31 December 2013

Rezki Paling Istimewa 2013

Hari ini 31 Disember 2013, hari terakhir tahun ini. Sungguh, saya rasa masa sangat cepat berlalu. Hujung tahun lepas, masa itu saya sedang mengandungkan Hana. Hana baru 3 bulan dalam kandungan, lebih kurang. Hari ini, Hana sudah pun 7 bulan lebih. Sudah pandai mengensot dengan laju. Sudah pandai mencari mainan yang dia suka. Sudah boleh mengemas haha..

Setiap hari, Hana sentiasa di ingatan, lekat di hati saya. Ya sesungguhnya Allah lah yang utama. Cuma, ini perkongsian syukur saya atas rezki Allah kurniakan saya seorang Hana. Rezki yang dulu saya pernah rasa redha jika Allah tak berkehendaki saya layak merasai nikmat rezki ini. Alhamdulillah Allah mengizinkan saya menerima rezki ini.

Allah kurniakan saya Hana yang sungguh baik. Semasa mengandung semuanya baik. Tiada alahan teruk. Tiada komplikasi mengandung. Bersalin normal pun dimudahkan. Semasa dalam pantang, Hana sihat. Tak demam. Tak meragam. Sehingga sekarang, Hana anak ummi yang solehah. Tak banyak ragam, segalanya mudah. Syukur, ini rezki yang terindah untuk saya dan suami.

Ummi doakan Hana menjadi anak yang solehah. Yang dapat kirimkan doa kepada ummi dan babah bila ummi dan babah tiada lagi di dunia ini. Moga Allah memberi ummi dan babah petunjuk hidayah agar dapat membimbing Hana menjadi anak yang solehah. Amin..
Terima kasih Allah, kurniakan Hana Nur Widad.. Kebahagiaan cahaya kasih sayang kami :)

Ada elektrik dengan kamera. Hehe, pantang nampak kamera. Pandai terus nak posing

No comments:

Post a Comment