04 July 2014

#Buku4Ukhwah : Jom Melabur Saham Akhirat

Sempena Ramadhan yang mulia, jom banyakkan bersedekah. InsyaAllah menjadi saham yang sangat bernilai di sana. Tambahan lagi di bulan mulia ini, ganjarannya berganda. Hanya Allah yang tahu banyak mana ganjarannya.



Saya nak war-warkan projek #Buku4Ukhwah yang diusahakan oleh Telekung Project untuk mengumpul dana sebanyak RM10,000.00 bagi cetakan buku Tatacara Solat dan Wuduk untuk kanak-kanak. Illustrasi dalam buku ini adalah hasil tangan Allahyarham Nadia Zahri yang telah kembali ke rahmatullah setahun yang lepas.

Dana ini sedang dikumpul bermula 3 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014.

Kepada yang berminat, silakan membaca maklumat lanjut tentang #Buku4Ukhwah.

Mohon sebarkan, kongsikan kepada semua yang dikenali. Moga kita sama-sama mendapat kebaikan.

No comments:

Post a Comment