh conform x nak dapat Dr perempuan ? Sebab takut sangat2 kalau dapat Dr Lelaki..
ReplyDeleteWaalaikumussalam
ReplyDeleteEncik, kalau betul-betul confirm memang tak boleh. Tetapi boleh la cuba amik skim FPP ni dan minta nak Dr. perempuan. Check up bulanan akan dengan Dr. perempuan yang kita dapat tu. Masa hari bersalin itu yang tak tentu sebab bergantung kepada jadual duty Dr. Kalau lah Dr. yang dipilih under skim FPP cuti, saya rasa boleh equest kot Dr. perempuan juga yang sambut baby. Mungkin MO yang lain. Boleh cuba call unit FPP Hosp Putrajaya
Hai Bai...lily ni..aku google2.. baca entry ko ni...tengah menunggu hari..ada tanda show...he he....
ReplyDeleteLily,
DeleteAku perasan status ko tu tengah menunggu timing kan. InsyaAllah semuanya selamat.
Malu lak tiba-tiba jumpa kawan sendiri baca blog aku.. Hahaha
Sis masa jahit tu dia bius ke?
ReplyDeleteYe puan.
DeleteDIa bius. Saya tak rasa apa-apa pun. Dr tu ajak berbual masa tu mungkin tak bagi saya tertidur kot.
AsSalam nak tanya. Berapa kos fpp ye memandangkan bkn doc pakar yg sambut? Terima kasih.
ReplyDeleteSalam
DeleteKos sama ja macam pakar yang sambut. Tiada beza harga..
Salam .Means mase jahit tu x rase pape yea;)
ReplyDeleteOh yea salam knal . Kite ade copy paste sis nye entry amalan semasa mengandung for future reading . Tq
alhamdulillah. pengalaman anak first mmg takkan boleh lupa kan kak. saya pun tgh terimbau kembali pengalaman lahirkan anak first
ReplyDelete