23 October 2014

Perkhidmatan Syarikat Movers/Packers Yang Murah

Hampir setahun berpindah, baru saya dapat menulis ulasan tentang perkhidmatan Move/Pack yang kami ambil pada November tahun lepas dengan Trio Logistics. Saya dapat maklumat tentang syarikat ini selepas saya mengisi permintaan untuk sebut harga untuk perkhidmatan movers/packers di satu laman web. Saya sudah lupa alamat web tersebut. Jadi, tak dapat kongsikan alamat webnya.

Syarikat ini antara yang memberikan respons kepada permintaan sebut harga tersebut. Emel dihantar kepada saya bersama borang untuk senarai barang/perabot yang akan diangkut untuk berpindah. Selepas mengembalikan borang yang lengkap diisi, mereka emelkan saya sebut harga perkhidmatan move and pack. Harga yang ditawarkan memang murah berbanding sebut harga lain yang diterima.

En. Asrul, saya kira tokey la kot ada datang ke rumah untuk tengok berapa banyak barang yang hendak diangkut. Selepas selesai sesi tinjauan, En. Asrul terus beri harga perkhidmatan. Saya cuba tawar harga. Alhamdulillah, dapat.

Pada hari kejadian untuk berpindah, kerja-kerja membungkus barang bermula jam 12 tengah hari. Saya yang minta lewat sedikit. Biasanya mula kerja jam 9 pagi. Semua barang kaca akan dibungkus dengan kertas, plastic wrap atau bubble wrap mengikut jenis barang. Kotak dan semua peralatan pembungkusan Trio Logistics yang sediakan. Sudah termasuk dalam kos perkhidmatan.

Selepas waktu Zuhur, semua barang diangkut masuk lori muatan 5 tan. Bunyi macam besar tapi penuh juga lori dengan barang rumah kami.













Selepas En. Asrul selesai semak dan pastikan semua barang yang hendak diangkut selamat dimasukkan ke dalam lori, barulah lori dikunci. Kemudian, lori terus bergerak ke destinasi baru. Sesampainya, di rumah baru semua kotak dan barang diangkut. Kotak akan diletakkan mengikut kehendak tuan rumah. Barang dalam kotak tidak unpack. Itulah tugas tuan rumah nanti. Saya ambil masa 5 bulan baru selesai membuka semua kotak yang ada. Itupun ada lagi kotak dalam stor belum selesai 'diuruskan'.

Semua proses mengangkut dan memasang semula selesai hampir jam 8 malam dan terus kami selesaikan pembayaran.

Penat, letih juga tengok orang mengangkut barang.

Bagi yang mencari perkhidmatan move and pack, boleh cuba syarikat ini.


Trio Logistics
En. Asrul - 0199358696 / 0199739109


Harga murah, perkhidmatan pun bagus. Saya bagi 4 daripada 5 bintang.

Nasihat saya, barang yang penting dan berharga lebih baik diangkut sendiri bagi menjamin keselamatannya.

1 comment:

  1. Assalam, jika tak keberatan bole saya tau brapa harga yg Trio logistics charge utk lori 5 tan berserta service? dan agak2 brapa KM from your old house to new house? sbb nak dptkan anggaran harga utk berpindah...terima kasih.

    ReplyDelete