26 April 2012

DIY: Beg Cenderahati - Misi yang berjaya!

Dalam catatan sebelum ini, saya bercerita beg cenderahati hanya disediakan 200 keping sahaja. Tetapi, semuanya berubah apabila ibu saya menyuarakan hasrat untuk memberikan beg cenderahati kepada semua tetamu. Jumlahnya ialah 1000 keping. Jadi, saya perlu siapkan lagi 800 keping. Pening jugak la masa dengar ni.. Sebab, rasanya seperti mustahil nak disiapkan seorang diri.


Saya pun mencari beg kertas ini di kedai bakery tapi tak jumpa beg kertas seperti yang saya beli di Bagus. Beg yang dijual di online pun (seperti yang saya kongsikan dalam catatan sebelum ini) rasanya bukan saiz yang sama. Akhirnya, saya membuat tempahan di Bagus sebanyak 800 keping. Lama juga saya tunggu tempahan beg ini. Kalau tak salah, hampir 3 minggu. Dengarnya, tiada stok. 


Akhirnya, beg ini berjaya sampai di tangan saya pada hari Sabtu lepas. Bermula hari Ahad, misi ini (seperti mustahil pada mulanya) bermula... Memang bersungguh buat beg ini seorang diri. Dah seperti kilang dah... Dengan tempoh 5 hari, akhirnya 800 keping beg ini saya berjaya siapkan dekorasinya. Seperti edisi 200 keping sebelum ini, cuma sedikit perbezaan pada warna dakwat pad cap. Kali ini, saya gunakan dakwat warna merah untuk capkan nama saya dan En. F. Nampak lagi comel hasilnya.. Hehehe..


Syabas pada diri saya sendiri.


Beg ini sedang menunggu masa untuk dibawa pulang ke kampung. Jumlah beg untuk tetamu nanti 1000 keping lebih. Sebab, ada tambahan beg di kampung. Saya akan buat dekorasi yang sama pada beg tu.


Beg kertas berjaya disiapkan tepat jam 11.00 malam..


Syukur pada Allah... atas kekuatan yang diberikan.. :)

21 April 2012

Hantaran - Cubaan Pertama

Hari ini sudah pun membeli bunga untuk hiasan hantaran. Saya pilih bunga yang nampak cantik ja. Pening pulak pilih bunga tadi..


Cubaan pertama saya... saya cuba hiaskan di hantaran buku. Erm... seperti banyak lagi perlu ditingkatkan. Macam kurang rasa ja.. huhu...


20 April 2012

Veil Nikah DIY Saya

Alhamdulillah.. veil nikah saya dah siap.. mengikut perancangan saya..


Saya menggunakan kain chiffon warna tiffany blue, dibeli di Jakel. Saya beli 1m dengan harga RM25. Kain chiffon dipotong bentuk D, tapi lama-lama jadi bentuk lain dah. Sebabnya, saya betulkan bentuk potongan kain tu hingga dapat seperti yang saya nak bila veil ni dipakai. Labuh veil pula saya ukur hingga ke paras pinggang.


Saya buat patching lace di kepala. Lace ni saya beli di Bandung. Mahal jugak sebenarnya. 1m lebih kurang RM24. Rasanya, kat Jakel pun boleh dapat harga camni. Entah lagi murah.. Jadi, jangan percaya lace di Bandung murah. Mahal dah la sekarang...


Veil ini saya 'meriahkan' dengan manik. Saya gunakan 2 jenis saiz manik dan warna yang hampir senada. Manik ini saya beli di VR Star, Nilai 3. Beli yang timbang, bukan dalam paket. Terus saja beli kat sini, jadi tak pasti murah atau tidak. 2 jenis manik, setiap jenis 30gm, jumlah harganya RM12.


Alhamdulillah.. Hasil veil ni memuaskan hati saya.. Percubaan pertama kan.. 


Apa yang saya belajar, lebih baik guna lace yang lembut kalau nak buat patching lace di veil. Kalau tidak, nanti veil jadi keras sedikit. Itulah kesilapan saya. Depan kepala veil keras sedikit, jadi saya kena la sesuaikan cara pemakaian veil tu nanti. InsyaAllah.. harap semuanya ok.. :)


Veil nikah saya

Untuk rekod, jumlah kos veil ni:
Kain chiffon - RM25
Jahit tepi - RM3
Lace - RM24
Manik - RM12
Jumlah : RM64
* Tak sampai harga ini, sebab masih ada lebihan lace dan manik tu..


Lepas ini, akan sambung projek DIY seterusnya.. Yeay..

PRU 13 vs Tarikh Majlis

Tengah pening, berdebar... rasa kurang bersemangat pun ya jugak. Dengar desas-desus tarikh pilihanraya sama dengan tarikh majlis saya. Arghhh.. camna ni..


Sangat berharap, khabar tu tak benar!


Risau, pening ........



16 April 2012

Beli Barang di Nilai 3



sumber: google






Pada hari Sabtu yang lepas, sekali lagi ke Nilai 3. Sebenarnya, saya tak ingat dah berapa kali pergi ke Nilai 3 dalam tahun ini. Rasa cam kerap jugak kot. Misi kali ini, nak tempah langsir. Seawal 9.30 pagi, kami dah sampai Nilai 3. Terus cari kedai langsir. Ada 2-3 kedai baru bukak. Masuk 1 kedai, mahal gak semeter. Bajet saya kecik ja ni. Jadi, nak la kain yang murah. Tapi, mesti la rupa menarik. Hehe..


