Saya rasa masing-masing ada pengalaman yang berbeza bila berurusan dengan butik pengantin. Bagi yang mendapat pengalaman yang baik, indah.. alhamdulillah, anda bertuah. Bagi yang mendapat pengalaman kurang baik, alhamdulillah.. anda pun bertuah jua! :)
Saya diberikan pengalamanan yang sedikit menarik. Bagi saya lah... Hehehe..
Menguruskan majlis perkahwinan untuk diri sendiri dari jauh, memang sesuatu yang agak sukar. Peluang untuk membuat kaji selidik harga perkhidmatan butik pengantin di kampung halaman agak terhad. Hanya dapat survey serba sedikit pada masa balik kampung sahaja. Selebihnya, Internetlah segala-galanya punca untuk dapatkan maklumat.
Saya membuat tempahan pakej di sebuah butik pengantin yang agak terkemuka di sebuah bandar di Kedah agak awal. Tempahan dibuat pada November 2011 dengan jangkaan majlis akan diadakan pada 2 hari yang berbeza. Tetapi, ketentuan Allah adalah segalanya.. tarikh ditentukan dan majlis akan diadakan serentak pada hari yang sama. Jadi, banyak perkara dalam pakej yang ditempah sebelum ini terpaksa dibatalkan. Ibu saya menyarankan, saya tidak mendapatkan perkhidmatan sewa pelamin dan lain-lain. Ibu cadangkan saya DIY saja pelamin. Sebabnya, tempoh sewaan tu singkat. Tidak berbaloi dengan bayaran nanti. Saya bersetuju dan akhirnya batalkan pakej dan ambil baju dan make up sahaja dengan butik tu. Nak dijadikan cerita, saya terjumpa seorang MUA (saya panggil MUA lah ye.. senang.. sebab adik ini memang amik perkhidmatan make up je..). Saya suka hasil kerjanya..Lantas, saya batalkan make up dengan butik, saya ambil baju sahaja. Hehehe...
Nak dijadikan cerita lagi, bila masa dah makin suntuk, dalam 2 bulan setengah sebelum majlis, saya rasa dah terdesak. Seperti tak sempat nak DIY pelamin dan meja pengantin. Saya pun ambil keputusan untuk ambil pula sewaan pelamin dan meja pengantin dengan butik tadi. Tokey butik berikan harga secara satu persatu. Tidak dengan harga pakej. Oh, saya memang mudah diracun. Saya setuju dengan harga tu semasa di butik. Tapi.. bila balik rumah.. bila direnung-renung harga tu.. saya rasa mahal dan tidak berbaloi dengan apa yang saya akan dapat. Terus saya cuba berunding dengan staff dan tokey butik. Tokey butik menegaskan harga yang diberi berbaloi.. dan itu adalah harga pakej. Bukan harga satu persatu. Harga tidak dapat dikurangkan lagi.
Terus saya nak batalkan pula sewaan pelamin dan meja pengantin tu. Maaf lah, saya tak mampu nak leburkan duit saya demi semua ini dalam masa beberapa jam sahaja. Saya tak mau menyesal seumur hidup.. Tokey butik dah naik hot agaknya. Dia cadangkan saya batalkan semua.. tapi deposit semuanya burn. Oh, mana boleh camni kan.. Saya tak nak batalkan sewaan baju tu.. Dia pulak yang cadangkan, patutnya deposit saya tak burn la.. Agak bernas klu saya tu agaknya, tokey mengalah.. Saya dapat la teruskan tempahan sewaan baju tu. Harga? Erm... mahal la jugak.. Tapi, tak pa lah.. Saya rugi sedikit daripada rugi banyak...
Kesimpulannya saya perolehi daripada kisah ini...
- Kuatkan diri bila pergi ke butik pengantin. Racun kuat. Bersedia dengan segala racun. Ingat kemampuan kewangan yang ada.
- Buat sesuatu berdasarkan kemampuan. Jangan ikut nafsu.. Nafsu tengok pelamin yang cantik... ala-ala marion counter la.. dan macam-macam lagi. Nak cantik, tambah duit ok. Nak bunga besar cam pelamin marion tu.. ada tambahan duit. Kat butik tadi tu, tambah RM200 ok.. Oh, kertas foam murah jadi RM200.. Agak tak masuk akal..
- Pelamin, meja pengantin dan aksesori yang lain hanya sekejap saja. Sekadar adanya sahaja.
- Kalau orang lain mampu, kita belum tentu. Lain orang, lain caranya...
- Bila makin dekat dengan tarikh majlis, rasa tidak pasti.. keliru tu makin kuat. Berkongsilah apa yang dirasa dengan rakan yang boleh dipercayai. Tujuannya, supaya dapat seimbangkan perasaan yang ada...
Berapa riban la ye kos pelamin marion ni.. hehehe
Jangan jadi seperti saya. Pening butik.. Apapun, saya pasti saya bukan orang pertama macam ni. Mesti ramai B2B yang ada rasa cam saya ini.. Hehehhe
P/S: Harap baju pengantin saya nanti baik-baik la ye...
P/S: Harap baju pengantin saya nanti baik-baik la ye...
No comments:
Post a Comment