Pusing dan pusing.. nampak papan nama kedai Nafisa. Ada iklan katanya kain murah. Terus la cari kedai ini. Dalam deretan kedai di Textiles Walk. Kami terus ke kedai tu. Alhamdulillah, kedai baru nak bukak. Pekerja baru nak keluarkan barang ke kedai. Dah boleh masuk dah kedai. Memang pelanggan pertama la masuk kedai tu.


Saya terus saja beritahu bajet saya. Pekerja kedai tunjukkan kain dengan harga lepas diskaun RM7.80/m. Kain cantik, warna emas. Nampak ekslusif  la jugak. Tapi, dia terus bagi harga RM6 semeter, sebabkan saya pelanggan pertama. Tapi, saya tak puas hati.. Hahaha.. Nak harga RM4/m. Pekerja kedai tu, teruskan kira untuk langsir saya tu. Dia buat kiraan dengan harga RM5.50/m. Memang tak dapat la harga RM4/m. Huhu.. Tak dapat harga murah pada kain, saya mintak kurang pada harga upah jahit langsir. Lama jugak tawar menawar, dapat la RM5/keping. Saya ada juga tempah untuk day curtain untuk rumah di putrajaya. Langsir sekarang ni dah dhaif sangat.. Yang ini, RM15/m untuk kain bidang 120 inci. Saya congak-congak, murah kot. Tak sempat lak nak mintak kurang lagi. Dapat jugak sekali dengan tali ikat langsir tu.


Siap tempah, kena tunggu untuk langsir tu siap. Kami mintak kul 12.30 siap. Tapi, akhirnya langsir tu siap jam 3 petang. Memang jauh lari perkiraannya. Lepas ambil langsir tu, saya jengah ke lelongan terbakar kedai Thank Q. Saya rembat kotak telur 50 pek dengan harga RM2. Rasa sangat gembira, memang sangat murah banding harga asal. (Kalau betul la tu harga asalnya kan...)


Selepas tu, terus ke VR Star, saya cari manik pulak. Ini untuk jahit di veil nikah saya. Saya beli manik pearl dengan 2 jenis saiz. Saiz sedang saja. InsyaAllah, minggu ini akan mula projek jahit manik veil nikah saya.



13 April 2012

Kad Undangan DIY Versi Saya

Alhamdulillah kad undangan dah siap. Versi untuk undangan di kampung telah pun selamat diserahkan pada mak, ayah dan juga mak, ayah En F. Mak, ayah saya merancang ingin menghantar undangan pada hujung bulan ini.


Kad versi undangan di kampung memang sangat ringkas. Saya buat 2 rekabentuk (sebelah saya dan sebelah En F) menggunakan Adobe Photoshop. Saya tak pakai pun template seperti yang saya ceritakan dalam entry kad kahwin DIY sebelum ini. Opps, bila masa tak mencukupi, perancangan yang terakhir tu lah akan diambil kan... Hehe..


Selepas siap rekabentuk tu, saya cetak kad menggunakan kertas A4. Kemudian, hantar ke kedai fotostat yang menawarkan fotokopi digital untuk difotokopi. Kualitinya hampir dengan dicetak terus menggunakan pencetak, dengan kos 10 sen untuk sekeping kad (depan belakang). Sekeping A4, saya dapat 2 keping kad. Besar penjimatan di situ..



Kad yang telah untuk dipotong 2 dan pisau serta pembaris yang telah berbakti.. :p
Maafkan latar belakang yang semak. Inilah meja kerja saya.. huhu




Kad undangan versi gabungan juga telah siap direkabentuk. Kad ini saya gabungkan untuk kedua-dua belah pihak. Cabaran paling besar semasa melukis satu peta ke rumah pengantin. Walaupun, lokasi rumah saya dan En F berdekatan. Dalam 15 minit ke rumah Encik F dari rumah saya. Melukis satu peta untuk kedua-dua rumah pengantin memang saya rasa sukar. Terpaksa lah, banyak jalan dipendekkan. Entah berapa la skala yang pakai. Harapnya, peta tu dapat membantu kawan datang ke majlis nanti. Tak banyak pun.. sedikit pun boleh kot.. 


Rekabentuk kad undangan versi gabungan? Sama ja dengan versi undangan kampung. Pada asalnya saya nak buat rekabentuk yang lain daripada versi kampung. Tapi, rasa masa dah sempit ini. Tak cukup masa lagi nak memikirkan rekabentuk baru. Semua kad ini saya akan cetak. Kuantiti tak banyak sangat. InsyaAllah, cukup toner pencetak ni untuk cetak semua kad tu.


Ringkas kad saya. Konon konsep minimalist. Hehehe.. Tapi, takpe lah. Tak perlu kad mahal untuk undangan. InsyaAllah, kawan-kawan akan datang..


Masa saya dalam proses nak siapkan kad ini, terjumpa rekabentuk kad undangan majlis perkahwinan Maya Karin.


Likeee!!!


Sumber: Google




Boleh juga nak dikatakan.. kad saya diinspirasikan juga oleh kad undangan majlis Maya Karin.. :D